SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Kes positif COVID-19: Pasar Umum Sandakan ditutup seminggu

    Kes positif COVID-19: Pasar Umum Sandakan ditutup seminggu


    SANDAKAN, 30 Jun -- Pasar Umum Sandakan di sini ditutup sementara selama tujuh hari bermula 5 petang hari ini bagi membolehkan kerja sanitasi dan nyahkuman dilakukan susulan kes positif COVID-19 dikesan di pasar itu.

    Pegawai Kesihatan Persekitaran Kawasan Sandakan Sundusin Nganro berkata penutupan itu melibatkan kesemua tiga aras bangunan pasar itu.

    "Kita mengambil langkah penutupan keseluruhan pasar ini bagi mengelak orang awam mengunjungi pasar ini dalam tempoh kerja-kerja sanitasi dilakukan.

    "Bagaimanapun, sekiranya kerja-kerja sanitasi selesai dalam tempoh tiga hari, kita boleh benarkan pasar ini beroperasi semula," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai operasi penutupan sementara Pasar Umum Sandakan hari ini.

    Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar perkembangan COVID-19 di Putrajaya memaklumkan kes positif COVID-19 di pasar Sandakan itu adalah satu daripada dua kes penularan dalam negara yang dilaporkan semalam.

    Kes tersebut membabitkan seorang lelaki tempatan dikesan semasa saringan di tempat kerja iaitu di pasar di Sandakan dan adalah kes pertama direkodkan di daerah itu setelah dua bulan berstatus zon hijau.

    "Dengan kerjasama semua pihak, kita akan berusaha sebaiknya untuk memastikan penularan wabak ini dapat dibendung dan Sandakan dikategorikan semula sebagai zon hijau," kata Sundusin.

    -- BERNAMA

  • Banjir di Sabah semakin pulih

    Banjir di Sabah semakin pulih


    KOTA KINABALU, 30 Jun -- Banjir di Sabah semakin pulih apabila kebanyakan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat pukul 8.00 malam ini hanya 36 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di satu PPS di Kota Belud. 

    "Semua PPS di beberapa daerah telah ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang kerana keadaan banjir yang telah pulih.

    "Kini hanya daerah Kota Belud yang masih membuka satu PPS dan kesemua mangsa akan dibenarkan pulang apabila keadaan banjir di kediaman masing-masing benar-benar pulih," menurut kenyataan itu. 

    Sejak tengah hari tadi, mangsa yang ditempatkan di PPS telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat. 

    -- BERNAMA

  • Jalan Utama Kota Belud Masih Belum Selamat Untuk Kenderaan Ringan

    Jalan Utama Kota Belud Masih Belum Selamat Untuk Kenderaan Ringan


         Keadaan banjir di jalan di Kota belud

    KOTA KINABALU, 29 Jun: Jalan utama yang menghubungkan Kota Belud dan Kota Kinabalu serta beberapa daerah dan kawasan berhampiran masih ditutup kepada kenderaan ringan berikutan paras air yang masih tinggi di atas jalan terbabit.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata setakat ini, jalan terbabit ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.


    “Keadaan masih berbahaya kepada kenderaan kecil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Semalam, dilaporkan ratusan kenderaan terkandas sejauh tiga kilometer hingga ke bulatan utama Kota Belud, kira-kira 74 kilometer dari sini, selepas jalan utama daerah itu yang menghubungkan beberapa daerah lain dinaiki air susulan hujan lebat berterusan pada Sabtu.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Richard Jomiji berkata hampir 95 peratus jalan raya terjejas oleh banjir dan tanah runtuh ekoran hujan lebat pada Sabtu sudah boleh dilalui kecuali beberapa jalan kecil di Tenom dan Papar.

    Beliau berkata selain kerja-kerja pembersihan di jalan yang terlibat, JKR turut mengambil beberapa langkah lain termasuk memasang papan tanda dan lampu amaran di kawasan berisiko tanah runtuh, menutup kawasan hakisan cerun dengan kanvas serta melencongkan aliran air.

    Ekoran hujan lebat itu, sebanyak 10 daerah di negeri ini terjejas oleh banjir iaitu Kota Belud, Tuaran, Putatan, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau, Tenom, Kota Marudu dan Pitas.- BERNAMA

  • 1,007 Mangsa banjir Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini

    1,007 Mangsa banjir Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini


               Pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir kilat di kawasan pantai barat Sabah.

    KOTA KINABALU
    : Seramai 1,007 mangsa banjir dari 11 daerah di kawasan pantai barat Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.

