![]() |
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin |
KOTA KINABALU: Empat kes baharu dilaporkan di Sabah hari ini membabitkan kes import bagi warganegara dan warga asing yang pulang dari Filipina.
KOTA KINABALU: Istana Negeri Sabah kelmarin menyangkal dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaitkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyalah guna kuasa dan rasuah serta menerima imbuhan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Setiausaha Sulit Kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Abinan Asli berkata demikian bagi merujuk kenyataan Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan dakwaan salah laku terhadapa Juhar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam.
“Istana Negeri dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Zulkarnain Mahdar. Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali serta mengandungi niat jahat,” katanya pada sidang media di Istana Negeri Sabah, di sini, kelmarin.
Abinan menjelaskan Yang Dipertua Negeri Sabah tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah seperti yang didakwa Zulkarnain, sebelum menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN Sabah.
Katanya, Istana Negeri juga tidak pernah menerima permintaan secara rasmi atau tidak rasmi daripada pihak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengadakan perjumpaan dengan Juhar.
Abinan berkata Istana Negeri juga tidak pernah mengarahkan pihak polis untuk menyekat Musa dan rombongan memasuki kawasan istana pada 30 Julai lalu sebaliknya sekatan itu telah dibuat polis bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.
Pembubaran DUN Sabah itu rentetan kemelut politik yang menyaksikan Musa mengetuai beberapa Ahli DUN Sabah untuk menghadap Juhar selepas mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu.
Abinan berkata Juhar tidak memperkenan rombongan Musa untuk bertemu dengannya pada 30 Julai selepas mengambil kira suasana tegang ketika itu dan DUN Sabah telah dibubarkan pada pagi hari yang sama.
“Tuan Yang Terutama (Tun Juhar) amat kesal dengan laporan tidak benar yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengaitkan Tuan Yang Terutama,” katanya.
Beliau berkata Juhar juga mengingatkan rakyat supaya bertenang dan tidak mudah mempercayai berita palsu di internet atau media sosial serta berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mewujudkan ketegangan dan menggugat keharmonian rakyat.
“Tuan Yang Terutama menyeru rakyat Sabah supaya terus bersatu hati dan mengekalkan keharmonian negeri Sabah yang hidup aman damai,” katanya.-Bernama
![]() |
LAWAT : Amrullah menyaksikan sendiri barang-barang lama yang disumbangkan kepada Muzium Tawau. |
Muzium yang julung kali diwujudkan itu merupakan inspirasi daripada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah untuk mengumpul semua artifak lama yang ada di daerah Tawau.
Presiden MPT, Datuk Amrullah Kamal berkata usaha mengumpulkan semua artifak lama yang mempunyai nilai tersendiri sudah diwar-warkan sebelum dipersembahkan pada hari ini untuk diperiksa oleh pihak Jabatan Muzium Sabah.
"Kita melihat ramai masyarakat di daerah ini yang menyimpan barang-barang bersejarah dari dalam dan luar negara termasuk yang sudah berusia hampir 100 tahun.
"Barang antik ini sangat bernilai dan perlunya ada usaha untuk memperkenalkan kepada masyarakat terutamanya generasi baharu supaya mereka dapat menyaksikan sendiri keunikan barang-barang lama," katanya ketika ditemui pada hari penyerahan barang-barang lama di MPT, di sini semalam.Mengulas lanjut, Muzium Tawau ini dilihat mampu menjadi daya tarikan pelancong sekiranya ianya berjaya mengumpul lebih banyak barang- barang antik.
"Namun, sebagai permulaan kita berusaha merealisasikan muzium ini walaupun hanya di tempat yang sederhana dan jumlah barang yang minimum.
"Apa yang penting ianya diwujudkan dahulu, kita tidak perlu tunggu sehingga semuanya sempurna baharu mahu buat, selebihnya kita akan berusaha menambah baik melalui kerjasama semua pihak" katanya
Amrullah berkata, pihak MPT juga sedang dalam kajian tentang nama-nama tempat yang menggunakan nama orang Jepun seperti Kuhara, Kubota, Yamamoto dan banyak lagi.
"Saya percaya nama-nama orang Jepun tersebut mempunyai signifikan yang perlu pengkajian bagi mengetahui asal usul tempat tersebut.
