SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • "Bosan Dengan Alasan", Penduduk Balung Protes Jambatan Terbengkalai Sejak 2019

    "Bosan Dengan Alasan", Penduduk Balung Protes Jambatan Terbengkalai Sejak 2019


    BOSAN dengan alasan dan penjelasan yang diberikan, penduduk di kawasan Dun Balung Tawau hari ini turun menunjukkan protes dengan menampal plakad di tapak projek Pembinaan Jambatan Konkrit Ranggu yang terbengkalai.

    Penduduk kampung kesal apabila projek pembinaan jambatan di laluan utama itu tidak menunjukkan sebarang kemajuan setelah jambatan asal dirobohkan pada 25 November 2019. Ketika ini, penduduk terpaksa menggunakan jalan sempit dengan lencongan yang berbahaya sebagai jalan alternatif.

    "Ketua Menteri Mohon Campur Tangan" - Antara plakad yang ditampal

    Merasakan aduan mereka seperti tidak diendahkan, penduduk akhirnya mengambil jalan menyebarkan masalah tersebut di media sosial.

    Akhirnya, ADUN N55 Balung, YB Datuk Osman Jamal mengambil inisiatif mengadakan Program Soal Jawab Bersama Pemimpin pada 9 Februari 2020 untuk menjelaskan situasi semasa mengenai projek tersebut.

    Walaubagaimanapun, menurut Herman Banddu yang menghadiri perjumpaan tersebut, janji untuk kontraktor memulakan kerja pada 11 Februari 2020 langsung tidak ditepati apabila tiada sebarang kerja dilakukan selepas tarikh tersebut sehingga ke hari ini.



    Rata-rata penduduk Balung yang terkesan merasakan wakil rakyat mereka gagal menyelesaikan masalah tersebut dan berharap agar Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal campur tangan dan mempercepatkan pembinaan projek itu.

    Jambatan Ranggu itu merupakan laluan utama kepada kira-kira 5000 penduduk yang tinggal di beberapa buah taman perumahan dan kampung di kawasan tersebut.

    Aduan Penduduk Balung:


    .
  • Keningau, Beaufort Dan Kota Marudu Kini Zon Hijau

    Keningau, Beaufort Dan Kota Marudu Kini Zon Hijau


    TIGA Daerah hari ini iaitu  Keningau, Beaufort dan Kota Marudu mencatatkan semua pesakit sembuh dan dikategori sebagai  zon hijau mengikut bilangan kes aktif semasa di daerah tersebut.

    Setakat 28 Mei 2020, tiada pertambahan kes positif Covid-19 dan seramai 8 orang pesakit telah discaj daripada hospital iaitu masing-masing 4 di Kota Kinabalu, 2 Keningau, 1 Beaufort dan 1 Kota Marudu. Bilangan pesakit yang dirawat di wad sehingga kini hanya berbaki 26 orang.

    Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kes Positif di Negeri Sabah sejak kebelakangan ini adalah kes import yang dikesan di pintu masuk lapangan terbang termasuklah 1 kes di Tawau yang direkodkan semalam. - Sabah Info


  • Kanak-Kanak Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Kota Kinabalu

    Kanak-Kanak Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Kota Kinabalu



    SATU Kes Positif Covid-19 yang direkodkan semalam di Kota Kinabalu adalah pesakit kanak-kanak dan merupakan kes import yang dikesan melalui sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa, Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

    Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi menjelaskan kanak-kanak tersebut ditempatkan di pusat kuarantin bersama keluarga mereka apabila tiba di Kota Kinabalu.

    "Kanak-kanak itu menaiki pesawat komersil dari Kuala Lumpur bersama ahli keluarga dan kes telah ditempatkan di Pusat Kuarantin setibanya di Kota Kinabalu. Pada 20 Mei 2020, kes telah dimasukkan ke wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut" katanya.


    Sementara itu,  Dr Christina turut mendedahkan bahawa JKNS telah dimaklumkan beberapa pelajar Sabah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang sedang menunggu giliran untuk penerbangan balik telah didapati positif Covid-19.

    "Pihak JKNS akan memastikan pengurusan kontak rapat kes-kes ini yang telah balik ke Negeri Sabah dilaksanakan dengan teratur" katanya.

    Ketika ini, pelajar Sabah perlu menjalani persampelan ujian Covid-19 sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman melalui persetujuan di antara pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri Sabah. - Sabah Info
  • 4 Positif di Kota Kinabalu Adalah Kes Import

    4 Positif di Kota Kinabalu Adalah Kes Import


    EMPAT Kes Positif Covid-19 yang direkodkan kelmarin di Kota Kinabalu adalah kes import melalui pengesanan sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah. Keempat-empat kes ini telah menaiki pesawat komersil dari Kuala Lumpur.

    Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi menjelaskan kesemua kes telah ditempatkan di Pusat Kuarantin setibanya di Kota Kinabalu.

    "Dua kes tinggal di Selangor dan dua kes lagi di Johor. Pada 18 Mei 2020, mereka telah dimasukkan ke wad Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan selanjutnya" katanya.

    Selain itu, terdapat dua kes positif di daerah lain yang turut direkodkan kemarin iaitu masing-masing  satu di Tuaran dan satu di Kinabatangan.

    Bagi kes di Tuaran, pesakit tersebut dirujuk oleh Hospital Tuaran dan disahkan positif Covid-19  semasa dimasukkan di Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Manakala, kes di Kinabatangan merupakan kontak serumah kepada kes positif sebelum ini.

    Dr Christina menjelaskan kebanyakan kes-kes baru yang dilaporkan di Negeri Sabah merupakan kes import iaitu kes yang mendapat jangkitan dari luar negeri. Walaubagaimanapun, beliau mengingatkan agar rakyat di negeri ini tidak leka dengan situasi semasa.