    Antara daerah yang terjejas termasuk Kota Belud, Papar, Penampang, Beaufot, Tenom, Kota Marudu, Keningau, Pitas, Membakut, Putatan dan Tuaran.

    Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, Datuk Safar Untong, sebanyak 13 buah PPS telah dibuka di lima daerah setakat ini untuk menempatkan kesemua mangsa banjir.

    Lima daerah itu ialah Kota Belud dengan empat PPS, Papar (1 PPS), Penampang (1 PPS), Beaufort (1 PPS) dan Tenom (5 PPS).

    "Setakat jam 8 pagi tadi, kita merekodkan 1,007 mangsa banjir melibatkan 11 buah daerah di negeri ini.

    "Jumlah itu membabitkan sebanyak 307 keluarga yang kini ditempatkan di 13 buah PPS terdiri daripada lima buah daerah," katanya.

             Statistik terkini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

    Untuk rekod, banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan pantai barat Sabah semalam itu berpunca daripada hujan lebat sejak Sabtu lalu.-Awani
  • Pancing Di Pasang bagi Mengesan Buaya Baham wanita

    Pancing Di Pasang bagi Mengesan Buaya Baham wanita

         DIBAHAM: Pihak polis menunjukkan lokasi mencarian dan tempat mangsa dibaham buaya.


    BELURAN: Pasukan operasi mencari dan menyelamat telah  memasang pancing untuk memburu buaya  yang dilaporkan membaham wanita di Sungai Kampung Banang, Sugut.


    Manakala, operasi mencari mangsa juga sedang giat dijalankan oleh pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

    Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah telah memasang pancing bagi memburu buaya yang membaham mangsa.

    "Pasukan operasi mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 5 anggota polis, 4 anggota  bomba dan 8 anggota pertahanan awam mengguna dua buah bot bagi melakukan pencari mangsa," katanya.

    Beliau berkata operasi mencari menyusuri sungai sejauh 2 kilometer ke arah hulu dan 2 kilometer ke arah hilir sungai daripada tempat kejadian.

    "Operasi hari kedua yang dijalankan sehingga jam 5.30 petang, masih gagal menemui mangsa," katanya. 

          MEMBANTU: Penduduk kampung turut membantu pasukan penyelamat bagi mengesan mangsa.


    Operasi mencari juga turut disertai oleh penduduk kampung berkenaan.

    Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin memberitahu empat anggota Jabatan Hidupan Liar telah memasang pancing berkenaan jam 3 petang.

    Dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang Rabu lepas, mangsa, Paradot Kanon ,62, telah disambar buaya ketik mandi di sungai terbabit.

    Kejadian yang terletak hanya 200 meter dari rumah mangsa telah saksikan oleh anak perempuannya, Noraliana Nunun.-Utusan Borneo

  • Shafie Apdal calon Perdana Menteri PH Plus? Kenapa tidak, kata Wirawati

    Shafie Apdal calon Perdana Menteri PH Plus? Kenapa tidak, kata Wirawati

            Isnaraissah berkata, cadangan Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan Plus itu harus 
              dilihat secara optimis selain mempertimbangkan soal status kesamarataan rakyat Malaysia secara amnya.
           

    KOTA KINABALU: Kenapa tidak? itu jawapan daripada Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) berhubung pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan Presiden parti mereka sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

    Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, cadangan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan Plus itu harus dilihat secara optimis selain mempertimbangkan soal status kesamarataan rakyat Malaysia secara amnya.

    Beliau berkata, di bawah Perlembagaan, rakyat Malaysia termasuklah dari Kepulauan Borneo seperti Sabah dan Sarawak layak memimpin negara ini.

    "Bagi saya sebagai orang Sabah, semua orang diterima di bawah Persekutuan dan datang dari Borneo, Sabah dan Sarawak juga boleh turut memimpin Persekutuan.
    "Kenapa tidak? Kita telah tunggu ini (Perdana Menteri) untuk 57 tahun dan saya percaya kita (rakyat Sabah) juga mempunyai kemampuan dan kebolehan serta keupayaan seperti orang lain," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama barisan pimpinan sayap parti Wirawati Warisan, di sini pada Sabtu.

    Pada Jumaat, Dr Mahathir dalam sebuah forum di Kuala Lumpur telah mendedahkan Mohd Shafie dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri kesembilan bagi Pakatan Harapan Plus.

    Ia sebagai mengambil kira haluan yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Sementara itu, mengulas mengenai isu tindakan segelintir ahli yang bertindak keluar parti baru-baru ini, Munirah menjelaskan, perkara tersebut adalah disebabkan kekeliruan mereka terhadap perjuangan parti Warisan.