"Sebenarnya banyak boleh diperkenalkan di daerah ini yang boleh dipersembahkan di muzium itu nanti, namun perlunya kajian terlebih dahulu untuk memudahkan proses penerangan," katanya
Beliau berkata, pihak MPT mempunyai idea terhadap tanah seluas dua ekar di kawasan muzium itu termasuklah membina rumah setiap etnik di Tawau seperti yang ada di Muzium Sabah Kota Kinabalu.
"Kita mengharapkan supaya semua pihak termasuklah mengalu-alukan syarikat-syarikat melalui program sosial korporat (CSR) untuk membantu menaiktaraf muzium ini.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa tetap Koleksi Muzium Sabah, Stanley Peter menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyumbang lebih banyak barang-barang lama terutamanya yang berkaitan sejarah Tawau.
"Masyarakat boleh menjual, menderma atau meminjamkan kepada muzium untuk disimpan menjadi khazanah yang boleh dipamerkan kepada orang ramai," katanya.-Hamzah Sanudin
![]() |
SOAL JAWAP: Vivian (kanan atas) bertanya mengenai isu PTI kepada Hamzah (kiri bawah). |
SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Vivian Wong Shir Yee mempersoalkan jawapan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang didakwanya tersasar berhubung masalah penyelesaian isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah.
“Semasa segmen jawapan Menteri di Dewan Rakyat kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin menyatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengeluarkan lebih banyak pas IMM13 kepada mereka yang tidak berdokumen di Sabah.
“Bagaimanapun, bulan lepas, pada 15 Jun, semasa lawatan rasmi beliau ke Sabah, hampir semua media rasmi di seluruh negara melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri telah mencadangkan IMM13 sebagai dokumen standard tunggal untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin dan tanpa kewarganegaraan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata pengumuman ini disambut dengan keprihatinan dan keraguan yang besar mengenai bagaimana cadangan ini dapat menyelesaikan masalah besar atau isu yang kompleks ini.
"Sebagai menteri yang menjaga keselamatan negara kita, Menteri Dalam Negeri perlu memeriksa fakta dan tindakan beliau bersama. Semasa bahagian pertama jawapan, beliau mengatakan sedang memperhalusi cadangan IMM13 tetapi semasa digesa kemudiannya, beliau mengubah haluan dengan mengatakan tidak pernah mengatakan akan ada pengeluaran IMM13.
“Beliau tidak hanya bertentangan dengan diri di Dewan Rakyat tetapi telah membuat pusingan balik akan apa yang telah diumumkan beliau pada 15 Jun lepas. Ini sama sekali tidak dapat diterima daripada seorang menteri dan ini juga hanya akan menambah kekeliruan dan kekacauan berkenaan isu ini," tegas Vivian.
Terdahulu dalam sesi perdebatan Agong, Vivian juga menekankan kepada kerajaan untuk menyediakan perincian bagaimanakah IMM3 sebagai dokumen standard boleh menyelesaikan masalah kompleks berkenaan pendatang asing tanpa izin dan tanpa kewarganegaraan di Sabah.
"Mengapa IMM13, dokumen untuk mendaftarkan pelarian dari Selatan Filipina hampir 40 tahun lalu, masih dikeluarkan pada hari ini kepada pendatang asing di Sabah? Pertama, adakah Putrajaya menggalakkan lebih ramai PTI untuk datang ke Sabah untuk mengambil tempat tinggal di Sabah melalui pengeluaran IMM13 ini?
“Kedua, dimana garis panduan kita berkenaan siapa antara PTI yang berhak mendaftar? Ketiga, adakah anak dan cucu pemegang IMM13 juga berhak menjadi pemegang IMM13? Keempat, adakah pemegang IMM13 ini dibenarkan bekerja di Sabah seperti pemegang pas pemastautin yang sah? Atau adakah mereka dianggap sebagai buruh asing yang juga perlu membayar pungutan levi pekerja asing? Kelima, adakah anak-anak pemegang IMM13 dibenarkan menghadiri sekolah kebangsaan dan menerima rawatan di hospital kerajaan di Sabah?"
“Ini merupakan antara sebahagian isu kritikal yang Menteri perlu jawab sebelum dengan mudah membuat pengumuman berkenaan isu pendatang asing di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata apa yang dimaksudkan ialah, adalah tidak mudah atau semudahnya mengeluarkan pas kepada semua. Terdapat banyak kesan sosial dan keselamatan dalam setiap langkah yang kita ambil dalam mengatasi isu PTI.