    "Wabak ini belum berakhir dan kita harus sentiasa bersedia" tambahnya lagi. - Sabah Info
  • "Jangan Samakan Pusat Kuarantin Dengan Rumah Atau Hotel"

    "Jangan Samakan Pusat Kuarantin Dengan Rumah Atau Hotel"



    BERIKUTAN pelbagai aduan daripada PUI dan ahli keluarga yang disebarkan melalui media sosial mengenai keadaan Pusat Kuarantin di Negeri Sabah, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi dalam kenyataan medianya, 18/05/2020, menjelaskan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mengambil maklum akan perkara tersebut.

    "Semua pihak yang terlibat dalam pengurusan di Pusat Kuarantin mengambil maklum mengenai aduan-aduan ini dan berusaha membuat penambahbaikan" jelas beliau.

    Walaubagaimanapun, beliau mengingatkan untuk tidak menyamakan Pusat Kuarantin dengan rumah sendiri atau hotel.

    "Pihak JKNS ingin mengingatkan semua yang terkesan bahawa Pusat Kuarantin yang ada di Seluruh Negeri Sabah bukanlah dibina khas sebagai Puat Kuarantin dan tidak sepatutnya disamakan dengan rumah sendiri atau hotel."

    "Kebanyakan Pusat Kuarantin merupakan asrama sekolah, tempat tinggal guru pelatih, rumah rehat kerajaan atau rumah PPR. Tempat-tempat tersebut merupakan kediaman orang sebelum dijadikan Pusat Kuarantin semasa wabak Covid-19". Tambahnya lagi.

    Christina juga turut menjelaskan bahawa wabak Covid-19 adalah suatu krisis yang tidak diduga dan berharap agar semua Individu Dalam Siasatan (PUI) yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dapat melihat gambaran yang lebih besar dan sentiasa berfikiran positif.

    Setakat 18 Mei 2020, seramai 2,788 PUI sedang menjalani kuarantin di 44 buah Pusat Kuarantin di seluruh Negeri Sabah dan seramai 8,032 orang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah.
  • "Nasi Mentah, Tiada Penjarakan Sosial" - Lagi Luahan PUI IPG Tawau

    "Nasi Mentah, Tiada Penjarakan Sosial" - Lagi Luahan PUI IPG Tawau


    SOP di Pusat Kuarantin di Institut Perguruan Tawau terus mendapat kritikan Individu Dalam Siasatan (PUI) Covid-19.

    Jika sebelum ini, ramai pengadu adalah dari kalangan pelajar universiti tempatan dan keluarga mereka, namun kali ini adalah dari orang awam yang pulang ke Tawau untuk melawat ayahnya yang sedang sakit.

    Norizah menceritakan pengalaman beliau daripada pengambilan Borang Rentas Negeri yang berjalan lancar dan penerbangan balik pada 13/5/2020 dengan menaiki pesawat Airasia. Beliau nyata terkejut apabila pesawat yang dinaiki penuh dan tidak sama seperti SOP PKP dan apa yang dilihat melalui kaca TV.

    "Pesawat mempunyai 40 baris dan kesemuanya penuh. Pramugari mengingatkan penumpang untuk kekal duduk dan mengambil bagasi tangan masing-masing mengikut barisan tetapi kebanyakan penumpang tidak mengendahkanya. Boleh dilihat melalui gambar".




    Setibanya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau, Norizah menjelaskan kesemua mereka diarah untuk memberikan maklumat diri kepada staff KKM  dan diberitahu ujian swab hanya akan diambil pada keesokan harinya di pusat kuarantin.

    "Kami diberitahu untuk mengambil beg bagasi kami, di mana tempat tersebut tiada kawalan dan tiada penjarakan sosial seperti di dalam gambar"



    Norizah turut mendedahkan keadaan pengangkutan ke IPG Tawau dengan menaiki lori di mana 20 PUI menaikinya dalam satu-satu masa.

    "Tiada penjarakan sosial boleh diperhatikan...yang negatif pun boleh jadi positif"




    "Setibanya di IPG Tawau, kami diminta untuk berkongsi bilik, 1 bilik untuk 2 penumpang. Saya tidak dapat lagi mematuhi arahan ini kerana yang saya tahu SOP untuk kuarantin Covid-19 ialah 1 bilik untuk 1 orang melainkan datang bersama keluarga.

    "Saya meminta bilik sendiri, pada mulanya sekretariat menolak, dan saya katakan ini melanggar SOP, namun mereka beritahu jangan bandingkan dengan Semenanjung Malaysia, di sana ada kemudahan yang baik"

    Namun, Norizah mengatakan bahawa beliau tidak mengkritik tempat yang disediakan di Sabah, tetapi  Standard Operating Procedure (SOP) yang sudah ditetapkan harus dipatuhi semua pihak.

    Akhirnya, walaupun Norizah mendapat bilik tunggal, beliau berasa kasihan kepada penumpang yang perlu berkongsi bilik dengan orang asing tanpa mengetahui kemungkinan mereka adalah positif Covid-19.




    "Kami tidak diberikan makanan sehingga jam 1 pagi, bayangkan kami cuma ada 1 botol air untuk berbuka puasa dan selepas 6 jam barulah kami menerima 1 bekas makanan beehon untuk makan malam. Dan pada jam 2 pagi, kami diberikan nasi untuk bersahur. Nasi mentah!" Luahnya lagi.



    Norizah memberikan penghargaan kepada semua frontliners yang bekerja 24 jam sehari untuk mengurus dan menjaga PUI.

    "Namun, agensi kerajaan tempat mereka bekerja perlulah memberikan mereka bantuan dan sokongan yang penuh seperti peralatan PPE yang sempurna, dan SOP yang lengkap" katanya.

    Norizah berharap penulisan beliau sampai kepada pihak yang bertanggungjawab agar pengurusan PUI di Pusat Kuarantin dapat diperbaiki dan tidak diulangi pada masa depan.

