SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • 40 Tahun Penantian Berakhir, 190 Penduduk Di Kampung Tongod Peroleh Geran Tanah

     

    Sebahagian daripada penduduk menerima geran tanah mengabadikan kena ngam bersama Masiung.

    TONGOD: Kami terpaksa bertindak sebagai hero kampung menghalang sebarang jentera atau kenderaan berat mencerobohi penempatan kami," kata Erick Ukil, 54, Pengerusi Pengukuran Pantas di lima kampung di daerah Tongod.

    Beliau menceritakan detik-detik sukar bersama penghuni lain ketika berjuang mendapatkan hak milik tanah di Kampung Kirunggu, Kotodon dan Simpang Entilibon, Sogo-Sogo dan Lingkabong 40 tahun yang lalu.

    Mereka terpaksa mengambil jalan berani berdepan pemilik syarikat-syarikat luar yang kononnya telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa menerokai tapak perkampungan tradisi itu untuk dijadikan kawasan estet kelapa sawit.

    Walaupun ramai penduduk asal di penempatan itu, termasuk kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia, namun sebagai generasi pelapis, mereka meneruskan usaha menuntut hak ke atas tanah tersebut sehingga wujud lima perkampungan.

    "Kami cuma berbakalkan semangat untuk mempertahankan ugutan dan psikologi beberapa syarikat besar yang mahu mengambil tanah tumpah darah kami sebagai warga Bumiputera yang sudah berakar-umbi menatap di sini.

    "Sejak dulu, kami berpakat dan berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan geran. Tanpa disedari usaha kami telah melalui lima kerajaan negeri terdahulu," tegas beliau.

    Menurut Erick, mujur pada tahun 2018 beliau bersama penduduk menemui Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, bagi mengemukakan rayuan permohonan tanah di penempatan tersebut.

    Tanpa disangka dua tahun kemudian, katanya, penduduk lima kampung tersebut menerima khabar gembira apabila Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sandakan bersetuju mengukur penempatan tersebut menerusi Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS).


    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Kironguh, Daminus Suiking, 62, berasa syukur kerana hasil campurtangan Wakil Rakyat Kuamut yang senonim dengan slogan `Tatap Kalaga' itu (Tatap Sampai) tiga tahun lalu semua pemohon telah berjaya memperolehi kelulusan untuk menyukat lot masing-masing.

    "Sebelum mendapat kelulusan dari dari JTU, kami sanggup bergadai nyawa mempertahankan kawasan penempatan ini. Setiap jalan masuk ke kampung ini, kami bina gate (pintu pagar) secara bergotong-royong menggunakan kayu bersaiz besar," katanya.

    Hujung minggu lalu, seramai 190 penduduk dari lima kampung, iaitu Kampung Kironguh, Simpang Entilibon, Lingkabong, Sogo-Sogo dan Kotodon berjaya memperolehi hak milik geran tanah yang disampaikan sendiri oleh Masiung selepas penantian lebih 40 tahun.

    Rasa syukur jelas terpacar di wajah penduduk yang telah berjaya memperolehi geran tanah masing-masing di lima kampung tersebut.

    Menurut Daminus, walaupun mengetahui usaha mereka agak terbatas untuk mengekang kuasa syarikat-syarikat luar menerokai penempatan tersebut, namun semangat mereka sebagai warga Bumiputera tetap kuat demi mempertahankan tanah tradisi yang menjadi sebahagian darah daging mereka.

    "Kami sanggup berkawal di setiap pintu masuk jalan kampung ini utk menghalang sebarang pencerobohan luar.

    "Kami pernah menerima ugutan oleh syarikat luar yang mendakwa mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, tapi kami berkeras demi mempertahankan hak kami sebagai penghuni asal di penempatan ini.

    "Namun kami berasa syukur kerana usaha kami berakhir dengan kejayaan apabila hari ini kami dapat menerima geran sebagai hadiah paling berharga hasil perjuangan kami," ujarnya.