    Tambahnya, senario semasa dan tindakan segelintir pihak berkenaan bagaimanapun tidak menyekat perjuangan barisan pemimpin Warisan yang diberi mandat ketika Pilihanraya Umum Ke - 14 (PRU14) lalu.

    "Tidak dapat dinafikan pelbagai serangan di setiap sudut untuk mencetuskan pilihanraya, sama ada di peringkat negeri dan Persekutuan.

    "Jika perkara ini berlaku, saya, selaku ketua Wirawati Parti Warisan Sabah dengan sukacitanya mengumumkan kami sudah bersiap siaga untuk menempuhi PRU15, dan berdiri teguh bersama Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal dan barisan kepimpinan yang lain, "katanya.

    Menurutnya lagi, momentum pemimpin Warisan tidak terjejas meskipun terdapat cubaan anasir luar yang cuba memporak-perandakan kestabilan parti pemerintah negeri Sabah itu.-Astro Awani


  • Inspektor Polis Dihukum Mati

    Inspektor Polis Dihukum Mati



    KOTA KINABALU:
     Seorang inspektor polis dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis, kerana membunuh seorang ibu tunggal di Keningau sembilan tahun lepas.

    Ahmad Rizal Umar (gambar), 37, didapati bersalah oleh Hakim Datuk Nurchaya Arshad kerana membunuh Kartini Borhan, 27, antara jam 4 pagi dan 5 pagi 29 September 2011 di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.

    Ahmad Rizal merupakan inspektor polis yang ditugaskan di Balai Polis Keningau pada waktu kejadian itu.

    Ahmad Rizal kelihatan gelisah dan kerap berpaling untuk melihat ke arah isterinya yang duduk di galeri awam dan ke arah pasukan peguamnya apabila Nurchaya menyampaikan keputusannya.

    Tertuduh pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi pada 22 Julai 2014 tanpa meminta dia membela diri.

    Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac 2018 memerintahnya membela diri susulan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

    Ahmad Rizal memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan bersumpah pada 9 Oktober 2018.

    Dia juga memanggil seorang ahli patologi forensik, Dr Bhupinder Singh sebagai saksi kedua dalam pembelaannya.

    Terdahulu, Nurchaya dalam menyampaikan keputusan, menyatakan bahawa kematian Kartini disahkan oleh Dr Jessie Hiu, seorang ahli patologi yang melakukan bedah siasat mayat Kartini dan juga mengesahkan kematian berpunca dari luka tikam pada dadanya yang menghala ke bawah, memotong otot rusuk, paru-paru kiri, selaput jantung dan menembusi jantungnya dari atas kanan ke bawah.

    Mangsa dikenal pasti oleh bapanya, Borhan Sulaiman sebelum bedah siasat itu. 

    Pendakwaan melalui saksi-saksi mereka mendedahkan hubungan Ahmad Rizal dengan Kartini, di mana akhirnya wanita itu dibunuh oleh tertuduh.

    Nurchaya selanjutnya menyatakan bahawa mahkamah mendapati kesan keseluruhan bukti pendakwaan membawa kepada inferens dan kesimpulan bahawa Ahmad Rizal adalah pelaku jenayah itu.

    “Kehadiran tertuduh di lokasi jenayah iaitu premis disebutkan sebelum ini di mana mangsa merupakan penyewa bilik pertama, tidak dipertikaikan.

    “Terdapat kekurangan bukti mengenai pembabitan pihak ketiga yang ditegaskan oleh pembelaan, iaitu perompak yang menikam mangsa sehingga mati di samping mencederakan tertuduh.

    “Ini disahkan oleh pendapat pakar perubatan (saksi ke-23 pendakwaan) yang mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh tertuduh telah dilakukan sendiri, tiada pihak ketiga terbabit tetapi hanya pergaduhan antara si mati dan tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa. Kecederaan yang dikenakan pada si mati yang menyebabkan kematiannya telah disebabkan oleh tertuduh.

    “Motif pembunuhan disebabkan oleh hubungan sulit tiga segi antara si mati dengan tertuduh, dan si mati dengan saksi ke-12 pendakwaan (Lim Guan Heng), yang berterusan sehingga kematian mangsa.

    Tambahnya, hubungan sulit tiga segi itu akhirnya menyebabkan jenayah ghairah pada pagi 29 September 2011 yang bermula pada lewat malam 28 September 2011, dan membawa kepada kematian si mati.

