KOTA KINABALU: Tindakan dua lelaki yang menghambakan diri menjadi pengantara untuk mengedar dadah berakhir ke hukuman penjara apabila ditahan di sebuah premis makanan Jalan Tun Fuad Stephen di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kedua-dua suspek berumur 24 dan 25 tahun yang ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kota Kinabalu juga memiliki syabu seberat lebih satu kilogram (kg).
“Bertindak dengan maklumat risikan serta maklumat awam, satu serbuan dijalankan di sebuah premis makanan dan mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai menjadi dalang kepada aktiviti pengedaran dadah sekitar daerah ini.
“Sebaik menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek cuba melarikan diri bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya memberkas suspek sebelum dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya semasa ditahan polis menemukan 1050.00 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM42,000 yang dibawa oleh suspek.
“Siasatan lanjut mendapati modus operandi yang digunakan kedua-dua suspek adalah dengan berperanan sebagai orang perantaraan dan mendapatkan bekalan dadah sebelum mengedarkannya kepada individu tertentu.
“Suspek akan mendapatkan bayaran sebanyak RM500 bagi setiap sekilo syabu yang diedar,” katanya.
Habibi berkata suspek kini direman selama tujuh hari bermula 16 Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.
“Usaha membanteras terutama terhadap ahli sindiket pengedaran dadah di kawasan tumpuan akan diperhebat bagi memastikan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibendung sepenuhnya seterusnya mengekalkan kesejahteraan penduduk di daerah ini,” katanya.-Vivi Olviana Najurus
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebelum kejadian mangsa bersama empat lagi rakannya sempat berkumpul di dalam bilik asrama terbabit sebelum empat rakannya itu keluar dari bilik itu.
“Tidak lama selepas itu empat rakan mangsa kembali ke bilik mangsa untuk membawa mangsa belajar bersama bagaimanapun pintu bilik mangsa dalam keadaan terkunci.
“Rakan mangsa yang mengesyaki sesuatu segera memanggil warden sekolah berikutan mangsa tidak memberikan tindak balas apabila dipanggil,” katanya.
Menurutnya, pintu bilik terpaksa dipecahkan dan sebaik pintu dibuka mereka mendapati mangsa dalam keadaan tergantung kira-kira jam 6.45 petang.
“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang dikesan dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut kes mati mengejut (SDR).
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat,” katanya.
-Vivi Olviana Najurus
![]() |
PERIKSA: Pegawai serbuan KPDNHEP semasa menjalankan pemeriksaan di premis yang menyimpan barang kawalan melebihi daripada had kuantiti stok yang dibenarkan. |
Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Sabah Taha Julai berkata, kesemua barangan itu dirampas di sebuah premis perniagaan di Pekan Manggatal yang juga pemegang lesen runcit barang kawalan.
“Peruncit ini diambil tindakan selepas dipercayai melakukan kesalahan memiliki barang kawalan melebihi daripada had kuantiti stok yang dibenarkan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemilik perniagaan berkenaan mengikut Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melanggar Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual melebihi had kuantiti yang dibenarkan dalam lesen.
Katanya, bagi kesalahan Akta Kawalan Bekalan 1961, mana-mana orang atau individu yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi syarikat, denda tidak melebihi RM2 juta.-Vivi Olviana Najurus
Pegawai Memerintah KD Sri Semporna Kepten Ahmad Nazree Abu Hassan berkata, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi lain sentiasa mengawal perairan Semporna dan semua pulau-pulau yang dikunjungi pelancong.
"Saya beri jaminan perairan sekitar Semporna adalah amat memuaskan, aman dan terkawal dengan adanya semua agensi termasuk TLDM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Maritim Malaysia yang membuat kawalan di perairan.
"Kami sentiasa bersiap siaga dan berkawal tanpa henti dalam memastikan tiada pencerobohan daripada pihak luar melalui jalan tidak wartakan memasuki perairan Semporna," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam sambutan Hari Ulang Tahun KD Sri Semporna ke-15, di sini.
Mengulas lanjut, semua agensi yang berkawal di semua pulau-pulau membuat rondaan setiap masa dan gabungan kerjasama ini untuk memastikan Sabah tidak berlaku kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI).
Beliau berkata, semua pelancong tidak perlu risau, mereka boleh terus menikmati percutian dengan aman tanpa ragu-ragu kerana TLDM dan semua agensi sentiasa membuat kawalan di sekitar pulau-pulau peranginan di sekitar daerah ini.
"Kami yakin semua cubaan pembolosan akan dapat diatasi termasuklah sekiranya terdapat pihak yang cuba membuat perkara-perkara yang tidak baik di dalam perairan Semporna," katanya.-oleh
TAWAU: Dua rakyat tempatan dan 13 warga asing ditahan Kompeni B Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semporna dalam satu sekatan jalan raya menerusi Ops Benteng COVID di Kalabakan, Ahad lepas.
Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Supt. Mohd Yacob Murad dalam kenyataan berkata, sepasukan anggota diketuai Insp Siva Chandra Boss A/L Rajah telah menjalankan operasi sekatan di kawasan itu.
Menurutnya, semasa menjalankan sekatan jalan raya pasukan berkenaan telah menahan dan memeriksa dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandu dua lelaki rakyat tempatan kira-kira jam 4 petang kerana melebihi muatan penumpang.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dua buah kenderaan itu membawa seorang lelaki dewasa, 11 wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan warga asing berumur 10 hingga 49 tahun,”katanya.
Mohd Yacob berkata, kesemua warga asing berkenaan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah serta hanya menyatakan secara lisan kepada pasukan polis mereka bekerja di sektor peladangan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.
Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua warga asing yang turut membawa barang keperluan mereka itu disyaki cuba keluar dari Kalabakan.
Kesemua tangkapan dan rampasan katanya yang dianggar bernilai RM100 ribu itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.-OLEH NAZRINI BADARUN
![]() |
Sebahagian rampasan kayu nibong di Maritim Tawau dikawasan perairan Inderasabah |
TAWAU : Sebanyak 820 batang kayu nibong disyaki cuba diseludup masuk dari negara jiran berjaya dirampas Zon Maritim Tawau kira-kira jam 2.30 petang di kawasan perairan Inderasabah, di sini kelmarin.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata rampasan dibuat semasa bot peronda Maritim sedang menjalankan penugasan Op Pluto Timur di lokasi kejadian.
"Sebaik berada di lokasi 6.5 batu nautika selatan muara Sungai Inderasabah, anggota kami terserempak dengan beberapa ikatan kayu nibong yang terapung dipercayai dari negara jiran," katanya dalam kenyataan media di sini.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat lebih kurang 41 ikat kayu nibong pelbagai saiz dianggarkan 820 batang tanpa sebarang permit cuba dibawa masuk ke Kampung Inderasabah.
"Bagaimanapun anggota Maritim tidak menemukan sebarang aktiviti mencurigakan atau kegiatan menunda kayu di kawasan perairan berkenaan," katanya.
Menurutnya, kesemua kayu nibong tersebut ditunda ke pos hadapan Inderasabah Maritim Tawau dan dianggarkan bernilai RM246,000.
"Kesalahan itu disyaki melanggar Enakmen Perhutanan 1968 dan kes diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Tawau untuk siasatan selanjutnya," katanya.
Siva berkata pihaknya akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada perlanggaran undang-undang berlaku di perairan Tawau.
"Orang ramai boleh membuat aduan dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di perairan Tawau dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam," katanya.