    Tulisan Penuh Norizah Abidin:


  • "IPT SABAH" Kluster Aktif Baharu di Malaysia

    "IPT SABAH" Kluster Aktif Baharu di Malaysia


    IPT SABAH kini disenaraikan sebagai kluster aktif baharu Covid-19 di Malaysia. Sebanyak tujuh Kluster Aktif diumumkan oleh KKM dalam Sidang Media pada petang ini, 13 Mei 2020.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan Kluster Pedas di Negeri Sembilan dan Melaka mencatatkan kes baru teramai iaitu seramai 20 orang. Manakala, untuk Kluster IPT Sabah pertambahan sebanyak 2 kes baru menjadikan jumlah 3 kes Positif Covid-19.

    Kesemua kes di dalam Kluster IPT Sabah terletak di Daerah Kota Kinabalu.




    Hari ini Negeri Sabah mencatatkan 2 Kes Positif di Kota Kinabalu dan 1 Kes Sembuh di Beluran. Walaubagaimanapun terdapat 3 Kes Sembuh dirawat semula di Keningau (1) dan Kinabatangan (2).


  • Pelajar IPT Positif Covid-19 di Kota Kinabalu

    Pelajar IPT Positif Covid-19 di Kota Kinabalu


    SATU pertambahan kes di Sabah iaitu di Daerah Kota Kinabalu (Mukim Pantai) merupakan Pelajar Institut Pengajian Tempatan yang telah disaring dan diambil  sampel berdasarkan SOP Pengurusan Pergerakan Pelajar baru-baru ini.

    Dalam kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (12 Mei 2020), Datuk Dr. Christina Rundi menjelaskan seramai 7,000 pelajar dianggarkan akan kembali ke tempat asal masing-masing dan bagi Negeri Sabah, bermaksud pergerakan besar-besaran pelajar tersebut dari Zon Merah ke Zon Hijau dan Kuning.

    Hasil pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian Home Quarantine, Dr. Christina mendedahkan tiga orang telah didapati mengingkari perintah yang diwajibkan ke atas mereka. Kes tersebut masing-masing seorang pelajar IPT di Tawau dan dua orang awam di Penampang dan Sandakan.

    "Pihak JKNS tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang ingkar perintah" Katanya.

    Pelajar IPT menjadi bualan utama rakyat Sabah berikutan peningkatan mendadak Kes Covid-19 dua hari lepas. Dengan pertambahan satu kes di Kota Kinabalu semalam, jumlah Kes Positif melibatkan Pelajar IPT ialah seramai 3 orang.

    JKNS dalam masa yang sama turut menyarankan agar ahli keluarga untuk memberikan sokongan moral sepanjang menjalankan tempoh kuarantin kepada semua yang diberikan arahan tersebut. - Sabah Info

    UPDATE Semasa Setakat 12 Mei 2020:


     KENYATAAN Penuh PKN Sabah:

  • Kes Covid-19 Di Sabah Naik Mendadak

    Kes Covid-19 Di Sabah Naik Mendadak


    JUMLAH Kes Positif Covid-19 di Sabah hari naik mendadak apabila merekodkan 10 kes baharu walaupun telah mencatatkan tiada kes selama 3 hari berturut-turut.

    Daerah yang mencatatkan kenaikan iaitu Lahad Datu (4); Tawau (1); Keningau (2); dan Semporna (3). Sehingga kini, Sabah merekodkan Jumlah 327 Kes Positif dan 290 Kes Sembuh. Seramai 33 orang pesakit masih dirawat di Hospital.

    Rata-rata netizen menyalahkan pelajar universiti yang pulang ke kampung halaman masing-masing dan sikap segelintir ibu bapa yang mendesak agar anak-anak mereka tidak ditempatkan di Pusat Kuarantin.

    Tidak kurang juga yang menyatakan kebimbangan akan kewujudan satu kluster baru kelak. Beberapa mesej dan gambar tular menunjukkan petugas kesihatan berada di kawasan kampung hari ini dikatakan sedang mengambil pesakit Covid-19 yang didapati positif.

    Petugas KKM dilihat di Jambatan Pulau Bum-Bum Semporna hari ini. - Kiriman Follower Sabah Info

    Infografik 11/05/2020 - Sabah Info

    Komen Netizen Sabahan


  • Bas Ekspres Di Sabah Mula Beroperasi Esok

    Bas Ekspres Di Sabah Mula Beroperasi Esok


    Pengusaha bas ekspres di Sabah akan mula beroperasi pada esok 12 Mei 2020.

    Lebih 20 pengusaha bas ekspres dengan lebih 200 buah bas telah bersedia menjalankan perkhidmatan mengikut standard operating procedure (SOP) ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19.

    Presiden Majlis Pengusaha-Pengusaha Bas Ekspres Sabah (Seboc), Datuk Donald Hanapi dalam kenyataan media berharap para penumpang dapat mematuhi SOP tersebut kerana mereka yang tidak memberikan kerjasama tidak akan dibenarkan naik ke dalam bas walaupun telah membeli tiket.

    Antara SOP yang ditetapkan ialah wajib mengisi borang deklarasi Covid-19 untuk tujuan rujukan pihak berkuasa, memakai topeng muka, duduk berjauhan mengikut jarak yang telah ditentukan, pemeriksaan suhu sebelum menaiki kenderaan dan tidak dibenarkan untuk berhenti-henti dalam perjalanan.

    Beliau juga memaklumkan, hanya separuh daripada kapasiti penuh dibenarkan untuk menaiki bas. Sebagai contoh, jika kapasiti bas adalah 41, hanya 20 penumpang dibenarkan naik kerana penjarakkan sosial yang telah ditetapkan.

    Tiket bas ekspres boleh dibeli secara atas talian di aplikasi Easy Book ataupun di kaunter Terminal Bas Inanam seperti biasa.
    Sumber : SEBOC
  • Lipat Kain di Dobi, Cuba Pakaian Antara Aktiviti Dilarang Dalam SOP di Sabah

    Lipat Kain di Dobi, Cuba Pakaian Antara Aktiviti Dilarang Dalam SOP di Sabah


    Susulan pengumuman pembukaan sektor peruncitan, Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengeluarkan SOP yang perlu diikuti oleh semua peniaga dan pengunjung.