    Mengenai premis keterangan ahli patologi mengenai jenis kecederaan kepada dada si mati, Nurchaya berkata, bila dilihat secara objektif, ia menunjukkan bahawa kecederaan itu cukup untuk menyebabkan kematian; apabila jantung si mati ditembusi, kematian seharusnya akibat semula jadinya.

    “Dengan itu, niat untuk menyebabkan kematian akan memuaskan syarat Seksyen 300 (C) Kanun Keseksaan,” kata Nurchaya.

    Ahmad Rizal diwakili oleh peguam Ram Singh serta Ridwandean M. Borhan, Kimberly Ye dan Flavian Edward Henry.

    Ram, apabila ditemui kemudian, berkata pembelaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

    Timbalan Pendakwa Raya Khairuddin Mohd Idris hadir untuk pendakwaan.

    Sumber: Harian Express
  • Ibu Disambar Buaya Ketika Mandi Di Sungai

    Ibu Disambar Buaya Ketika Mandi Di Sungai

     


    BELURAN: Kejadian wanita yang dilaporkan hilang dibaham buaya dari Kampung Banang Sugut telah disaksikan oleh anak mangsa.

    Anak mangsa telah melihat ibunya disambar oleh seekor buaya yang datang dari arah Ulu Sungai Sugut ketika mereka sedang mandi di sungai berkenaan pada petang Rabu lepas.

    Pasukan penyelamat mengadakan operasi mencari dan menyelamat mangsa disambar buaya di Kampung 


    Banang.Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata anak mangsa cuba untuk menyelamatkan ibunya itu tetapi gagal sebelum balik bagi memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

    “Berdasarkan laporan yang dibuat saksi (anaknya), mangsa bersama saksi pergi ke sungai tersebut untuk mandi sebelum kejadian. Kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya.

    Beliau berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian tersebut lebih kurang jam 9.36 malam pada Rabu.

    “Sebaik menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Terusan Sugut telah melancarkan gerakan mencari dan menyelamat bersama Pasukan Bomba Beluran dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

    Kasim berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa, Peredot Kanon, 62, di sekitar kawasan kejadian masih gagal ditemui oleh pasukan penyelamat sehingga jam 5.30 petang (Khamis).

    “Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula jam 7 pagi ini,” katanya.- Utusan Borneo


  • Seramai 267 PATI Indonesia Di Hantar Pulang Ke Negara Asal

    Seramai 267 PATI Indonesia Di Hantar Pulang Ke Negara Asal

    24/06/2020 - Leave a Comment.



    Sebahagian PATI yang dihantar pulang melalui pelabuhan Tawau hari ini.



    TAWAU; 24 JUN 2020 (Rabu) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Sabah menghantar 267 orang lagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masing-masing 134 orang hari ini dan 133 pada Jumaat.

    Pengarah MKN Sabah, Sharifah Siti Saleha Habib Yussof, berkata kesemua PATI dihantar melalui jalan laut dari pelabuhan Tawau ke Nunukan Indonesia selepas menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dihantar pulang ke negara asal.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, ia merupakan pengusiran ke-17 dan 18 melalui laut pada tahun ini melibatkan PATI Filipina dan Indonesia dengan menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran seramai 3936 orang termasuk PATI warganegara India, China, Pakistan dan Vietnam yang telah diusir melalui jalan udara yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

    Jumlah keseluruhan pengusiran sejak tahun 1990 seramai 595,193 orang.

    Katanya, pihaknya juga menzahirkan penghargaan kepada pihak Konsulat Republik Indonesia yang telah memberi kerjasama dalam memastikan rakyat mereka dapat pulang ke negara asal.

    Dalam pada itu, kerajaan Filipina melalui kedutaannya di negara ini juga telah memberi respon positif dengan pengusiran warganya yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.Sharifah Siti Saleha berkata, pihaknya komited dalam memastikan semua tahanan dapat kembali ke negara asal selain berharap agar komitmen jitu kedua-dua negara dapat diteruskan demi kelancaran pengusiran yang akan datang.

    Jelasnya, tindakan penguatkuasaan terhadap PATI tetap diteruskan dan menasihatkan rakyat memainkan peranan membantu kerajaan dengan tidak menggaji pekerja PATI, melindungi dan mendalangi kemasukan PATI ke negeri ini terutama tekong-tekong kapal.

    Pengusiran PATI turut diselaraskan bersama JIM dengan bantuan Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan pelbagai agensi lain.

