SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Pasangan kekasih dituduh edar dadah dibicara 18 Ogos depan

    TERTUDUH: Pasangan kekasih yang didakwa mengedar dadah diiring
    keluar oleh anggota JKDM selepas prosiding di Mahkamah Majistret. 


    TAWAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes terhadap pasangan kekasih atas pertuduhan mengedar dadah, awal bulan ini.

    Tertuduh masing-masing berumur 53 dan 49 tahun dituduh mengedar dadah seberat 4.193 kilogram di Cawangan Pemeriksaan Penumpang, Lapangan Terbang Tawau, pada 1 Julai lalu kira-kira jam 11.45 pagi.

    Kedua-dua tertuduh berbaju putih hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan secara serentak oleh jurubahasa Mahkamah dan tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Dzul Elmi Yunus.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

    Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Juhari Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Juhari dalam prosiding memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia diperolehi dan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh. 

    Dzul Elmi kemudiannya menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh diminta untuk melantik peguam sebelum perbicaraan kes dijalankan.

  •  oleh 
  • Sabah mampu menjadi Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP terkenal di Asia Tenggara

    TINJAU: Shafie menaiki Gyrocopter yang pertama di Sabah dan juga model
    pertama di Malaysia,
    iaitu AutoGyro Cavalon 915is ketika lawatan rasmi ke Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP.


    KOTA KINABALU: Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP dilihat mampu melonjakkan lagi nama Sabah di peringkat antarabangsa khususnya di Asia Tenggara.

    Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun Sabah berhadapan dengan pelbagai cabaran pada ketika ini, tetapi kewujudan pusat latihan berkenaan adalah satu inisiatif baik.

    "Hari ini kita boleh melihat usaha sama meterai selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat seperti MASWings Sdn Bhd dengan MEGA Aerospace Sdn Bhd.

    "Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd dengan KKIP Aerospace Sdn Bhd. CAAC Malaysia Sdn Bhd dengan MEGA Aerospace Sdn Bhd dan Bataras dengan  Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR)," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini, semalam.

    Beliau berkata, usaha sama dengan Bataras juga dilihat adalah sesuatu yang baik memandangkan banyak produk dikeluarkan di sini dipasarkan ke lebih daripada 40 cawangan Bataras di seluruh negeri.

    Katanya, selain menjual barangan, syarikat terbabit mampu meningkatkan pengetahuan anak - anak Sabah mengenai aeroangkasa serta menambah peluang pekerjaan.

    Sementara itu, Shafie turut yakin sektor pelancongan negeri ini akan kembali pulih dalam tempoh setahun sehingga dua tahun.

    Katanya, kerajaan akan menggerakkan semula jentera industri pelancongan Sabah ke peringkat antarabangsa.

    Menurutnya, pada ketika itu kesemua kemudahan penerbangan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan itu.

    Dalam pada itu, Shafie berkata, Pusat Inovasi dan Kreativiti Sabah perlu dimanfaatkan sepenuhnya memandangkan golongan belia negeri ini mempunyai minat terhadap sektor seumpamanya.

    "Kalau kita tengok dari segi animasi, bukan hanya di youtube tapi macam-macam ada kreativiti, penggunaan teknologi sosial media dan sebagainya.

    "Kalau kita lahirkan satu tempat untuk anak-anak muda untuk membolehkan mereka menggunakan pengetahuan masing-masing, kita yakin pusat ini dapat membantu," katanya.

    Menurutnya, adalah baik sekiranya mampu melahirkan pengiat seni filem tempatan yang boleh mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

    Katanya, terdapat pengiat seni filem antarabangsa datang ke negara ini untuk membuat rakaman.

    Berkaitan dengan pembinaan kilang kaca di KKIP, Shafie menjelaskan perbincangan dengan pelabur sudah dilakukan sejak tahun lalu dan kini berbincang dari segi harga silica pasir.

    "Kita perlu mendapatkan harga yang betul-betul berpatutan, tidak bolehlah banyak sangat subsidi, sebab Sabah juga perlukan pendapatan.

