• Sambutan Regatta Lepa Tahunan Mampu Tarik Pelancong Datang Ke Sabah

    Datuk Jafry Ariffin


    Semporna : Regatta Lepa atau Sambutan pesta air dan perahu berhias akan diteruskan sebagai acara tahunan bagi menarik kemasukan pelancong terutama dari luar negara .

    Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata sambutan yang terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19 itu,merupakan sebahagian daripada kalendar pelancongan negeri dan akan diadakan lebih meriah selepas ini termasuk menjemput peserta dari luar negara.

    Beliau berkata Regatta Lepa yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam ini juga mampu memainkan peranan penting untuk meningkatkan ekonomi masyarakat setempat yang terlibat dalam penganjuran sambutan tersebut.

    "Regatta Lepa ini menjadi program yang dinanti-nantikan pelancong dalam dan luar negera,ini sekaligus memeri manfaat dan kesan positif kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat setempat ,"katanya kepada pemberita di sini semalam.

    Terdahulu,beliau menyaksikan acara sukan laut,perarakan lepa atau perahu cantik dan lepa berhias.Regatta Lepa ke-27 di sini yang turut disaksikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

    Sementara itu,Jafry berkatapihaknya juga dalam proses mewujudkan satu perkampungan budaya sebagai satu tarikan baharu sektor pelancongan di Sabah dan permohonan bagi inisiatif itu telah dibuat kepada Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC).

    "Tempatnya (lokasi perkampungan) akan ditentukan nanti.Sabah yang memiliki kepelbagaian budaya perlu dijaga dan diwarisi untuk generasi seterusnya"katanya.


    Sumber : BERNAMA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13