    SumbeR: #BESTAWAUfm

  • Sekolah Di Sabah Mula Sesi Hari Ini Melibatkan 45,065 Pelajar

    Sekolah Di Sabah Mula Sesi Hari Ini Melibatkan 45,065 Pelajar


    Mistirine meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu hari ini. – Foto NSTP/MALAI ROSMAH TUAH

    KOTA KINABALU: Seramai 45,065 pelajar sekolah menengah tingkatan lima dan enam memulakan sesi persekolahan di Sabah, hari ini.

    Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin, berkata jumlah berkenaan membabitkan pelajar bagi kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk 221 sekolah kerajaan serta 15 swasta.

    “Bilangan guru yang terbabit dalam pembukaan sekolah seluruh negeri pula membabitkan seramai 16,703 orang, iaitu 16,239 guru sekolah menengah kerajaan dan 464 orang guru sekolah menengah swasta.

    “Walaupun sekolah rendah setakat ini belum dibuka, namun 26,429 guru sekolah rendah kerajaan di negeri ini juga sudah diarahkan berada di sekolah masing-masing bermula hari ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau hari pertama persekolahan selepas ditutup selama lebih tiga bulan di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, dekat sini, hari ini.

    Dalam pada itu, Mistirine berkata, pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang sudah dilakukan semua sekolah dalam memastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap Kementerian Pendidikan.

    Sementara itu, beliau turut meminta semua guru dan pelajar supaya menerapkan normal baharu termasuklah memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan penggunaan cecair basmi kuman sebagai langkah pencegahan COVID-19.

    “Hal ini penting kerana kita mahu menghindari dari wujudnya kluster sekolah di negeri ini,” katanya. – BH Online


  • Kemalangan Meragut Nyawa Di Jalan Ranau Kota Kinabalu

    Kemalangan Meragut Nyawa Di Jalan Ranau Kota Kinabalu


    Mohamad Firdaus Rancang Kahwin Disember
    24/06/2020 -
    Sebuah lori tiga tan milik TLDM terbabas ke bahu Jalan Ranau-Kota Kinabalu.

    KLUANG: Allahyarham Mohamad Firdaus Mat Izan, 26, dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan Disember depan, namun hasrat itu terbantut selepas dia terbunuh dalam kemalangan di Sabah pada Selasa, 23.06.2020.

    Perkara itu dimaklumkan bapanya, Mat Izan Mohayat, 53, ketika ditemui di kediamannya di Taman Puteri dekat sini malam ini.


    “Jika tidak ada halangan, arwah rancang untuk berkahwin Disember ini. Hasratnya untuk bertunang pada Syawal baru-baru ini juga terbantut akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Mat Izan Mohayat. – NSTP/Adnan Ibrahim

    “Akibat PKP juga, arwah tidak dapat meraikan Syawal bersama keluarga kerana bertugas sebagai anggota di barisan hadapan di Sandakan, Sabah,” katanya.

    Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari tadi, Mohamad Firdaus bersama dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu LK PAP Maslim Abdul Rahim dan LK I TMK Muhammad Arif Idris maut, selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu.


    Seorang lagi rakan setugas iaitu LK II TLR Vincent M Orel mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Ranau.

    Mat Izan berkata, keluarganya amat terkejut dimaklumkan kejadian menimpa Mohamad Firdaus, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar itu cabaran perlu dihadapi ketika bertugas.

    “Kali terakhir kami berhubung melalui panggilan video pada malam dan hari pertama Aidilfitri baru-baru ini namun ketika itu dia cuma memaklumkan tidak dapat balik kerana bertugas.

    “Ketika itu, arwah banyak kali memohon ampun dan maaf daripada semua ahli keluarga termasuk, namun tidak menunjukkan sebarang kelainan.Keadaan lori TLDM yang remuk selepas terbabas di Jalan Ranau – Tamparuli, Kota Belud.- Foto Ihsan pembaca

    “Sejak menjadi anggota TLDM dia sentiasa ceria sama ada ketika berhadapan dengan masalah atau sebaliknya,” katanya.

    Jenazah Mohamad Firdaus dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Taman Puteri sama ada Khamis atau Jumaat ini selepas semua urusan berkaitan selesai.- BH Online


  • Lawatan SKMM Dan TM Malaysia Ke kampung Veveona Nosibin Setelah Video Viral

    Lawatan SKMM Dan TM Malaysia Ke kampung Veveona Nosibin Setelah Video Viral



    Setelah Video Viral, Akhirnya SKMM Akan Naik Taraf Internet Di Kampung Veveonah Mosibin. By now, anda sudah tahu tentang video ’24 Hours On Tree Challenge’ yang dimuat naik oleh YouTuber dari Sabah, Veveonah Mosibin, yang menunjukkan beliau terpaksa panjat pokok demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan beliau.

