• SANDAKAN BAKAL DINAIK TARAF SEBAGAI BANDAR RAYA TAHUN INI – BUNG MOKTAR


     SANDAKAN, 20 Jun : Sandakan dijangka dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya antara Ogos hingga menjelang Oktober depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Beliau berkata penaiktarafan itu sepatutnya dilakukan pada awal tahun ini namun, disebabkan kekangan tertentu hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

    “Sekarang, Sandakan sudah bersedia. Majlis Perbandaran Sandakan juga menyatakan mereka sudah bersedia untuk Sandakan dinaik taraf sebagai bandar raya. Sudah tentu impaknya akan meningkatkan ekonomi Sandakan dan sudah tentu akan ada perancangan baharu yang akan kita laksanakan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup majlis Karnival Belia Keluarga Malaysia anjuran Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) Libaran di sini malam tadi.

    Menurut Bung Moktar, antara perancangan melonjakkan ekonomi Sandakan ialah memajukan aspek pelancongan melalui usaha merancakkan penyertaan usahawan kecil tempatan.

    “Contohnya, mungkin kita akan bina waterfront seperti di Kota Kinabalu dan ini tentunya akan menarik pelancong,” tambahnya.

    Mengenai karnival dua hari bemula Sabtu itu, Bung Moktar berkata ia bersesuaian dengan misi BN untuk merapatkan diri dengan rakyat dan memberi peluang kepada masyarakat khususnya belia untuk berniaga dan mempamerkan bakat dalam kegiatan sukan dan rekreasi. – BERNAMA

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13