    Dalam Sub Sektor Peruncitan, iaitu bagi Aktiviti Perniagaan Kedai Pakaian, Aksesori dan Fesyen, Kompleks Membeli Belah, Pasaraya/Pasaraya Besar, Departmental Store, Farmasi/Penjagaan Diri, Butik/Kedai Pakaian, Kedai Serbaneka/Mini Mart, aktiviti mencuba pakaian (Fitting Pakaian) tidak dibenarkan.

    Manakala, bagi yang menggunakan Dobi Layan Diri juga dilarang untuk melipat kain di premis perniagaan tersebut.

    Berikut adalah Senarai SOP (Garis Panduan) Sektor Peruncitan dan Makanan serta Taman Awam yang dikeluarkan meliputi tempoh Operasi dan Tindakan yang perlu dipatuhi sepanjang PKPB di Negeri Sabah:


  • Sabah Antara Terawal Tangani Pandemik Covid-19

    Sabah Antara Terawal Tangani Pandemik Covid-19


    Strategi dan tindakan awal Kerajaan Negeri Sabah melalui Sabah Covid-19 Command Centre dalam membendung penularan Covid-19 kini menampakkan hasil yang memberangsangkan apabila bilangan kes semakin berkurang di negeri ini.

    Setakat 9 Mei 2020, bilangan kes aktif yang dirawat di Negeri Sabah hanya tinggal seramai 26 orang pesakit.

    Sabah Covid-19 Command Centre didokong oleh backliners di kalangan penjawat awam negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.

    "Keputusan kerajaan negeri dapat disalurkan dengan lebih pantas melalui kaedah teknologi pendigitalan. Kita akan tambah baik dari hari ke hari" Katanya.

    Penyampaian maklumat, maklumbalas dan aduan rakyat Sabah dapat diterima dengan lebih cepat melalui pelbagai medium media sosial dan laman web dibawah kendalian Sabah Covid-19 Command Centre.

    Antara tindakan paling sukar terpaksa diambil kerajaan negeri apabila menggantung semua penerbangan daripada China seawal januari walaupun kerajaan persekutuan ketika itu masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pandemik Covid-19. Keputusan Sabah ketika itu turut mendapat kritikan daripada Duta China di Malaysia.

    Walaupun menyedari sektor pelancongan akan terjejas teruk, tindakan awal itu kini dilihat amat tepat kerana penularan jangkitan pertama Covid-19 di Malaysia dikesan daripada tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

    Negeri Sabah pada tahun 2019 menerima kemasukan 4.195 juta pelancong dimana sebahagian besarnya adalah pelancong dari China dan Korea, negara yang terjejas teruk kesan daripada penularan Covid-19. - Sabah Info

  • Pusat Beli Belah, Terminal Bas Antara Dibenar Beroperasi Di Sabah

    Pusat Beli Belah, Terminal Bas Antara Dibenar Beroperasi Di Sabah


    Kerajaan Negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor untuk beroperasi bermula hari ini, 9 Mei 2020.

    Dalam Kenyataan Media Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 2 sektor tersebut adalah Sektor Peruncitan dan Makanan dan Sektor Pengangkutan Awam. Selain itu, kebenaran juga diberikan untuk melakukan aktiviti rekreasi dan riadah kesihatan di Taman Awam.

    "Bagi sektor peruncitan dan makanan rangkaiannya, antara aktiviti yang dibenarkan adalah peruncitan membabitkan premis perniagaan runcit dan aktiviti menjual makanan yang membabitkan perniagaan berpremis seperti restoran, medan selera, gerai makan dan sebagainya."

    "Selain itu, bagi sektor pengangkutan awam pula, antara aktiviti yang dibenarkan adalah aktiviti pengangkutan awam darat dan logistik membabitkan perkhidmatan teksi, kereta sewa, e-hailing, bas, kereta api, terminal (bas dan teksi) serta logistik darat pelabuhan," katanya.

    Aktiviti pengangkutan awam maritim yang dibenarkan pula membabitkan perkhidmatan pelabuhan, jeti persendirian, jeti awam (penumpang dan barangan), feri penumpang atau ro-ro domestik dan juga bot penambang.

    "Semua aktiviti sokongan yang berkaitan dengan sektor pengangkutan awam juga dibenarkan," katanya.

    Walaubagaimanapun, semua aktiviti di dalam sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 5 perlu mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

    Semua aktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk aktiviti dan rangkaiannya di peringkat luar bandar dibenarkan beroperasi sejak 7 Mei lalu.


    Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah:




  • Polis KK Cari Pemandu Ford Ranger langgar SJR

    Polis KK Cari Pemandu Ford Ranger langgar SJR



    POLIS Kota Kinabalu sedang mengesan kenderaan pacuan empat jenis Ford Ranger yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19, di Jalan Kolombong, di Kota Kinabalu, malam tadi.

    Rempuhan jam 8 malam itu menyebabkan kerosakan pada papan tanda (Essential Services), kon dan lampu yang diletakkan polis di SJR berkenaan.

    Bagaimanapun, petugas terdiri dua anggota polis, tiga tentera dan dua Rela tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Difahamkan, ketika kejadian semua petugas SJR Op Covid-19 baharu selesai berbuka puasa.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang giat mengesan kenderaan berkenaan.

    "Ketika kejadian, kenderaan jenis Ford Ranger berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran KM95 bergerak dari Jalan Tuaran Bypass menghala ke Jalan Lintas.



    "Pemandu itu dipercayai memandu laju melepasi SJR lalu merempuh papan Essential Services, kon dan lampu sebelum melarikan diri," katanya.

    Habibi berkata, siasatan sedang dijalankan dan usaha untuk mengesan suspek giat dilakukan.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan," katanya.