    Video yang menghayat hati netizen itu turut disebar dan membuka mata rakyat Malaysia betapa sukarnya penduduk kawasan pedalaman untuk mendapatkan capaian internet sedangkan ia sudah tahun 2020, dimana semua orang sepatutnya menikmati kemudahan tersebut.

    Susulan kejadian ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di sebuah kampung berhampiran dengan kampung Veveonah iaitu Kampung Bilangau Kecil.



    Dilawati Oleh Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas

    Dilaporkan beberapa kakitangan PPD Pitas telah berkunjung kampung Veveonah untuk berjumpa dengan Veveonah secara peribadi. Dalam masa yang sama, mereka berkongsikan situasi khususnya berkaitan pendidikan dan mengalu-alukan komen yang membina. Mereka turut memuji gadis itu atas kesungguhannya untuk mencari alternatif menghadapi situasi yang sukar ketika meduduki peperiksaannya.

    Gambar sekadar hiasan.

    Rancangan SKMM

    Dalam sebuah laporan terbaharu oleh Bernama, SSKM merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil (berhampiran Kampung Sapatalang, Pitas).

    Dikatakan menara telekomunikasi itu akan dibina di bawah Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 dan dijangka akan siap menjelang suku kedua tahun 2021.

    “Ia boleh dioptimum untuk meningkatkan liputan di Kampung Sapatalang sejurus siap didirikan. Bagi memberi liputan yang lebih berkualiti di sekitar kawasan itu, SKMM juga telah membuat perancangan untuk menaik taraf liputan kepada 4G di bawah program Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP), sejak awal tahun ini,” menurut kenyataan MCMC.

    Dalam kenyataan mereka,

    “Berdasarkan laporan, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang memberi liputan 3G dalam lingkungan 1.4KM dari kampung Veveonah. Liputan 3G itu membolehkan pelajar mengambil peperiksaan secara dalam talian manakala bagi tujuan aktiviti penstriman, ia memerlukan liputan yang lebih tinggi.”

    Semoga berita baik ini diikuti oleh usaha-usaha serupa di kawasan-kawasan pedalaman yang lain agar mereka yang terjejas teruk dalam norma baharu ini tidak ketinggalan.

    Kredit: iloveBorneo.my

    Lawatan TM Malaysia

    Menyedari bahawa harus menyelesaikan peperiksaan secara dalam talian tidak kira apa jua keadaan, seorang pelajar nekad bahawa tiada apa yang dapat menghalang beliau daripada mendapatkan apa yang dimahukannya. Kekuatan kehendak beliau menunjukkan bahawa kita semua mampu untuk mencapai sesuatu jika kita berusaha ke arahnya.
    Pelajar tersebut ialah Veveonah Mosibin, anak muda Sabah yang penuh keberanian, yang tidak putus asa dalam usahanya untuk berjaya.
    Kami di TM berasa sangat kagum dengan semangat Vevenoah dan kami juga bertekad untuk terus berusaha dalam misi kami untuk menghubungkan dan berkhidmat untuk negara.
    Kami telah melawat Vevenoah dan komuniti di kampung beliau untuk membantu dan mengenal pasti kemungkinan kaedah untuk meningkatkan capaian dan liputan internet di sana. Secara jujur, tugas ini adalah sukar. Kampung di mana Vevenoah tinggal berada di kawasan pedalaman, dimana keadaan geografi di kawasan tersebut menyukarkan mana-mana syarikat telekomunikasi untuk melakukan pemasangan infrastruktur di sana. Walau bagaimanapun, kami tekad. Kami telah melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan kini sedang mengenalpasti cara-cara inovatif untuk menjadikan #HidupLebihMudah buat Vevenoah serta komuniti di sana.
    Kepada adik Veve,
    Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami erti menjadi rakyat Malaysia Digital yang sebenar. Semangat juang dan sifat tidak putus asa anda adalah inspirasi buat kami semua.
    Anda telah membuka mata kita semua bahawa segalanya mungkin jika kita berusaha dengan tekun, dan kami akan berbuat sebegitu jua untuk anda dan juga Malaysia.
    Anda dan anak-anak muda seperti anda, akan menjadi pendorong kepada kami dalam memastikan internet dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.
    Pounsikou, Veve.