    Seorang penerima geran tanah, Charles Eraliales, 46, menzahirkan rasa terhutang budi kepada Masiung sebagai pemimpin memahami masalah penduduk di perkampungan itu.

    Katanya, walaupun sebelum ini ramai pemimpin politik yang menawarkan diri untuk membantu namun tidak berhasil.

    Katanya, mereka sekampung telah berpakat untuk mempertahankan penempatan tersebut agar tidak jatuh ke tangan syarikat luar.

    Jelasnya, ada juga pemimpin di kawasan itu sebelum ini cuma menawarkan khidmat mambantu kami semasa kempen pilihan raya, tetapi mereka tidak ikhlas dan menghilangkan diri selepas pilihan raya.

    Seorang ibu, Ivana Sherribe Anas, 52, dari Kampung Simpang Entilibon yang turut menerima geran tanah, melahirkan rasa lega kerana kerajaan akhirnya berpihak kepada penduduk memilik kawasan panas itu.

    Drama perebutan antara penduduk asal dan syarikat luar selama lebih 40 tahun akhirnya selesai apabila geran menjadi milik pemohon yang mendiami kawasan berkenaan.

    Menurutnya, tempoh begitu lama menanti hak milik tanah adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilalui dan terpaksa menempuhi pelbagai cabaran.

    Sementara itu, semasa berucap di majlis penyampaian geran tanah di Kampung Kirunggu, Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mahukan penduduk yang telah memiliki geran supaya mengusahakan tanah tersebut sebagai asid ekonomi.

    Katanya, sejak lima tahun lalu hampir 10,000 ekar tanah telah diagihkan kepada penduduk di daerah Tongod kebanyakanya menerusi program PANTAS.

    “Usaha membantu penduduk mendapatkan geran tanah memang agenda utama menjadi ikrar saya ketika menerajui kepimpinan di Kuamut.

    “Kerana itu saya bekerja keras menunaikan janji itu kepada rakyat yang mengharapkan khidmat saya,“ jelasnya, sambil mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir.

    Beliau menggesa penduduk supaya tidak menjual tanah-tanah mereka kepada orang luar sebaliknya membuka tanah tersebut untuk rutin ekonomi.

    Masiung berkata sejak dipilih sebagai Wakil Rakyat pada 2008, beliau telah berjanji membantu warga Kuamut yang telah sekian lama gagal mendapatkan geran tanah yang mereka duduki.

    Jelasnya, keutamaan beliau adalah untuk membantu sedaya-upaya agar penduduk di kawasan Kuamut mendapat hak milik tanah yang mereka pohon.

    Katanya, beliau akan membantah setiap usaha syarikat luar yang mengemukakan permohonan di kawasan itu untuk dijadikan ladang sawit kerana ia cuma menguntungkan syatikat terbabit.

    Daerah Tongod, katanya, yang tersenarai antara lapan daerah termiskin di negara ini tidak sewajarnya dijadikan wilayah bagi syarikat luar meraih keuntungan sekaligus merugikan penduduk setempat.

    Sumber: Utusan Borneo










  • 65 Pendaki Berjaya Capai Misi kibar jalur Gemilang Di Puncak Gunung Kinabalu


    KOTA KINABALU : Sebanyak 65 pendaki berjaya mencapai misi mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung tertinnggi di Malaysia Gunung Kinabalu, selepas menerima berndera berkenaan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 31 Julai lepas.

    Misi pendakian gunung setinggi 4,095 meter yang diadakan sempena Bulan Kebangsaan dan diketuai Taman-Taman Sabah (TTS) itu disempurnakan pada isnin lepas serta mengambil masa hampir tujuh jam.

    Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid berkata pendakian bermula kira-kira 6.50 pagi itu turut membawa 133 bendera dan dipasang di sepanjang laluan pendakian, pondok perhentian, pelantar, pondok pemeriksaan, tangga batuan Kinabalu serta di kawasan rehat Panalaban.

