Kota Kinabalu: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) kini dalam proses mngindustrikan negeri ini melalui penambahan nilai kepada sumber seperti minyak kelapa sawit,kayu kayan serta minyak dan gas.
Kota Kinabalu: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) kini dalam proses mngindustrikan negeri ini melalui penambahan nilai kepada sumber seperti minyak kelapa sawit,kayu kayan serta minyak dan gas.
Laporan itu mendakwa berlaku kematian dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depot Tahanan Imigresen di Tawau, Sabah.
Bagaimanapun, pada Selasa laporan itu disangkal oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang berkata, ia satu tuduhan tidak berasas.
Pengarah perlindungan rakyat di kementerian itu, Judha Nugraha, berkata dalam satu kenyataan Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia Tawau telah dijadualkan bertemu Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah semalam (Selasa)
Pertemuan itu untuk meminta maklumat mengenai penemuan KBMB, sebagai usaha Kerajaan Indonesia melindungi warga dan tenaga kerja Indonesia di Sabah.
Pihaknya juga akan membuat tindakan susulan secara bilateral dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya maklumat dalam laporan itu disahkan, katanya.
Jumaat lalu, ahli-ahli KBMB mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan berhubung dakwaan itu.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Khairul Dzaimee dalam penjelasannya berkata pengurusan depot imigresen Malaysia menepati piawaian dan standard 'The Mandela Rules' serta memberi layanan baik kepada semua tahanan termasuk tahanan Indonesia.
Rawatan kesihatan awal turut diberikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditempatkan secara kader di semua depot imigresen, manakala kes kesihatan serius dibawa ke hospital.
Seramai 18 tahanan Indonesia meninggal dunia di Sabah pada 2021 dan enam orang tahun 2022 semasa dirawat di hospital, kata Khairul Dzaimee dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kematian disebabkan pelbagai penyakit seperti masalah jantung, buah pinggang, COVID-19 serta paru-paru berair.
Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan Ketua Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Benny Rhamdani akan ke Malaysia dalam masa terdekat untuk melawat depoh tahanan tenaga kerja Indonesia.– BERNAMA
Photo By: Francis_globe |
KINABATANGAN, 29 Jun - Kerajaan Sabah dalam usaha mendaftarkan Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera dibawah program Manusia dan Biosfera (MAB) Pertubuhan Pendidik Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri pelancongan kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata ia sebagai pengiktirafan daerah berkeluasan 6,605 km persegi itu terhadap sumber semula jadi dengan pelbagai fungsi ekologi penting serta landskap Kinabatangan yang unik dan kaya dengan biodiversiti.
''Sekiranya berjaya maka Kinabatangan akan menjadi tapak rizab kedua di Sabah selepas Banjaran crocker dan Keempat di Malaysia.
''Dengan pengiktirafan ini , masyarakat antara bangsa akan tertumpu ke Kinabatngan , khususnya Sukau , untuk menikmati alam sekitar lestari yang cukup dijaga dengan pembabitan komuniti yang tinggal disekitar kawasan ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Biodiersiti sedunia disini hari ini.
Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata , perjalanan kearah mendapatkan pengiktirafan berkenaan dijangka mengambil masa dua tahum menerusi pelaksanaan proses konsultasi oleh Pusat Biodiversiti Sabah dengan pihak pemegang taruh termasuk masyarakat setempat bermula julai ini.
Katanya , dapatan daripada konsultasi itu adalah sebagai keperluan bagi dokumen pencalonan yang akan dihantar ke UNESCO melalui kerajaan Persekutuan.
''Melalui program MAB ini , satu pelan pengurusan bersepadu berdasarkan perundangan Sabah yang sedia ada akan dibangunkan dengan penglibatan semua pemegang taruh di Kinabatangan.
''Zon pengurusan yang mempunyai objektif tersendiri seperti Zon Teras , Zon Penampan dan Zon Transisi akan dikenal pasti agar semua pemegang taruh mempunyai peranan yang harus dimainkan dan seterusnya mendapat manfaat sewajarnya daripada sektor ekonomi hasil daripada pengiktirafan antarabangsa ke atas tapak ini,'' katanya.