    Kredit: FB TM Group
  • Dakwaan Salah Laku ‘Berniat Jahat & Palsu’ - Musa Aman

    Dakwaan Salah Laku ‘Berniat Jahat & Palsu’ - Musa Aman


    KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman menafikan terlibat dalam salah laku ketika menjadi pengerusi Yayasan Sabah milik kerajaan negeri dari 2003 hingga 2018.

    Ini susulan pengumuman oleh pengarah yayasan itu, Jamalul Kiram Mohd Zakaria awal hari ini bahawa ia memfailkan saman terhadap Musa bagi mendapatkan wang sebanyak RM872 juta yang didakwa hilang semasa beliau menjadi pengerusi pemegang amanah.

    Jamalul berkata, lembaga pemegang amanah percaya dana tersebut hilang berikutan “aktiviti pembalakan yang meragukan”.

    Katanya, lembaga tersebut telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi di sini melalui sistem e-pemfailan pada 6 Jun, dengan menamakan beberapa individu lain selain Musa dan menyenaraikan transaksi kewangan melibatkan beberapa akaun luar persisir.

    Dalam satu kenyataan, peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata, anak guamnya menafikan dakwaan itu.

    “Tan Sri Musa menafikan dakwaan bahawa beliau melanggar mana-mana tugas fudisiarinya sebagai pengerusi Yayasan Sabah dari 2003 hingga 2018.

    “Dakwaan terhadapnya hari ini adalah berniat jahat dan palsu sama sekali.

    “Kedua, adalah amat meragukan, pelik dan tidak wajar untuk mengetahui mengenai saman Yayasan Sabah itu melalui kenyataan akhbar dan laporan media,” katanya.

    Tengku Fuad berkata, biasanya apabila saman difailkan, dokumen dan kertas tuntutan akan diserahkan kepada defendan atau peguamnya.

    “Dalam kes ini, Tan Sri Musa maupun saya tidak menerima apa-apa dokumen sekali pun. Ini pelik kerana tentulah tidak susah untuk mencari pejabat saya atau rumah Tan Sri.”

    “Penjelasan paling munasabah kenapa kami mendengar mengenainya melalui media ialah saman ini hanyalah satu helah publisiti bertujuan politik yang dibuat untuk mengalih perhatian dan mengelirukan orang ramai,” katanya.

    Tengku Fuad berkata, beliau diarahkan supaya menerima saman tersebut dan mengeluarkan kenyataan selepas itu. – FMT
  • Kanak-Kanak Jangkitan Covid-19 Terbaru Di Papar

    Kanak-Kanak Jangkitan Covid-19 Terbaru Di Papar





    KANAK-KANAK bukan warganegara merupakan kes jangkitan terbaru di antara dua kes positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini bagi Negeri Sabah.

    Kanak-kanak tersebut yang berasal dari Kimanis, Papar dikesan selepas menjalani ujian saringan sebelum menjalani pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas.

    Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi, kanak-kanak itu dirujuk oleh Hospital Papar Ke HWKKS.

    "Mengikut prosedur sedia ada di hospital, sebelum pembedahan dijalankan, saringan Covid-19 perlu dibuat" katanya lagi.

    Satu kes lain iaitu kes ke-360 melibatkan seorang wanita warganegara berusia 30 tahun berasal dari Tuaran dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua pesakit Covid-19 sebelum ini iaitu kes ke-357 dan kes ke-359.

    "Kes ke-357 telah mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elibazeth 2 beberapa hari sebelum discaj.

    "Saringan ke atas semua kontak kes ke-357 masih diteruskan di mana setakat ini, kes ke-359 dan ke-360 telah dikesan positif Covid-19.

    Tambah Dr. Christina lagi, siasatan bagi ketiga-tiga kes ini masih diteruskan dan diperluaskan kepada kontak tempat kerja, sosial dan keluarga. -Sabah Info


  • Pengusiran PATI, Filipina enggan terima 5,300 warganya di Sabah

    Pengusiran PATI, Filipina enggan terima 5,300 warganya di Sabah


    TAWAU, 5 Jun: Sejumlah 5,300 tahanan pendatang tanpa izin ‘terperangkap’ di pusat tahanan sementara (PTS) seluruh Sabah selepas Filipina enggan menerima kemasukan warganya ekoran pandemik COVID-19.

    Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata tindakan itu menyebabkan tahanan warga Filipina terpaksa ditempatkan di PTS dalam tempoh masa lebih lama berbanding tahanan negara lain.