Oleh itu, Vivian menyeru kepada semua Ahli Parlimen dari Sabah, terutama Datuk Dr.Jeffrey Kitingan, yang mana ketika ini berkhidmat dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN), untuk tidak hanya berpuas hati dengan jawatan menteri beliau dan hanya berdiam diri mengenai isu keselamatan nasional yang kritikal ini yang telah menyebabkan begitu banyak kesusahan kepada Sabah.-
![]() |
TEMUI JENTERA: Junz (berdiri) bertemu dengan jentara pilihan raya di rumah Ketua Kampung Jimin Minin. |
Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru Datuk Junz Wong berkata demikian ketika memberikan penjelasan kepada para penduduk di sini, mengenai sebab PRN diadakan.
“Kalau boleh kami pun tidak mahu PRN sebab kami mahu terus membangunkan Sabah…banyak program pertanian dan perikanan yang sedang dilaksanakan tapi terpaksa ditangguhkan.
“Sebab apa? Hal ini kerana banyak 'katak-katak' politik yang tidak sabar merampas kuasa,” katanya yang merujuk kepada para ahli pemimpin politik yang 'melompat keluar' daripada parti.
Beliau menerangkan kepada para penduduk di Tanjung Aru Lama dan Baru, Warisan tidak mahu menyampaikan mesej budaya politik 'lompat katak' atau mencari keuntungan sendiri kepada masyarakat.
Tambahnya, rakyat Sabah menolak budaya seperti ini dan tidak menerima ahli politik yang hanya mementingkan agenda sendiri untuk mengaut kekayan.
Bersama dengan beliau semasa lawatan berkenaan, Ketua Warisan Bahagian Putatan Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Awang Sahari, Ketua Wira Putatan Mohammad Firdaus dan Wirawati Izzatul Aini.-
![]() |
ZAINI JASS |
KOTA KINABALU: Polis sedang melaksanakan persiapan dari segi penugasan pegawai bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata tindakan itu penting berikutan berlakunya pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada 73 kerusi berbanding hanya 60 sebelum ini.
“Dijangkakan dengan pertambahan kerusi terbabit jumlah pengundi turut bertambah dan berkemungkinan wujudnya Pusat Pembuangan Undi baharu atau pertambahan saluran mengundi apapun kita tengah tunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita akan laksanakan apa yang diputuskan oleh SPR dan seterusnya berapakah saluran mengundi yang akan dibuka untuk setiap pusat mengundi kerana itu akan menentukan bilangan pegawai yang bertugas pada hari pembuangan undi nanti,” katanya.
Katanya pada masa ini pihaknya sedang mengatur persiapan khusus, keperluan logistik dan sebagainya termasuk penugasan jumlah pegawai berikutan ianya tertakhluk kepada bilangan pusat pembuangan undi dan saluran mengundi yang ditetapkan.
“Di era Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini kita difahamkan akan ada perubahan terhadap bilangan pengundi di saluran mengundi iaitu jika pusat mengundi kecil maka bilangan pengundi juga akan dikurangkan.
“Bilangan pegawai yang akan ditugaskan turut berubah contohnya jika sebelum ini seorang pegawai akan ditempatkan di sebuah saluran mengundi kini bilangan itu turut berubah dengan adanya penambahan saluran berkenaan.
“Apapun dari pihak kita, persiapan dan perancangan sudah dilaksanakan, untuk keputusan akhir bagi penugasan anggota akan bergantung kepada keputusan SPR,” katanya.
Beliau berkata perkara itu termasuklah sama ada Sabah akan mendapatkan bantuan pegawai dari luar atau sebaliknya.
Tambahnya pihaknya juga akan menggerakkan semua elemen kepolisan yang ada termasuklah Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta PULAPOL.
Sementara itu semasa ditanya berkenaan isu pergolakan politik yang melanda negeri ini baru-baru ini, Zaini berkata pihaknya tidak ada menerima sebarang laporan polis berkenaan kejadian dan keadaan di Sabah terutama Ibu Negeri adalah aman dan terkawal.
“Sepertimana yang kita lihat Kota Kinabalu aman damai dan saya nasihatkan masyarakat agar tidak melakukan sesuatu di luar batas undang-undang bagi memastikan perjalanan PRN lancar dan teratur.
“Polis juga akan memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya semasa PRN berikutan penugasan seumpama sudah dijalankan sebelum ini dan ianya tidaklah terlalu janggal kepada pasukan kita,” katanya.-Vivi Olviana Najurus