• SEPARUH BADAN HILANG, PEKERJA LADANG MAUT DIBAHAM BUAYA


    Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    KINABATANGAN : Seorang pekerja ladang maut dalam keadaan mengerikan apabila separuh badannya berada dalam mulut buaya manakala separuh lagi hilang dalam kejadian di Ladang Lamag, Sungai Pin, Kinabatangan, Sabah, hari ini.

    Mangsa dikenali sebagai Abdul Kadir ditemui oleh majikan serta rakan sekerjanya di kawasan jambatan di sungai berkenaan pada tengah hari.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.42 petang berhubung kejadian itu.

    “Menurut laporan, mangsa disedari hilang pagi tadi selepas tidak hadir di ladang untuk bekerja. Rakan sekerja dan majikan kemudian mencari mangsa di kawasan ladang.

    “Tidak lama kemudian, mayat mangsa ditemui selepas timbul di kawasan jambatan di mana badannya masih berada di dalam mulut buaya berkenaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

    Anggota bomba bersama penduduk kampung berjaya mengeluarkan mayat mangsa dari mulut buaya.

    Beliau berkata, seramai empat anggota yang berada di lokasi bertindak cuba membantu mengeluarkan badan mangsa dari mulut reptilia berkenaan.

    “Penduduk tidak dapat membantu mengeluarkan mangsa dari mulut buaya dan anggota kita kemudian bertindak ‘mengganggu’ buaya berkenaan supaya badan mangsa dapat dilepaskan dari mulutnya.

    “Akhirnya, anggota badan mangsa berjaya dilepaskan dan hanya bahagian kepala sehingga badan ditemui manakala separuh lagi hilang dipercayai dibaham buaya,” katanya.

    Azlan berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 5.10 petang.

    Sumber: SabahPost

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13