    Pada jam 9.35 malam, 3 April lalu, kejadian sama berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Ford Ranger merempuh SJR di lokasi sama dan terus melarikan diri.

    Suspek lelaki berusia 28 tahun bagaimanapun berjaya ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pada 5 April lalu. -Hmetro
  • Peniaga Diwajibkan Rekod Kehadiran Pengunjung Di Penampang

    Peniaga Diwajibkan Rekod Kehadiran Pengunjung Di Penampang



    PENAMPANG: Para peniaga yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu merekodkan kehadiran pengunjung di premis masing-masing.

    Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Penampang,Tang Yang Ming berkata, langkah itu dilaksanakan untuk memudahkan pihaknya menjejaki pergerakan pengunjung sekiranya terdapat kes jangkitan positif Covid-19 di kawasan premis tersebut.

    “Usaha ini adalah bagi memastikan orang awam dapat dijejaki atau dihubungi jika terdapat kes jangkitan positif Covid-19 dilaporkan di premis yang dibenarkan beroperasi di Penampang.

    “Dengan hal yang demikian, semua peniaga diarah untuk menyediakan buku rekod catatan serta merta bermula esok,”katanya ketika dihubungi.

    Tambahnya, mana-mana peniaga yang tidak mematuhi arahan tersebut akan diambil tindakan mengikut perundangan yang terdapat dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan undang-undang kecil Majlis yang sedang berkuatkuasa.

    Jelasnya, pihak Majlis Daerah Penampang juga akan membatalkan kelulusan lesen sekiranya peniaga gagal untuk mematuhi arahan itu.- BorneoToday
  • Usul Shafie Apdal Ditolak Speaker Dewan Rakyat

    Usul Shafie Apdal Ditolak Speaker Dewan Rakyat


    PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof menolak permohonan yang dikatakan daripada Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal memohon izin membawa usul dan mengemukakan resolusi terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

    Surat yang dikatakan dari Shafie itu mahu mencadangkan usul mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi, mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat.

    Dalam surat yang dilihat FMT, Ariff berkata usul itu tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia “mempertikai kuasa Agong dalam urusan pelantikan jawatan perdana menteri”.

    “Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul ini dibawa ke dalam majlis mesyuarat,” katanya.

    Terdahulu, Shafie mengelak pertanyaan mengenai tangkap layar surat, dikatakan daripadanya, memohon izin membawa usul dan mengemukakan resolusi bahawa Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat.

    Gambar surat kepada Ariff bertarikh 1 Mei itu tersebar di media sosial.

    “Kita tunggu apabila tiba masanya,” kata Shafie kepada pemberita di Beluran hari ini.


    Seorang pembantu Shafie kemudian memberitahu FMT: “Setahu saya, ketua menteri tidak mengesahkan surat itu.”

    Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 24 Feb semasa krisis politik yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

    Dewan Rakyat akan bersidang selama 1 hari pada 18 Mei ini. - FreeMalaysiaToday
  • ARMADA Sabah Tolak Kerjasama Dengan PH

    ARMADA Sabah Tolak Kerjasama Dengan PH



    KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah tidak menyokong pendirian rasmi sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ARMADA Pusat yang memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

    Ketuanya, Isquzawan Israq Arsit, berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya pendirian ARMADA Pusat kerana ramai ketua ARMADA bahagian mendakwa tidak diberitahu mengenai kerjasama itu.

    “Pendirian kita ialah tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh ARMADA Pusat kerana ianya bukan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco ARMADA.

    “Sebaliknya, mesyuarat khas yang dinyatakan dalam kenyataan media ARMADA BERSATU sebelum ini sebenarnya adalah Mesyuarat Penyelarasan Agihan Bantuan ARMADA sempena Ramadan 2020 dan perjumpaan bersama Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad”, katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

    Petang tadi, ARMADA dilaporkan menyokong parti itu kembali bekerjasama dengan PH.

    ARMADA dipetik menegaskan, pergerakan itu menyokong BERSATU untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

    Mengulas lanjut, Isquzawan berkata, ARMADA Sabah menyokong penuh kepemimpinan Presiden BERSATU yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    “Pendirian ARMADA Sabah adalah jelas bahawa kita tetap bersama Presiden BERSATU. Dengan perkembangan politik semasa, kita tidak akan bermusuh dengan mana-mana parti yang menyokong PN (Perikatan Nasional),” katanya.

    Sementara itu, Ketua ARMADA Terengganu, Syaiful Irfan Anang, berkata pihaknya turut menolak kerjasama dengan PH dan menyokong kepemimpinan Presiden BERSATU.

    “Kita tidak setuju dengan keputusan dibuat oleh ARMADA Pusat kerana ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco ARMADA.

    “ARMADA Terengganu juga tetap menyokong penuh kepemimpinan Muhyiddin sebagai Presiden parti,” katanya.

    Sementara itu, Ahli BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pula menggesa semua pihak untuk berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 23 Februari lalu, untuk membawa keluar parti daripada PH.

    Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, keputusan itu kekal sehingga ada perkembangan sebaliknya daripada MPT parti itu.

    “Mengikut Fasal 13 perlembagaan BERSATU, MPT adalah badan tertinggi parti di luar mesyuarat agung.

    “Oleh itu, keputusan berkenaan ‘mengikat’ ke atas seluruh parti dan kekal sehingga ada keputusan sebaliknya,” katanya.

    Wan Ahmad Fayhsal berharap semua ahli parti menghormati keputusan MPT, tegas berdisiplin, menjaga kerukunan dan perpaduan bagi memperkukuhkan keluarga besar BERSATU terutama ketika negara masih berdepan dengan ancaman COVID-19.- Berita Harian
  • Sabah Laksana PKP Tahap 5 mula 7 Mei 2020

    Sabah Laksana PKP Tahap 5 mula 7 Mei 2020



    Kota Kinabalu: SABAH memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa lima bermula hari ini yang dilakukan secara berperingkat.