Sumber : BERNAMA
KOTA KINABALU: Seramai 5,000 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2022 yang akan diadakan di Penampang Sabtu ini, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata konvensyen tersebut akan menjadi medan memperkukuhkan solidariti parti itu khususnya di Sabah dan menjadi saksi betapa kukuhnya kesepakatan sebuah gabungan BN yang memberi sumbangan besar membentuk kerajaan Sabah.
Katanya, walaupun BN hanya mempunyai empat parti komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, semua parti itu amat memerlukan justeru BN perlu mengambil pendekatan merapatkan barisan kepimpinan dan menyatukan jentera semua peringkat sebelum berdepan pilihan raya umum (PRU).
"Konvensyen ini berkemungkinan menjadi pertemuan terakhir ahli-ahli parti sebelum menghadapi pilihan raya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah PRU di Malaysia. Justeru ahli-ahli BN khususnya peserta yang hadir ke konvensyen ini perlu memanfaatkan pertemuan ini.
"Bincangkan isu-isu yang relevan untuk memperkasakan perjuangan parti, melihat secara jujur segala rencana dan pelan BN, dalam mengatur persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan majlis penutup konvensyen itu pada hari sama dan turut dijadualkan hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata antara program konvensyen itu ialah Bicara Seorang Negarawan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri.
-- BERNAMA
MINYAK masak paket bersubsidi yang dirampas. FOTO ihsan APMM |
SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 340 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi menerusi Ops Pluto Timur, semalam.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan, berkata, sepasukan anggota bot perondanya mengesan bot tanpa pendaftaran kira-kira 0.5 batu nautika arah utara Pulau Kulapuan, dekat sini, pada 9.30 pagi.
Bagaimanapun katanya, sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan juragan bot memecut ke kawasan cetek sebelum melarikan diri ke kawasan daratan dan gagal dikesan.
“Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek menemukan 340 paket minyak masak bersubsidi disyaki cuba diseludup ke negara jiran.
“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot bersama dua unit enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM5,350 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Norrimi berkata, sepanjang Februari hingga Jun tahun ini, 2,953 kg minyak masak paket bersubsidi dirampas di perairan Semporna.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya percaya kegiatan penyeludupan barang kawalan terbabit didalangi sindiket membabitkan warga asing dan penduduk tempatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang termasuk kegiatan penyeludupan supaya menghubungi Pusat Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya. – HMetro
Mohamaddin yang juga ADUN Segama berkata, tindakan beliau keluar Bersatu adalah kerana tidak diberi sebarang peranan untuk memperkukuhkan parti itu seperti yang dijanjikan.
“Saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri Segama, namun setelah lebih enam bulan, tiada sebarang peranan yang diberikan,” katanya dalam sidang media.
Beliau turut mendakwa diri dan penyokongnya diketepikan jentera oleh parti di Lahad Datu dan Segama dengan Bersatu mengadakan aktiviti tanpa pengetahuannya.
“Dari awal lagi, penyokong saya berminat menyertai Bersatu melalui bahagian ini tetapi mereka menolaknya.”
Bekas menteri pelancongan itu meninggalkan Warisan pada Oktober 2021, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Nov lalu.
Ditanya sama ada keputusannya meninggalkan Bersatu dan Warisan akan memberi persepsi buruk terhadap dirinya, Mohamaddin berkata, beliau tidak bimbang dengan perkara itu.
“Banyak yang panggil katak, tapi kalau bertahan di situ, duduk sahaja buat apa, bukan mahu tunggu bertelur, kita sepatutnya bekerja untuk rakyat.
“Saya tidak bimbang dengan itu (persepsi buruk rakyat terhadap dirinya). Panggil katak, kataklah, panggil monyet, monyetlah, saya tidak kisah.”
