• Ada Pusingan 'U' Sementara Dibina Dilokasi Pembinaan Pan Borneo Sepanggar-Bung

    Bung turun padang meninjau kemajuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di jalan Sepanggar

    KOTA KINABALU
    : Kesemua pusingan 'U' secara sementara telah dibina di lokasi pembinaan jalan Pan Borneo di kawasan Sepanggar.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata, tuduhan mengatakan kerajaan tidak menyediakan kemudahan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan boleh mengelirukan rakyat, selain menyukarkan kerja-kerja pembinaan di lokasi dimaksudkan.

    Bung yang juga Menteri Kerja Raya memberitahu, beliau menerima aduan yang dibuat daripada pihak pembangkang yang mendakwa laluan pembinaan Pan Borneo di Sepanggar hingga ke Bulatan Berunggis, Sepanggar tidak disediakan pusingan 'U'.

    "Sebenarnya, terdapat pusingan 'U' secara sementara telah dibina di lokasi yang dimaksudkan dan tuduhan laluan sepanjang 12 kilometer tanpa pusingan 'U' itu adalah salah dan tidak berasas.

    "Mereka ini tidak faham dan cuba mengelirukan rakyat, " katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

    Sambil mengakui banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kontraktor pelaksana projek, namun mereka (pelaksana projek) tidak mengabaikan soal keselamatan dan keselesaan pengguna meski pun disaat puncak.

    "Saya berharap orang ramai bersabar semasa tempoh pembinaan ini dan sentiasa mematuhi papan tanda amaran semasa memandu di kawasan pembinaan," tambah Bung.

    Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Komuniti Cina Sepanggar semalam mendedahkan terdapat kesukaran pengguna lalu lintas untuk menggunakan laluan alternatif di lokasi sepanjang seksyen Sepanggar ke Bulatan Berunggis, ekoran tidak mempunyai pusingan 'U'.

    Jelas kenyataan itu lagi, ketiadaan kemudahan terbabit sekaligus menyebabkan gangguan trafik yang teruk terutamanya pada waktu puncak dan meminta kerajaan berbuat sesuatu untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan.

    Sumber : Utusan Borneo




  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13