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, PKP fasa lima itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Beliau turut menyatakan terdapat beberapa sektor di Sabah dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP tahap lima.


    "Antara sektor yang dibenarkan beroperasi untuk peringkat permulaan ini adalah sektor pertanian dan industri makanan (serta rangkaiannya), perkilangan dan pembuatan (serta rangkaiannya) dan operasi logistik seperti pengangkutan darat, jeti serta pelabuhan.

    "Selain itu, kerajaan negeri juga memutuskan kilang dan ladang sawit di Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan dibenarkan beroperasi semula tertakluk kepada pengesahan bebas Covid-19 daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah," katanya dalam kenyataan media di Kota Kinabalu hari ini.

    Menurutnya, keputusan terbabit dibuat dengan mengambil maklum Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No5) yang mula berkuat kuasa pada 4 Mei hingga 12 Mei ini mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

    Shafie turut menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Sabah adalah keutamaan kerajaan negeri.

    Sebelum ini, Sabah memutuskan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan Kerajaan Persekutuan pada 1 Mei lalu.

    Sabah mengekalkan pelaksanaan PKP fasa empat yang akan berakhir pada 12 Mei ini. -HMetro
  • Pelajar Semenanjung & S'wak Perlu Jalani Ujian Swab Sebelum Pulang

    Pelajar Semenanjung & S'wak Perlu Jalani Ujian Swab Sebelum Pulang


    KOTA KINABALU: Pelajar Sabah yang terkandas di Semenanjung dan Sarawak dan mahu kembali ke Sabah, perlu menjalani ujian swab sama ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau sebaik tiba di Kota Kinabalu, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

    Beliau berkata ia adalah prosedur yang telah ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

    “Sebaik selesai menjalani ujian swab, pelajar-pelajar akan dibenarkan balik dan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

    Yusof berkata ia adalah prosedur yang telah ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

    “Bagi pelajar yang bergejala, mereka akan dimasukkan ke pusat kuarantin.

    “Bagi pelajar yang rumah mereka tidak sesuai atau tidak memenuhi kriteria untuk kuarantin di rumah, maka pelajar tersebut terpaksa tinggal di pusat kuarantin.

    “Contoh tidak sesuai ialah tiada bilik persendirian yang mempunyai tandas sendiri atau rumah terlalu ramai penghuni, dan terdapat warga emas yang tinggal bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

    Beliau berkata, bagi pelajar yang balik dari luar negara dan belum dikuarantinkan di Kuala Lumpur, perlu masuk ke Pusat Kuarantin selama 14 hari, apabila tiba di negeri ini.

    Dr Yusof berkata, mengikut data terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), jumlah pergerakan pelajar dari Semenanjung dan Sarawak ke Sabah adalah 11,653 dan jumlah pelajar dari Sabah ke Semenanjung dan Sarawak pula adalah 3,375.

    “Semua tiket penerbangan akan dibiayai KPT. Universiti Malaysia Sabah telah dilantik dan dipertanggungjawabkan sebagai pengurus Zon Sabah oleh KPT.

    “Universiti berkenaan bertanggungjawab untuk mengurus semua pergerakan pelajar keluar, masuk, dan dalam negeri Sabah,” katanya. - BERNAMA
  • Tiada Halangan Pergerakan Antara Daerah di Negeri Sabah

    Tiada Halangan Pergerakan Antara Daerah di Negeri Sabah




    KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah tidak menghalang sebarang pergerakan antara daerah di negeri ini.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbuat demikian disebabkan Sabah sudah tidak merekodkan kawasan zon merah.

    "Kita tidak pernah menghalang polis daripada melakukan peraturan yang ditetapkan.

    "Bagaimanapun, kita meminta PDRM mengetatkan kawalan di semua kawasan yang pernah dicatatkan sebagai zon merah," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Dividen dan Bantuan Khas Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) kepada peneroka, dekat sini, hari ini.

    Dalam pada itu, kerajaan negeri melalui LKTNS menyampaikan dividen serta elaun sara hidup berjumlah RM1.05 juta kepada 1,533 orang ketua isi rumah yang juga peserta projek sosio ekonomi di bawah LKTNS.

    Sumbangan sama turut diberikan kepada 892 orang peneroka skim Rancangan Peneroka LKTNS di seluruh Sabah.

    Selain itu, LKTNS juga menyediakan bantuan khas COVID-19 berupa makanan keperluan asas yang bernilai RM112,830 kepada semua peserta dan peneroka yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri bersetuju notis dikeluarkan PDRM berkaitan kebenaran empat individu berada di dalam satu kenderaan, Mohd Shafie berkata pihaknya tiada sebarang masalah mengenai perkara itu.

    "Seperti yang diumumkan semalam kita di peringkat negeri akan melakukan persediaan sehingga 12 Mei ini dalam usaha menyuburkan ekonomi," katanya.  -BH Online
  • "Bincang Dengan Kerajaan Negeri Sebelum Buat Keputusan" - KM

    "Bincang Dengan Kerajaan Negeri Sebelum Buat Keputusan" - KM


    KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap pandangan kerajaan negeri akan diambil kira sebelum sebarang keputusan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di peringkat Persekutuan diumumkan.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Kerajaan Persekutuan perlu berhubung dan berbincang dengan kerajaan negeri sebelum sesuatu keputusan dibuat.


    Beliau berkata, perbincangan penting kerana akhirnya keputusan yang dibuat itu perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

    “Kita yang akan melaksanakan keputusan dibuat oleh mereka jadi, pandangan kita perlu diambil kira.

    “Mereka kena tahu dan faham keadaan persekitaran negeri sama ada boleh melaksanakan secara terus atau tidak, sebaik sahaja keputusan diumumkan.

    Shafie Apdal (kanan) menerima sumbangan Covid-19 daripada beberapa organisasi di Kota Kinabalu hari ini.

    “Itu yang saya minta supaya berikan masa kepada kerajaan negeri untuk membuat persediaan sebelum pelaksanaan dibuat,” katanya ketika mengulas mengenai pendirian kerajaan negeri mengenai pelaksanaan PKPB seperti diumumkan kerajaan persekutuan.

    Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Barangan Keperluan Perubatan yang disumbangkan oleh Yayasan Osimal, MSIC Life Insurance Berhad dan Caring Pharmacy.

    Menurutnya, biarpun ada yang menyatakan perbincangan sudah dilakukan, namun di peringkat negeri Sabah, tiada sebarang makluman diberikan.

    Mohd. Shafie berkata, memang mesyuarat menteri-menteri kanan diadakan setiap hari tetapi tidak melibatkan pimpinan negeri.

    Atas sebab itu, beliau meminta biarpun tidak dibabitkan dalam mesyuarat, namun sekurang-kurangnya maklumkan kepada kerajaan negeri tentang apa keputusan yang bakal diambil.

    “Janganlah lepas buat keputusan, minta kerajaan negeri ikut. Jangan buat begitu, kena juga lihat kapasiti dan persekitaran kita duluan.

    “Berbincang dengan kita sama ada kita mempunyai kapasiti untuk laksanakan secara serta-merta. Ini tidak berhubung dengan saya pun,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan sektor ekonomi berkaitan yang akan dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir 12 Mei ini.

    Katanya, kerajaan akan melihat sektor berkaitan yang boleh dibuka semasa pelaksanaan PKPB seperti sektor keselamatan makanan, pengangkutan awam, minyak dan gas serta beberapa sektor yang berkepentingan lain.- BorneoToday
  • Parti Warisan Pimpinan Shafie Mahu Parlimen Bersidang

    Parti Warisan Pimpinan Shafie Mahu Parlimen Bersidang


    SHAH ALAM - Ahli-ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian bahawa Parlimen wajib bersidang penuh sekurang-kurangnya dua minggu bermula 18 Mei ini.


    Perkara itu dinyatakan melalui kenyataan bersama dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Menurut kenyataan tersebut, ahli-ahli Parlimen pembangkang dari PH, Bersatu dan Warisan mengambil maklum keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini, sekali gus menyifatkan keputusan itu dibuat kerajaan berikutan koronavirus (Covid-19) semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


    "Bagi maksud perjalanan sidang Parlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakan sosial, memakai penutup mulut dan hidung serta melakukan saringan Covid-19 bagi ahli-ahli Parlimen.

    "Memandangkan Parlimen telah memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei diadakan dan memandangkan banyak aktiviti sudah mula dibenarkan bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih daripada sehari yang telah diumumkan," kata kenyataan itu hari ini.

    Katanya, persidangan lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu lebih mendalam serta membolehkan Ahli-ahli Jemaah Menteri melaksanakan agenda legislatif kementerian masing-masing.

    "Oleh yang demikian, kami menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu," kata kenyataan itu lagi.

    Pada 4 Mac lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 18 Mei ini dan bersidang selama sehari ekoran PKP yang dilaksanakan sekarang. - Sinar Harian
  • ESSCOM Nafi Lima Mangsa Culik Nelayan Indonesia Ditahan "Orang Tengah"

    ESSCOM Nafi Lima Mangsa Culik Nelayan Indonesia Ditahan "Orang Tengah"


    Lahad Datu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan lima nelayan warga Indonesia masih dalam tawanan kumpulan penculik di Selatan Filipina.

    Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata demikian sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa mangsa kini ditahan ‘orang tengah’ yang menjadi perunding antara kumpulan penculik dan keluarga mangsa.

    “Tidak betul (laporan akhbar) kerana ketika ini, mangsa masih dengan kumpulan penculik.

    “Saya tidak menolak mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan menjadi orang tengah antara kumpulan penculik dengan keluarga mangsa,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

    Terdahulu sebuah media melaporkan mangsa Arsyad Dahlan, 41; La Baa, 32; Riswanto Hayano, 27; Edi Lawalopo, 53, dan Syarizal Kastamiran, 29, sudah dibebaskan oleh kumpulan penculik melalui rundingan.

    Bagaimanapun, semua mangsa kini ‘ditahan’ oleh ‘orang tengah’ bertujuan meminta bayaran lebih.

    Ketika ditanya mengenai mangsa yang kini seolah-olah menjadi mangsa pemerdagangan manusia antara kumpulan penculik di Selatan Filipina, Hazani berkata, aktiviti penculikan itu sudah menunjukkan tujuan mendapatkan wang.

    “Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat sekurang-kurangnya lima ketua yang memimpin kumpulan penculikan di Selatan Filipina dan ia boleh berubah berdasarkan persefahaman serta kepentingan kerjasama antara mereka.


    “Modus operandi mereka seperti pemainan kucing dan tikus, jika ada peluang serta mangsa, mereka bertindak,” katanya.

    Pada 17 Januari lalu, semua nelayan warga Indonesia yang bekerja dengan syarikat perikanan dari Sandakan, diculik di perairan Tambisan, Lahad Datu.

    Kemudian, kumpulan penculik meminta wang tebusan antara RM3 juta sehingga RM4 juta bagi pembebasan semua mangsa. -Borneo Today
  • Perintah Berkurung di Esszone Dilanjutkan Sehingga 20 Mei 2020

    Perintah Berkurung di Esszone Dilanjutkan Sehingga 20 Mei 2020


    KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 6 petang esok dilanjutkan sehingga 20 Mei, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass.

    Beliau berkata, susulan pelanjutan itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan terbabit antara 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

    “Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Zaini berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan Daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

    Katanya, perintah berkurung itu dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

    Zaini berkata, berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

    Beliau berkata, perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

    “Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

  • 7 Sekeluarga Ditahan Disyaki Terbabit Dadah Di Kota Kinabalu

    7 Sekeluarga Ditahan Disyaki Terbabit Dadah Di Kota Kinabalu



    KOTA KINABALU: Tujuh sekeluarga antara 31 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam Op Sarang dan Op Covid-19 di sekitar daerah ini.

