• Konsep 'Keluarga Malaysia' Bentuk Perpaduan Berbilang Agama dan Kaum



    SAHARUDDIN, AZLINA, HAKIM

    TAWAU
    : Konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menuntut setiap rakyat menerima persamaan dan perbezaan berlandaskan Rukun Negara.

    Pendekatan ini juga turut memastikan setiap rakyat perlu mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk memulihkan semula negara yang sudah berdepan krisis pandemik COVID-19.

    Semua rakyat dituntut untuk bersama-sama membina sebuah keluarga yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

    Perdana Menteri mahukan semua rakyat tanpa mengira golongan dan status terus mengembleng tenaga supaya Malaysia mencapai status negara maju, berpendapatan tinggi serta mampu menghadapi cabaran.

    ‘Keluarga Malaysia’ wujud tepat pada masanya dan memperlihatkan keikhlasan kerajaan menjadikan rakyat merasa sentiasa dibantu dan dihargai seperti sebuah entiti keluarga.

    Rata-rata rakyat menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mewujudkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang banyak memberi manfaat untuk semua golongan.

    Mereka betul-betul merasa diberikan layanan sama rata seperti berada dalam sebuah keluarga kerana bantuan yang kerajaan salurkan mengikut kesesuaian setiap golongan.

    Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan, Saharuddin Salleh berkata menerusi konsep ‘Keluarga Malaysia’, ramai rakyat mendapat manfaat termasuklah bantuan kewangan.

    Katanya, para peladang di daerah Tawau dan Kalabakan juga tidak terkecuali menerima manfaat daripada kerajaan sekarang.

    “Banyak bentuk bantuan yang diterima oleh para peladang samada melalui PPK, ataupun terus kepada individu itu sendiri.

    “Kita sangat bersyukur kerana kerajaan berusaha sebaik mungkin memulihkan ekonomi negara ke arah yang lebih stabil dan saksama,” katanya.

    Menurutnya, usaha kerajaan dalam menyatupadukan semua rakyat berbilang agama dan kaum, dapat membentuk sebuah negara yang stabil.

    “Saya berharap konsep ‘Keluarga Malaysia’ harus dipandang positif oleh semua rakyat dan tidak boleh dijadikan sebagai modal politik oleh pihak-pihak berkempentingan.

    “Kerajaan sudah menyediakan platform supaya semua rakyat membentuk satu kehidupan berkeluarga agar tiada lagi perasaan seperti diketepikan,” katanya.

    agi pelajar tingkatan enam, Azlina Ahmad,18, pula berkata ‘Keluarga Malaysia’ adalah satu gagasan yang perlu diberikan perhatian dan disokong oleh semua golongan terutamanya belia atau pelajar.

    Katanya, konsep ini boleh memandu kita menuju ke arah negara maju, disamping menjamin kesinambungan pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

    “Keutamaan dalam menerima segenap individu yang berada dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama adalah kunci utama kejayaan konsep ini.

    “Setiap individu mempunyai potensi ke arah menyumbang kepada negara dalam bidang yang mereka ceburi,” katanya.

    Jelasnya, konsep ini juga menjadi pemangkin proses asimilasi potensi individu dalam unit kerja masing-masing dan membina hubungan yang mantap bagi setiap cabaran kerja yang ditugaskan.

    “Perbezaan pola pemikiran dari sudut politik dan latar belakang diri akan dapat diatasi melalui hubungan yang profesional serta percambahan minda secara matang.

    “Hasil kebersamaan ‘Keluarga Malaysia’ ini pada akhirnya membuahkan keseragaman pembangunan modal insan dalam setiap aspek kemajuan negara,” katanya.

    Sementara itu, mantan pengerusi merangkap ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau, Abdul Hakim Samaludin berkata ‘Keluarga Malaysia’ adalah satu inisiatif yang sangat baik kerana dapat memupuk keharmonian kaum.

    “Kita dapat lihat usaha Perdana Menteri untuk menyatukan semua agama dan kaum di negara ini sesuatu yang ikhlas supaya semua rakyat boleh hidup saling memerlukan.

    “Sikap toleransi dan saling menjaga sesama sendiri adalah bentuk kehidupan yang disyariatkan oleh semua agama didalam dunia sejagat,” katanya.

    Menurutnya, usaha kerajaan untuk memastikan semua rakyatnya tiada yang terpinggir dapat direalisasikan melalui pendekatan yang terkandung dalam ‘Keluarga Malaysia’.

    “Selain meminta semua rakyat mengekalkan perpaduan, kerajaan juga terus memperkenalkan jenis-jenis bantuan kepada semua golongan mengikut keperluan.

    “Golongan nelayan juga banyak menerima bantuan daripada kerajaan khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19 lalu,” katanya.

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13