    "Bagaimanapun, hanya tiga bendera sahaja dipasang di puncak Gunung Kinabalu iaitu Jalur Gemilang, bendera Sabah dan bendera TTS atas faktor keselamatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    katanya, kumpulan 65 orang pendaki itu diketuai oleh Renjer Taman, Sub Stesen Panalaban Gunung Kinabalu Julaimin Kamin dan dianggotai Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MoSAR), malim gunung, porter, petugas Sutera Santuary Lodges, dan ahli Koperasi Kakitangan Taman Sabah (KOKTAS).

    Menurutnya, semasa pendakian, para pendaki terpaksa berdepan cuaca agak sejuk, berangin serta berkabus semasa tiba di puncak gunung berkenaan kira-kira 1.50 petang.

    Justinus berkata ketika perjalanan turun dari puncak Gunung Kinabalu, peserta turut 'bertemankan' hujan lebat berikutan perubahan cuaca yang mendadak.

    Sumber: BERNAMA 

  • KPDNHEP Tumpaskan Kegiatan Seleweng Barang Kawalan Bernilai RM128,750


    KENINGAU
    : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah telah menahan seorang lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan menyeleweng barang kawalan dalam satu operasi serbuan di sini.

    Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata serbuan bagi menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan minyak diesel bersubsidi dijalankan kira-kira jam7.45 pagi di Kampung Biah di sini.

    "Bertindak dengan maklumat risikan selama dua hari di kawasan terbabit, pasukan serbuan kemudiannya mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai pekerja di lokasi itu yang leka memindahkan barang kawalan semasa serbuan dilaksanakan

    "Berdasarkan keterangan awal, pekerja tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

    Beliau berkaa pihaknya kemudian menemukan 5,000 liter minyak diesel di dalam lori tangki dan tong drum yang dipercayai untuk dijual kepada pihak industri.

    "Pasukan serbuan juga mengesan alat-alat yang dipercayai untuk kegiatan menyeleweng termasuk tiga buah lori berserta tong drum dan skid tank.

    "Kesemua barangan bernilai RM128,750 dirampas manakala suspek turut ditahan dan diambil keterangan bagi siasatan lanjut," katanya.

    Georgie berkata kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan -Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urusniaga kawalan tanpa lesen.

    "Siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

    "Akta Kawalan Bekalan 161 (Akta 122) memperuntukkan mana-mana individu yang disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    "Sekiranya sesebuah syarikat disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta, manakal bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta," katanya.

    Tambahnya kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan.

    "KPDNHEP Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan terhadap semua kegiatan berkaitan barang kawalan di Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

    "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian untuk usaha membanteras kegiatan ini dengan lebih menyeluruh," katanya.

    Sumber : Utusan Borneo


  • JPV Berjaya Rampas Lori Kontena Seludup Masuk Kepak Ayam



    KOTA KINABALU
    : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berjaya merampas sebuah lori kontena yang dipercayai menyeludup masuk sayap ayam yang tidak diluluskan memasuki negara.

    Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk James Ratib berkata perkara itu disedari selepas pergerakan lori kontena dikesan membawa barangan seludup.

    Katanya pihak JPV dan polis kemudiannya bertindak mengekori lori kontena terbabit sehingga sampai ke detinasi.

    “Hasil pemeriksaan pihak JPV mendapati kontena yang dibawa masuk dari negara Poland itu membawa sejumlah bekalan kepak ayam yang terkandung dalam senarai yang tidak dibenarkan oleh JPV.

    “Kesemua bekalan kepak ayam itu kemudianya dirampas dan saya arahkan pihak JPV membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya semasa turut serta dalam operasi terbabit.

    Menurutnya operasi pembanterasan kegiatan penyeludupan barangan yang menyalahi undang-undang akan diteruskan dari semasa ke semasa.

    Katanya tindakan ini bagi memastikan bekalan ayam serta daging yang dibawa masuk ke Sabah mempunyai status halal.