    Operasi dan serbuan itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang bermula 25 April hingga 1 Mei lalu.

    Pasukan polis menahan individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar bandar raya ini melalui Op Sarang dan Op Covid-19

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tujuh individu yang ditahan di sebuah rumah di daerah ini adalah sebuah keluarga.

    “Hasil serbuan itu, anggota polis turut menemui satu paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 50.48 gram di dalam sebuah rumah.

    “Semua mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan dadah di sekitar daerah ini,” katanya.

    Mengulas lanjut, Habibi berkata, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    “Bagi sembilan lagi individu ditahan membabitkan kes bekalan dan pengedaran dadah.

    “Hasil siasatan mendapati semua mereka ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap,” katanya.

    Tambahnya, dua lagi individu ditahan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952.

    Individu yang diperiksa oleh pasukan polis ketika menjalankan Op Sarang dan Op Covid-19 di Kota Kinabalu.
    “Selain itu, 10 individu lain ditahan bagi kesalahan memiliki dadah dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) ABD dan 12 individu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ABD 1952 kerana hasil ujian urin didapati positif dadah.

    “Berdasarkan hasil siasatan, 24 adalah warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing berusia 12 hingga 58 tahun,” katanya.
    Mengenai jumlah rampasan dadah dalam tempoh itu, beliau berkata, keseluruhan rampasan sebanyak 74.85 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM11,227 berdasarkan harga dadah semasa.

    “Operasi dan serbuan yang dijalankan adalah usaha Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu dalam memantau, mengesan dan mengekang segala aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di daerah ini.

    “Bagi mempertingkatkan lagi pembanterasan jenayah dadah, usaha sama daripada orang awam juga diperlukan dengan menyalurkan maklumat ke hotline IPD Kota Kinabalu melalui talian 088-529220,” katanya.- BorneoToday
  • Covid-19: 300 Peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu Disaring

    Covid-19: 300 Peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu Disaring



    KOTA KINABALU: Kira-kira 300 sampel peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu diambil bagi ujian saringan Covid-19.

    Berlangsung selama dua hari bermula kelmarin dan semalam, pengambilan sampel turut membabitkan peniaga pasar ikan serta pekerja Sabah Fish Marketing (SAFMA).

    Pelaksanaan ujian itu dilihat mendapat respons baik dalam kalangan peniaga malahan ramai menjalani pemeriksaan secara sukarela.

    Peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu, Salmah Belan, 54, berkata, mulanya dia agak takut apabila diberitahu perlu menjalani ujian saringan Covid-19 namun perasaan itu hilang selepas bertemu pegawai kesihatan bertugas.

    “Saya ingat ujian ini mengambil masa lama tetapi kita hanya perlu mengisi borang sebelum anggota kesihatan mengambil sampel daripada hidung.

    “Ujian saringan penting kepada orang awam khususnya peniaga di pasar ini kerana kita sering bertemu ramai pelanggan tanpa mengetahui keadaan kesihatan mereka.

    “Apabila menjalani ujian ini, secara tidak langsung kita dapat mengetahui tahap kesihatan diri masing-masing,” katanya sudah lebih 20 tahun berniaga barangan runcit di pasar berkenaan.

    Sementara itu, seorang lagi peniaga pasar, Hariyati Samsul, 43, pendekatan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuat ujian saringan seperti itu di kawasan pasar secara tidak langsung membantu golongan peniaga berpendapatan kecil dan sederhana melakukan ujian terbabit.

    “Ramai dalam kalangan peniaga di sini mahu membuat pemeriksaan seperti ini tetapi tidak tahu lokasi mendapatkan.

    “Kebanyakan peniaga mahu ke klinik atau hospital swasta menjalani saringan Covid-19, namun kosnya terlalu mahal.

    “Apabila jabatan kesihatan datang ke pasar ini, kami bukan hanya boleh membuat ujian saringan Covid-19, malah maklumat berkaitan kesihatan,” katanya yang berniaga buah-buahan,” katanya.- HMetro
  • Berbaki 10 Pesakit Covid-19 Masih Dirawat di Daerah Tawau

    Berbaki 10 Pesakit Covid-19 Masih Dirawat di Daerah Tawau


    TAWAU; 4 MEI 2020 (Isnin) – Daerah Tawau merekodkan pertambahan empat pesakit Covid-19 telah sembuh dan discaj semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 70 orang.

    Ini menunjukkan Tawau hanya berbaki 10 kes aktif yang masih dirawat dan dalam pengawasan di wad Hospital Tawau.

    Melalui laporan perkembangan pesakit Covid-19 bagi negeri Sabah yang dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah semalam, Tawau masih kekal sebanyak 81 kes secara keseluruhan.

    Angka tersebut merupakan prestasi baik bagi Tawau yang merekodkan tiada pertambahan kes selama lebih dua minggu (15 hari) berturut-turut sejak 18 april lepas.

    Menerusi laporan tersebut juga menunjukkan Tawau kekal berada di zon merah dengan merujuk kiraan kumulatif dan disenarai di zon kuning dengan merujuk pada kes aktif.

    Untuk rekod, 95-peratus dari keseluruhan kes di Tawau terdiri dari kluster tabligh Seri Petaling, generasi pertama, kedua dan ketiga selain terdapat kluster ‘tabligh lain-lain’.

    Manakala selebihnya iaitu empat kes lagi iaitu dua kes adalah mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan satu kes sporadik dengan satu kontak.

    Sementara itu, daerah Lahad Datu turut merekodkan tambahan empat orang sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh sebanyak 41 orang dan hanya berbaki dua pesakit yang masih dirawat di Hospital daerah berkenaan.

    Dalam pada itu, daerah Semporna yang telah mencatatkan sifar kes sebelum ini kini merekodkan satu kes aktif apabila satu dari dua kes yang direkodkan di daerah tersebut dirawat semula.

    Sumber: Facebook BESTAWAUfm
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13