• Kibar Jalur Gemilang Tidak Perlu Arahan Notis PBT

     

    BENDERA: Juraimin disaksikan Hendry menunjukkan Jalur Gemilang yang telah dipasangkannya di motosikal pengguna.


    LAHAD DATU: Orang ramai terutama kakitangan awam digesa mengibar Jalur Gemilang di premis masing-masing tanpa menunggu notis pihak berkuasa tempatan (PBT).

    Menurut Pegawai Daerah Lahad Datu Juraimin Jadil, kediaman rumah, premis perniagaan dan pejabat boleh dipasang Jalur Gemilang sebagai satu terjemahan kecintaan kita kepada negara sempena Bulan Kemerdekaan ini.

    "Khususnya kakitangan kerajaan, kita perlu mengibarkan bendera (kerana) ianya boleh membangkitkan yang akan menjadi ikutan lain untuk tampil sama mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.

    Juraimin berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program Merdeka @ Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Daerah Lahad Datu, di sini, semalam.

    Beliau berkata, sehingga semalam pemantauan pengibaran Jalur Gemilang di daerah ini tidak seperti yang diharapkan dan usaha perlu ditingkatkan bagi menjayakannya.

    Menurutnya, jangan kerana wabak pandemik COVID-19 yang masih berjangkit akan menghalang semangat penghargaan masyarakat dan tidak mengendahkan sambutan sempena Bulan Kemerdekaan ini.

    "Saya berharap semua pihak bekerjasama menggalakkan pengibaran bendera kebangsaan dan negeri Sabah kerana dengan mengibarkannya kita menghargai perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan negara.

    "Saya berharap semoga dengan adanya panduan normal dan norma baharu menyambut Hari Kebangsaan ini, semangat patriotik kita terus berkobar-kobar.

    "Khususnya saat Malaysia berjaya mengharungi cabaran getir dan masih tegas melawan COVID-19 dengan mencatat prestasi yang antara terbaik di dunia.

    "Kita semualah pejuang terhebat dan akan terus memerangi jangkitan COVID-19 hinggalah lupus dari tanahair kita, marilah kita teguh bersatu memeranginya," katanya.

    Dalam program itu, ketua-ketua jabatan kerajaan hadir turut diberikan taklimat terkini COVID-19 dan sambutan Hari Kebangsaan.

    Selain nyanyian lagu-lagu patriotik, program itu turut diisi dengan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan yang melalui jalan berhampiran Pejabat Daerah Lahad Datu.

    Pegawai Penerangan Daerah Hendry Nurdi merakamkan penghargaan kepada ketua-ketua jabatan daerah dan wakilnya serta warga pejabat daerah yang menjayakan majlis itu.

    Turut hadir Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor.

  •  oleh 
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13