• RM2.391 Bilion Belanja Projek Pembangunan Sabah Setakat September Tahun Ini


    KOTA KINABALU
    : Kerajaan negeri membelanjakan RM2.391 bilion untuk projek pembangunan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) setakat September tahun ini.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, jumlah itu menunjukkan prestasi 45.67 peratus daripada RM5.235 bilion peruntukan untuk 1,118 projek pembangunan yang diluluskan di Sabah.

    "Diharap Sabah akan melepasi prestasi negara sebanyak 55.44 peratus," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu di sini hari ini.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan meminta semua kementerian dan agensi mengambil perhatian serta tindakan susulan berdasarkan laporan terperinci prestasi yang dibentangkan semasa mesyuarat berkenaan.

    Pihaknya mahu memastikan semua projek pembangunan yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.

    Mengenai isu perumahan untuk golongan miskin, beliau mahu Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan dan negeri supaya mempercepatkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini dan memastikan penyelarasan yang lancar antara agensi pelaksana dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

    "Saya mahu pemantauan berkala dan akan meminta status yang dikemas kini. Semua isu yang menghalang pelaksanaannya perlu diselesaikan.

    "Hanya sembilan badan berkanun dan GIC setakat ini yang mematuhi arahan yang bertujuan memastikan integriti dalam budaya kerja, ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan tanpa salah guna kuasa serta kepentingan peribadi mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada," katanya.

    Hajiji turut mengingatkan semua jabatan, pejabat daerah, PBT dan badan berkanun negeri yang untuk merangka dan melaksanakan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi sehingga Disember 2023.

    “Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memperkasa dan menerapkan integriti dalam pelaksanaan tanggungjawab dalam sistem penyampaian kerajaan demi mencapai matlamat pembangunan yang mampan.

    "Pelancaran Hari Integriti Sabah dan Buku Semakan Semula Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) 2019-2023 pada 1 September lepas adalah satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

    "Semakan berkenaan mengandungi 20 inisiatif terkini selaras dengan hala tuju dan agenda kerajaan ke arah memperkukuh integriti, anti rasuah dan tadbir urus yang baik," katanya.

    Sehubungan itu, Hajiji menyeru semua pihak untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dan menggunakan MTPNg sebagai platform untuk berkongsi maklumat untuk perbincangan dan mencari penyelesaian kepada isu-isu yang melibatkan projek pembangunan di Sabah.

    Sumber : Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13