• 51 kes baharu di Sabah Dari Kluster Benteng


     KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di negeri ini meningkat mendadak dengan rekod sebanyak 51 kes positif pada 7 September membabitkan kluster Benteng di Lahad Datu.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 bagi kluster Benteng sebanyak 66 kes.

    Menurutnya, kluster berkenaan dikenal pasti pada 1 September 2020 bermula dari dua pendatang tanpa izin (PTI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada 24 Ogos 2020.

    Katanya, banduan terbabit disaring dan didapati positif COVID-19 pada 31 Ogos sebelum dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

    Beliau berkata, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan. Dalam tempoh tujuh hari, seramai 1,404 orang disaring dan 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7 peratus.

    "Daripada 66 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, sebanyak 64 kes melibatkan banduan iaitu 97 peratus, manakala dua lagi kes iaitu tiga peratus melibatkan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

    Beliau berkata, jumlah saringan bagi kluster ini melibatkan seramai 631 banduan, 98 kakitangan penjara, 157 ahli keluarga kakitangan dan banduan, 78 anggota polis, dan 440 pegawai agensi kerajaan yang lain.

    Selain itu jelasnya, kes kluster Benteng ini melibatkan dua daerah iaitu Lahad Datu dan Tawau termasuklah 30 kes (45.5 peratus) warganegara Malaysia dan 36 kes (54.5 peratus) bukan warganegara.

    "Di Lahad Datu, daripada 420 orang disaring, 50 kes dikesan positif, 337 individu negatif dan 33 individu masih menunggu keputusan.

    "Bagi kes di Tawau, seramai 984 orang disaring dan 16 kes dikesan positif manakala 230 orang lagi negatif dan 738 individu masih menunggu keputusan," jelasnya.

    Beliau berkata, berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, faktor penularan COVID-19 bagi kluster Benteng disebabkan oleh ruang lokap yang sesak dan sempit.

    Pihaknya turut mendapati penjarakan fizikal tidak diamalkan dan ia menjadi penyumbang utama penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan banduan.

    Sehubungan itu, beliau mengingatkan pentingnya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya diamalkan sepanjang masa tanpa mengira tempat.-Siti Aisyah Narudin

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13