• Hanya Sepakan Percuma Bezakan Sabah FC, JDT – Kim Swee



    KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee kecewa dengan kekalahan saat akhir pasukannya di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Likas,jumaat lepas.

    Kim Swee mengakui kehebatan pasukan JDT dan memahami corak permainan mereka, namun apa yang berlaku pada minit akhir perlawanan amat sukar diterima.

    “Ia sangat mengecewakan, kalah saat akhir, dibolosi pada minit akhir tentu amat sukar kita terima. Kita tahu JDT bermain seperti yang mereka biasa bermain, namun kita berjaya menghalang asakan mereka sehinggalah berlaku sepakan percuma.

    Pengadil perlawanan jumaat lalu, Mohd Fusser Mad Sallih memberikan sepakan percuma kepada JDT di luar kotak penalti Sabah pada minit ke-94.

    Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pemain Sabah hingga menimbulkan ketegangan apabila penyerang import Sang Badak, Jose Embalo bertindak di luar kawalan terhadap pemain JDT.

    Sepakan percuma itu disempurnakan penyerang JDT, Fernando Martin Forestieri yang sebelum itu meledak gol penyamaan pada minit ke-26 selepas Park Taesu membuka jaringan untuk Sabah pada minit ke-19 .

    Mengulas tindakan pengadil yang memberikan sepakan percuma itu, Kim Swee berkata semua insiden yang menyebabkan perlanggaran pemain kedua pasukan perlu dilihat sebelum keputusan memberikan sepakan percuma dibuat.

    “Berkenaan sepakan percuma, kita perlu lihat semua insiden yang berlaku sebelum itu, lihat semua situasi. Kita bukan menyalahkan sesiapa tetapi kita tahu ia adalah sebahagian daripada permainan dan kita perlu belajar bagaimana mengawal diri kita,” katanya.

    Berhubung pengadilan perlawanan, Kim Swee berkata beliau mungkin didenda atau permainan ditamatkan jika memberikan komen terhadap pengadil kerana ia adalah isu yang sangat sensitif.

    Sementara itu pengendali JDT Benjamin Mora berkata menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir bukan rancangan permainan yang dilakukan pasukannya, sebaliknya ia adalah usaha pemain.

    Beliau turut mengakui pasukannya berdepan kesukaran menghadapi tentangan pemain Sabah yang sentiasa melawan dan bersaing dengan baik. – BH Online

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13