• Maritim Zon Tawau rampas 820 kayu nibong seludup

    Sebahagian rampasan kayu nibong di Maritim Tawau dikawasan perairan Inderasabah


    TAWAU : Sebanyak 820 batang kayu nibong disyaki cuba diseludup masuk dari negara jiran berjaya dirampas Zon Maritim Tawau kira-kira jam 2.30 petang di kawasan perairan Inderasabah, di sini kelmarin.

    Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata rampasan dibuat semasa bot peronda Maritim sedang menjalankan penugasan Op Pluto Timur di lokasi kejadian.

    "Sebaik berada di lokasi 6.5 batu nautika selatan muara Sungai Inderasabah, anggota kami terserempak dengan beberapa ikatan kayu nibong yang terapung dipercayai dari negara jiran," katanya dalam kenyataan media di sini.

    Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat lebih kurang 41 ikat kayu nibong pelbagai saiz dianggarkan 820 batang tanpa sebarang permit cuba dibawa masuk ke Kampung Inderasabah.

    "Bagaimanapun anggota Maritim tidak menemukan sebarang aktiviti mencurigakan atau kegiatan menunda kayu di kawasan perairan berkenaan," katanya.

    Menurutnya, kesemua kayu nibong tersebut ditunda ke pos hadapan Inderasabah Maritim Tawau dan dianggarkan bernilai RM246,000.

    "Kesalahan itu disyaki melanggar Enakmen Perhutanan 1968 dan kes diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Tawau untuk siasatan selanjutnya," katanya.

    Siva berkata pihaknya akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada perlanggaran undang-undang berlaku di perairan Tawau.

    "Orang ramai boleh membuat aduan dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di perairan Tawau dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam," katanya.

  •  oleh 
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13