• Warisan kembalikan mandat kepada rakyat

    TEMUI JENTERA: Junz (berdiri) bertemu dengan jentara
     pilihan raya di rumah Ketua Kampung Jimin Minin.

    KOTA KINABALU: Parti Warisan mengembalikan mandat kepada rakyat Sabah untuk menentukan semula kerajaan yang layak memerintah pada Pilihan Raya Negeri (PKN) akan datang.

    Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru Datuk Junz Wong berkata demikian ketika memberikan penjelasan kepada para penduduk di sini, mengenai sebab PRN diadakan.

    “Kalau boleh kami pun tidak mahu PRN sebab kami mahu terus membangunkan Sabah…banyak program pertanian dan perikanan yang sedang dilaksanakan tapi terpaksa ditangguhkan.

    “Sebab apa? Hal ini kerana banyak 'katak-katak' politik yang tidak sabar merampas kuasa,” katanya yang merujuk kepada para ahli pemimpin politik yang 'melompat keluar' daripada parti.

    Beliau menerangkan kepada para penduduk di Tanjung Aru Lama dan Baru, Warisan tidak mahu menyampaikan mesej budaya politik 'lompat katak' atau mencari keuntungan sendiri kepada masyarakat.

    Tambahnya, rakyat Sabah menolak budaya seperti ini dan tidak menerima ahli politik yang hanya mementingkan agenda sendiri untuk mengaut kekayan.

    Bersama dengan beliau semasa lawatan berkenaan, Ketua Warisan Bahagian Putatan Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Awang Sahari, Ketua Wira Putatan Mohammad Firdaus dan Wirawati Izzatul Aini.- 

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13