• Covid-19: 300 Peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu Disaring



    KOTA KINABALU: Kira-kira 300 sampel peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu diambil bagi ujian saringan Covid-19.

    Berlangsung selama dua hari bermula kelmarin dan semalam, pengambilan sampel turut membabitkan peniaga pasar ikan serta pekerja Sabah Fish Marketing (SAFMA).

    Pelaksanaan ujian itu dilihat mendapat respons baik dalam kalangan peniaga malahan ramai menjalani pemeriksaan secara sukarela.

    Peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu, Salmah Belan, 54, berkata, mulanya dia agak takut apabila diberitahu perlu menjalani ujian saringan Covid-19 namun perasaan itu hilang selepas bertemu pegawai kesihatan bertugas.

    “Saya ingat ujian ini mengambil masa lama tetapi kita hanya perlu mengisi borang sebelum anggota kesihatan mengambil sampel daripada hidung.

    “Ujian saringan penting kepada orang awam khususnya peniaga di pasar ini kerana kita sering bertemu ramai pelanggan tanpa mengetahui keadaan kesihatan mereka.

    “Apabila menjalani ujian ini, secara tidak langsung kita dapat mengetahui tahap kesihatan diri masing-masing,” katanya sudah lebih 20 tahun berniaga barangan runcit di pasar berkenaan.

    Sementara itu, seorang lagi peniaga pasar, Hariyati Samsul, 43, pendekatan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuat ujian saringan seperti itu di kawasan pasar secara tidak langsung membantu golongan peniaga berpendapatan kecil dan sederhana melakukan ujian terbabit.

    “Ramai dalam kalangan peniaga di sini mahu membuat pemeriksaan seperti ini tetapi tidak tahu lokasi mendapatkan.

    “Kebanyakan peniaga mahu ke klinik atau hospital swasta menjalani saringan Covid-19, namun kosnya terlalu mahal.

    “Apabila jabatan kesihatan datang ke pasar ini, kami bukan hanya boleh membuat ujian saringan Covid-19, malah maklumat berkaitan kesihatan,” katanya yang berniaga buah-buahan,” katanya.- HMetro
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13