• Seorang Kanak-kanak Rentung, Kebakaran Rumah Di Kinabatangan

     


    Kinabatangan
    : Seorang kanak-kanak rentung dan lima lagi ahli keluarga termasuk bapa serta ibunya cedera selepas rumah mereka di Kampung Perpaduan, di sini, terbakar tengah malam tadi.

    Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa Mohd Adlinsyah Mohd Adsni 6, ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap di dalam bilik rumah berkenaan.

    Manakala kedua ibubapanya dan dua abang serta adiknya yang berusia tiga tahun  hingga 43 tahun turut mengalami kecederaan melecur terkena bahan api.

    Difahamkan, dua lagi ahli keluarga mangsa membabitkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan wanita warga emas, 77 tahun, terselamat tanpa sebarang kecederaan.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam  12.40 tengah malam.

    Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera  terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu memadamkna api kebakaran.

    "Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 185 meter persegi yang musnah terbakar 100 peratus.

    "Semasa ketibaan pasukan bomba di lokasi, sebuah motosikal Honda EX5 turut terbakar sepenuhnya manakala sebuah kenderaan Isuzu Dmax berjaya diselamatkan" katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 60 meter dengan tiga pancutan dari sumber air jentera.

    "Api kebakaran berjaya dikawal pada  jam 2.40 manakala semua mangsa cedera dihantar mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kinabatangan.

    "Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 3.56 pagi," katanya.

    Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan sisasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca serta jumlah kerugian dalam insiden ini.


    Sumber : --DEASOKA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13