• GRS PERLU TIMBANG TERIMA MASUK PARTI BARU, KATA HAJIJI

     

    Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, berkata gabungan itu perlu diberi ruang dan tidak dapat menerima begitu sahaja permohonan menjadi parti komponen tanpa penelitian.

    KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meminta diberi ruang untuk mempertimbangkan permohonan beberapa parti tempatan yang berhasrat menyertai gabungan itu, kata pengerusinya, Hajiji Noor.

    Katanya, GRS mempunyai perancangan tersendiri dan tidak terburu-buru menerima kemasukan parti lain.

    “Kita mempunyai perancangan di dalam GRS, apa yang kita lakukan insya-Allah untuk kebaikan negeri Sabah dan juga perpaduan parti-parti yang ada di Sabah.

    “Bagilah kami ruang, bukan terus-terus kita buat begitu (terus terima parti). Kita ada caranya untuk menyatukan dan menerima parti-parti yang ingin bersama dalam GRS,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

    Hajiji berkata demikian selepas mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko) Ewon Benedick bahawa penyatuan dalam GRS hanya cakap kosong kerana sehingga kini beberapa parti yang memohon masuk ke dalam gabungan belum diterima.

    Mengulas lanjut, Hajiji yang juga ketua menteri Sabah menganggap, ia hanya pandangan daripada Upko berhubung perkara itu.

    Katanya, buat masa ini pihaknya masih lagi mempertimbangkan permohonan beberapa parti itu dengan teliti.

    “Permohonan sedang dipertimbangkan secara baik dan teliti,” katanya.

    GRS dibentuk, pada Mac lalu, kini dianggotai lima parti iaitu Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

    Sementara itu, antara parti yang sedang memohon untuk menyertai GRS ialah Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Cinta Sabah (PCS) parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan terbaharu, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat). – FMT

    Sumber : Sabah Post

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13