• Jalan Utama Kota Belud Masih Belum Selamat Untuk Kenderaan Ringan


         Keadaan banjir di jalan di Kota belud

    KOTA KINABALU, 29 Jun: Jalan utama yang menghubungkan Kota Belud dan Kota Kinabalu serta beberapa daerah dan kawasan berhampiran masih ditutup kepada kenderaan ringan berikutan paras air yang masih tinggi di atas jalan terbabit.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata setakat ini, jalan terbabit ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.


    “Keadaan masih berbahaya kepada kenderaan kecil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Semalam, dilaporkan ratusan kenderaan terkandas sejauh tiga kilometer hingga ke bulatan utama Kota Belud, kira-kira 74 kilometer dari sini, selepas jalan utama daerah itu yang menghubungkan beberapa daerah lain dinaiki air susulan hujan lebat berterusan pada Sabtu.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Richard Jomiji berkata hampir 95 peratus jalan raya terjejas oleh banjir dan tanah runtuh ekoran hujan lebat pada Sabtu sudah boleh dilalui kecuali beberapa jalan kecil di Tenom dan Papar.

    Beliau berkata selain kerja-kerja pembersihan di jalan yang terlibat, JKR turut mengambil beberapa langkah lain termasuk memasang papan tanda dan lampu amaran di kawasan berisiko tanah runtuh, menutup kawasan hakisan cerun dengan kanvas serta melencongkan aliran air.

    Ekoran hujan lebat itu, sebanyak 10 daerah di negeri ini terjejas oleh banjir iaitu Kota Belud, Tuaran, Putatan, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau, Tenom, Kota Marudu dan Pitas.- BERNAMA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13