    “Kita juga harapkan agar pemain industri dalam pembekalan ayam memperoleh sijil halal bagi mengelak daripada dikenakan tindakan pada masa akan datang,” katanya.

    Bercakap lanjut berkenaan operasi ini beliau berkata pasukan khas atau task force ini baru ditubuhkan dan melaksanakan operasi bersepadu selama dua hari.

    “Untuk tempoh awal ini kita sudah berjaya merekodkan tangkapan kontena yang membawa barangan tidak dibenarkan.

    “Kita juga berterima kasih dengan pihak PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang memberikan kerjasama dalam menjayakan misi serta operasi ini,” katanya.

  • Dua Lelaki Ditahan Terlibat kes Pecah Rumah


    TAWAU
    : Dua lelaki disyaki terlibat dengan kes pecah rumah berjaya ditahan dalam satu serbuan berasingan di kawasan Merotai, di sini semalam.

    Kedua-dua suspek berumur 30 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Jagung Merotai Besar dan Kampung Kuala Merotai.

    Ketua Polis Daerah Tawau, Assisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan mengenai sebuah rumah di kawasan kebun telah dipecah masuk.

    Katanya, sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi dan serbuan.

    “Polis berjaya mengesan kedua-dua suspek di kawasan berasingan dan menjalankan pemeriksaan, sebelum membuat tangkapan.

    “Hasil pemeriksaan, polis menemukan satu unit solar, bateri dan beberapa barang lain disyaki hasil kegiatan pecah rumah di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

    Jasmin berkata, kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bombalai untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


    Sumber: Utusan Borneo

  • Warga Emas Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kampung Narinang

    Gambar Hiasan



    Kota Belud
    : Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dilaporkan melecur dibahagian belakang badan selepas rumahnya di Kampung Narinang, di sini terbakar hari ini.

    Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rumah dua tingkat jenis tidak kekal berkeluasan 83 meter persegi berkenaan musnah sepenuhnya.

    Selain itu, dua motosikal serta sebuah mini  traktor yang diletakkan di rumah berkenaan dilaporkan turut musnah terbakar.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.14 pagi.

    Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terus bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran dengan dua pancutan sepanjang 91 meter dari tangki jentera dan air sungai berhampiran.

    Menurutnya, mangsa perempuan yang cedera terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut.

    Katanya, api berjaya dikawal pada jam 11.33 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.55 pagi.


    Sumber : --DEASOKA

  • Seorang Kanak-kanak Rentung, Kebakaran Rumah Di Kinabatangan

     


    Kinabatangan
    : Seorang kanak-kanak rentung dan lima lagi ahli keluarga termasuk bapa serta ibunya cedera selepas rumah mereka di Kampung Perpaduan, di sini, terbakar tengah malam tadi.

    Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa Mohd Adlinsyah Mohd Adsni 6, ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap di dalam bilik rumah berkenaan.

    Manakala kedua ibubapanya dan dua abang serta adiknya yang berusia tiga tahun  hingga 43 tahun turut mengalami kecederaan melecur terkena bahan api.

    Difahamkan, dua lagi ahli keluarga mangsa membabitkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan wanita warga emas, 77 tahun, terselamat tanpa sebarang kecederaan.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam  12.40 tengah malam.

    Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera  terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu memadamkna api kebakaran.

    "Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 185 meter persegi yang musnah terbakar 100 peratus.

    "Semasa ketibaan pasukan bomba di lokasi, sebuah motosikal Honda EX5 turut terbakar sepenuhnya manakala sebuah kenderaan Isuzu Dmax berjaya diselamatkan" katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 60 meter dengan tiga pancutan dari sumber air jentera.

    "Api kebakaran berjaya dikawal pada  jam 2.40 manakala semua mangsa cedera dihantar mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kinabatangan.

    "Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 3.56 pagi," katanya.

    Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan sisasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca serta jumlah kerugian dalam insiden ini.


    Sumber : --DEASOKA

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13