• Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Gerai Jualan




    LAHAD DATU: Seorang peniaga terkejut sebaik melihat bayi yang baharu dilahirkan ditinggalkan di gerai jualannya di Batu 5 Kampung Jaya Baru Jalan Tengah Nipah di sini.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata hasil siasatan mendapati bayi lelaki yang dipercayai baharu lahir dan ditinggalkan tanpa pakaian itu ditemukan kira-kira jam 7 pagi.

    “Pemilik gerai berumur 30 tahun itu menemukan bayi terbabit semasa ingin membuka gerai dan memulakan perniagaan kelmarin.

    “Kejadian kemudiannya dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati bayi terbabit dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram.

    "Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

    “Kes kini sedang dalam siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, dengan niat hendak membuang bayi itu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

    Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian agar menghubungi talian hotline IPD Lahad Datu Sabah di nombor 089-881255 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Marlisa Maedika @ Mardeka di talian 016-2194554.

    Sumber : Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13