• Polis laksana persiapan penugasan menjelang PRN

    ZAINI JASS


    KOTA KINABALU: Polis sedang melaksanakan persiapan dari segi penugasan pegawai bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata tindakan itu penting berikutan berlakunya pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada 73 kerusi berbanding hanya 60 sebelum ini.

    “Dijangkakan dengan pertambahan kerusi terbabit jumlah pengundi turut bertambah dan berkemungkinan wujudnya Pusat Pembuangan Undi baharu atau pertambahan saluran mengundi apapun kita tengah tunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    “Kita akan laksanakan apa yang diputuskan oleh SPR dan seterusnya berapakah saluran mengundi yang akan dibuka untuk setiap pusat mengundi kerana itu akan menentukan bilangan pegawai yang bertugas pada hari  pembuangan undi nanti,” katanya.

    Katanya pada masa ini pihaknya sedang mengatur persiapan khusus, keperluan logistik dan sebagainya termasuk penugasan jumlah pegawai berikutan ianya tertakhluk kepada bilangan pusat pembuangan undi dan saluran mengundi yang ditetapkan.

    “Di era Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini kita difahamkan akan ada perubahan terhadap bilangan pengundi di saluran mengundi iaitu jika pusat mengundi kecil maka bilangan pengundi juga akan dikurangkan.

    “Bilangan pegawai yang akan ditugaskan turut berubah contohnya jika sebelum ini seorang pegawai akan ditempatkan di sebuah saluran mengundi kini bilangan itu turut berubah  dengan adanya penambahan saluran berkenaan.

    “Apapun dari pihak kita, persiapan dan perancangan sudah dilaksanakan, untuk keputusan akhir bagi penugasan anggota akan bergantung kepada keputusan SPR,” katanya.

    Beliau berkata perkara itu termasuklah sama ada Sabah akan mendapatkan bantuan pegawai dari luar atau sebaliknya.

    Tambahnya pihaknya juga akan menggerakkan semua elemen kepolisan yang ada termasuklah Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta PULAPOL.

    Sementara itu semasa ditanya berkenaan isu pergolakan politik yang melanda negeri ini baru-baru ini, Zaini berkata pihaknya tidak ada menerima sebarang laporan polis berkenaan kejadian dan keadaan di Sabah terutama Ibu Negeri adalah aman dan terkawal.

    “Sepertimana yang kita lihat Kota Kinabalu aman damai dan saya nasihatkan masyarakat agar tidak melakukan sesuatu di luar batas undang-undang bagi memastikan perjalanan PRN lancar dan teratur.

    “Polis juga akan memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya semasa PRN berikutan penugasan seumpama sudah dijalankan sebelum ini dan ianya tidaklah terlalu janggal kepada pasukan kita,” katanya.-Vivi Olviana Najurus


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13