• KPDNHEP Tumpaskan Kegiatan Seleweng Barang Kawalan Bernilai RM128,750


    KENINGAU
    : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah telah menahan seorang lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan menyeleweng barang kawalan dalam satu operasi serbuan di sini.

    Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata serbuan bagi menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan minyak diesel bersubsidi dijalankan kira-kira jam7.45 pagi di Kampung Biah di sini.

    "Bertindak dengan maklumat risikan selama dua hari di kawasan terbabit, pasukan serbuan kemudiannya mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai pekerja di lokasi itu yang leka memindahkan barang kawalan semasa serbuan dilaksanakan

    "Berdasarkan keterangan awal, pekerja tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

    Beliau berkaa pihaknya kemudian menemukan 5,000 liter minyak diesel di dalam lori tangki dan tong drum yang dipercayai untuk dijual kepada pihak industri.

    "Pasukan serbuan juga mengesan alat-alat yang dipercayai untuk kegiatan menyeleweng termasuk tiga buah lori berserta tong drum dan skid tank.

    "Kesemua barangan bernilai RM128,750 dirampas manakala suspek turut ditahan dan diambil keterangan bagi siasatan lanjut," katanya.

    Georgie berkata kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan -Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urusniaga kawalan tanpa lesen.

    "Siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

    "Akta Kawalan Bekalan 161 (Akta 122) memperuntukkan mana-mana individu yang disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    "Sekiranya sesebuah syarikat disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta, manakal bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta," katanya.

    Tambahnya kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan.

    "KPDNHEP Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan terhadap semua kegiatan berkaitan barang kawalan di Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

    "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian untuk usaha membanteras kegiatan ini dengan lebih menyeluruh," katanya.

    Sumber : Utusan Borneo


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13