• Kanak-kanak Hilang Tiada Kaitan Dengan Cubaan Menculik

     

    SELAMAT: Mangsa yang hilang dipeluk ibunya selepas ditemukan selamat.


    SIPITANG: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang hilang dikatakan diculik ditemukan dalam keadaan selamat didakwa disembunyikan makhluk halus.

    Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 6.30 petang di Kampung Kelangsat di sini pada 8 Ogos lepas.

    Kisah kehilangan mangsa menjadi tular di media sosial selepas dikaitkan dengan cubaan menculik kanak-kanak hingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk di daerah ini.

    Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian terbabit tidak ada sebarang kaitan dengan kegiatan cubaan menculik.

    Pihaknya, turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kes berkenaan.

    "Hasil temubual dengan Ketua Kampung Matius Balau dan beberapa penduduk kampung mengesahkan mangsa dipercayai disembunyikan makhluk halus," katanya ketika dihubungi di sini.

    Beliau berkata, mangsa ditemukan di kawasan belakang rumah ketua kampung sendiri kira-kira jam 9 malam pada hari yang sama.

    Champin berkata, ketika ditemukan mangsa dalam keadaan terlentang dan masih lemah sambil tangannya berada di atas dada.

    Dalam pada itu katanya, keluarga mangsa turut mengadakan kenduri dengan menyembelih ayam dan kerbau untuk menolak bala mengikut kepercayaan mereka.-Siti Aisyah Narudin

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13