    “Kementerian Luar berharap negara jiran atau yang berkaitan dapat memberi kerjasama menerima kemasukan rakyat masing-masing yang ditahan akibat berada secara haram di Sabah,” katanya di sini, hari ini.

    Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei, tiada pendatang tanpa izin dihantar pulang ke Filipina.

    “Berdasarkan rekod, bermula 1 Jan hingga 17 Mac lalu, seramai 3,347 pendatang tanpa izin berjaya dihantar pulang membabitkan 2,331 Filipina, 816 Indonesia dan selebihnya negara lain seperti India, China, Pakistan serta Vietnam.

    “Bagaimanapun, sejak pelaksanaan PKP 18 Mac lalu, MKN Sabah tidak dapat menghantar pendatang tanpa izin warga Filipina selepas negara itu enggan memberi kerjasama menerima warganya yang diusir dari Malaysia,” katanya

    Dalam pada itu, Sharifah Sitti Saleha mengucapkan penghargaan kepada Indonesia termasuk Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Sabah kerana sentiasa memberi kerjasama dalam proses penghantaran pulang semula rakyatnya.

    Pengusiran PATI Indonesia hari ini.
    “Berbanding Filipina, seramai 322 warga Indonesia berjaya dihantar pulang ke negara itu menerusi Tawau sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

    “Ia termasuk 82 orang terdiri daripada 77 lelaki dan lima wanita yang dihantar pulang ke Indonesia dari Tawau, menerusi Program Pengusiran Siri Ke-16, menaiki feri Mid East Express, hari ini,” katanya.

    Ini menjadikan seramai 3,753 pendatang tanpa izin berjaya dihantar balik ke negara asal bermula 7 Jan lalu sehingga hari ini. – BERNAMA
  • Jambatan Terbengkalai, Ketua Menteri Lulus Serta Merta Laluan Sementara

    Jambatan Terbengkalai, Ketua Menteri Lulus Serta Merta Laluan Sementara


    ISU Jambatan Ranggu di Dun Balung, Tawau akhirnya mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila satu laluan sementara akan dibuat bagi penyelesaian segera masalah kelewatan projek pembinaan tersebut.

    Melalui perbualan telefon di antara Adun Merotai dan Ketua Menteri Sabah, YB Sarifuddin Hata memberitahu bahawa YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal menzahirkan rasa dukacita atas aduan yang diterima daripada penduduk di kawasan itu.

    "Saya telah meminta pandangan dan nasihat Jurutera Daerah Tawau. Beliau mencadangkan satu laluan sementara dibuat dengan anggaran kos RM500,000 hingga RM600,000 dan kertas kerja telah disiapkan oleh beliau dan akan diemel kepada saya pada hari selasa" jelas Sarifuddin.

    "YAB Ketua Menteri sukacita untuk meluluskan serta merta dalam perbualan telefon saya sebentar tadi. Dia juga menyatakan dukacitanya terhadap aduan-aduan penduduk Ranggu"

    Menurutnya lagi, walaupun inisiatif kerajaan negeri mahu menaiktaraf semua jambatan kayu kepada jambatan konkrit adalah amat baik dan perlu disokong, namun di peringkat perlaksanaan masih mengecewakan.
    Projek pembinaan terbengkalai. Gambar- Herman Banndu

    Jalan alternatif yang disediakan ketika ini. Gambar-Ali Remora

    "Walaupun tarikh tamat penyelenggaraan jalan dan naik taraf jambatan itu pada Januari 2021. Tetapi kita juga mengambil pandangan bahawa mungkin ada kelewatan daripada pihak kontraktor kelak. Jadi jalan alternatif harus dibina segera untuk kemudahan penduduk di sana."

    "Kita tidak boleh salahkan penduduk di sana kerana mereka terkesan kerana kelalaian pihak kontraktor" katanya.

    "Bagi pihak Kerajaan Negeri (Sabah), kita memohon maaf atas perkara tersebut"

    Sehingga kini, wakil rakyat di Dun Balung, YB Datuk Osman Jamal masih belum membuat apa-apa kenyataan sejak isu ini mula tular di media sosial minggu lepas. Beliau terus mendapat kecaman pengguna media sosial akibat gagal memberi penjelasan dan tindakan penyelesaian segera bagi aduan penduduk di kawasan tersebut.

    Menurut Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Balung ketika dihubungi wartawan, hanya memaklumkan satu mesyuarat perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Adun Balung akan diadakan pada Khamis.

    Adun Merotai merangkap Pembantu Menteri Kewangan bantu penduduk di Dun Balung:







  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13