Beliau secara sinis turut mengucapkan “tahniah” kepada Ketua Bersatu Lahad Datu, Japlin Akim yang “berlagak seolah-olah beliau ialah Ahli Parlimen Lahad Datu dan ADUN Segama”. - FMT
![]() |
Azizah (tiga dari kiri) bersama usahawanita di Matunggong. |
MATUNGGONG: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal membina kampus baharunya bagi cawangan Sabah.
Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata UniKL sudah mempunyai 13 cawangan di seluruh negara dan kini masanya untuk diwujudkan sebuah cawangan bagi negeri Sabah.
“Sudah tiba masanya di mana kami merasakan UniKL juga perlu wujud sebagai sebuah cawangan di negeri Sabah kerana ia sudah wujud di semua negeri lain.
“Kini kita dalam sedang proses perbincangan bersama pihak Kerajaan Negeri Sabah tentang usaha untuk mewujudkan UniKL cawangan Sabah ini dan untuk pengetahuan semua, kita juga bercadang untuk mewujudkan kerjasama dengan Yayasan Sabah kelak,” katanya.
![]() |
Azizah bergambar kenangan dengan para usahawan daripada Matunggong. |
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir dalam Program Outreach MARA di sini, pada Jumaat.
Hadir sama Pengarah Mara Sabah, Dr Shahrizin Abdul Sarhadat dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dato Redonah Bahanda serta para usahawan daripada Matunggong.
Menurut Azizah lagi, MARA juga sedang menunggu kelulusan dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia bagi mewujudkan Kolej Vokasional di daerah Beaufort.
“Kita akan bina kolej ini di Beaufort dan kini sedang menunggu beberapa perkara lagi di peringkat kementerian.
“Setelah selesai semua nanti, kita akan terus memulakan proses pembinaan Kolej Vokasional tersebut yang sudah pasti bakal memberi manfaat kepada anak-anak muda kita yang bakal melanjutkan pengajian mereka dalam bidang dan ilmu vokasional,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Azizah juga memberitahu bahawa MARA ingin lebih ramai anak negeri Sabah menerima manfaat dan peluang bagi melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat antarabangsa.
“MARA ada tajaan yang mana kita sediakan untuk anak-anak yang berpeluang melanjutkan pengajian mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Kita mahu lebih ramai anak-anak Sabah yang guna peluang ini dan sambung pengajian merek ake luar negara, sekaligus membanggakan negeri Sabah dengan kejayaan mereka nanti,” jelasnya.
Azizah juga berkata, usaha bagi menaiktaraf dan pemerkasaan usahawan di kawasan luar bandar adalah usaha berterusan dari pihak MARA dan semua usahawan digalakkan untuk aktif dengan aktiviti MARA.
“Ramai usahawan wanita kita ada potensi yang berada di luar bandar, mereka ada produk, ada keinginan dan ada kehendak untuk memajukan perniagaan mereka.
“Rebutlah peluang dan sertai semua program pemerkasaan kerana kita ada pembiayaan, kita menyampaikan ilmu kepada mereka tentang perlunya pengetahuan pendigitalan dan pensijilan serta banyak lagi,” katanya lagi.
Tambahnya, MARA juga sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha bagi meningkatkan mutu usahawan wanita di kawasan luar bandar.
“Kerjasama dengan semua pihak yang ingin sama memajukan usahawan wanita kita boleh kita laksanakan dan ini semua adalah demi untuk manfaat usahawanita kita.
“Kita yakin dengan norma baharu dalam urusniaga, amat penting untuk setiap usahawan itu mempunyai nilai tambah dan ilmu untuk memasarkan produk yang mereka hasilkan hingga berjaya ke peringkat antarabangsa.
“Pastinya ini akan menambahbaik keadaan ekonomi keluarga mereka, menghasilkan peluang pekerjaan baharu dan menjana keuntungan yang boleh dimafaatkan untuk komuniti setempat,” ujar beliau lagi.
Sumber : wartaoriental