    "Pelaburan ini juga akan menjamin mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan," katanya.-Utusan Borneo

  • Cegah wabak Bubonik sebelum terlambat

    BARLIANTA

    LAHAD DATU: Wabak Bubonik perlu diberi perhatian kerana mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan amaran itu berikutan laporan dua adik beradik meninggal di Utara China akibat wabak itu.

    Seramai 146 individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa juga telah diasingkan dan menerima rawatan di hospital.

    Bagi Barlianta Abdul Hakim, perkembangan itu memberi isyarat kepada kerajaan untuk mengambil tindakan pencegahan.

    "Mencegah itu lebih baik dari merawat jadi sebelum ianya memberi kemudaratan kepada rakyat, kerajaan perlu bertindak segera," katanya.

    Menurutnya, meskipun Malaysia memiliki pengalaman pengendalian pencegahan wabak pandemik COVID-19 yang baik namun wabak Bubonik wajar diberi perhatian.

    Katanya, segala keputusan yang berkaitan dengan dasar buka pintu pengunjung dari luar negara antara langkah pencegahan yang relevan untuk dipertingkat.

    "Kita perlukan polisi terbaik untuk menghadapi keberangkalian serangan wabak ini dan ianya wajar diputuskan dengan mengutamakan keselamatan kesihatan rakyat," katanya.

    ASMAWATI


    Bagi Asmawati Roslan pula, kerajaan negeri perlu memuktamadkan keputusan membuka sempadan untuk dikunjungi pelancong negara zon hijau termasuk China.

    "Saya risau dengan menerima kemasukan kunjungan dari luar negara terutamanya pelancong akan memudaratkan kita di sini.

    "Namun saya percaya, dengan pengalaman lalu pentadbiran negeri akan membuat keputusan terbaik demi kepentingan rakyat," katanya.

    Beliau turut mencadangkah agar perkembangan wabak Bobunik dipantau dan diteliti dengan baik kerana tindakan susulan penjegahannya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk rakyat.-Utusan Bprneo

  • Kebenaran bawa masuk pekerja China bukan 'suka-suka'

    Yusof

    KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan negeri membenarkan pekerja asing dari China masuk ke Sabah bukannya atas dasar 'suka-suka' membawa pelancong.

    Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, kebenaran terbabit hanya melibatkan ekspatriat (pengurusan tertinggi) iaitu golongan eksekutif atau pekerja yang mempunyai visa sebelum ini.

    Katanya, ia bukannya diberikan kepada pelancong asing tetapi golongan pekerja bahagian pengurusan tertinggi bagi membolehkan mereka membuka semula operasi syarikat masing-masing di Sabah.

    "Langkah yang kita ambil ini juga sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada warga tempatan kerana operasi syarikat berkenaan memerlukan tenaga kerja tempatan.

    "Inilah sebabnya kita beri kebenaran kepada mereka untuk masuk ke Sabah kerana selepas syarikat mula beroperasi, mereka akan mengambil pekerja tempatan.

    "Kita bukan suka-suka bagi mereka masuk sebagai pelancong memandangkan kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan kemungkinan membuka semula pelancongan kepada negara Korea, China dan Jepun pada September ini," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Pelancaran Kempen Kesedaran dan Pencegahan COVID-19 di sini.

    Yusof berkata, sebelum ini timbul kekeliruan dalam kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berhubung kebenaran yang diberikan kerajaan negeri kepada pekerja asing China.

    Sabri dipetik berkata, kerajaan Sabah tidak pernah berbincang dengan kerajaan Persekutuan berhubung keputusan berkenaan memandangkan kerajaan masih menutup pintu negara kepada kemasukan pekerja asing.

    Yusof berkata, kebenaran yang diputuskan itu juga melalui prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya dan hanya melibatkan pekerja dari kawasan zon hijau.

    Sehubungan itu, pihaknya tidak mahu timbul salah faham mengeai isu ini kerana tujuan kerajaan negeri adalah untuk membantu meningkatkan ekonomi dan industri tempatan.-Utusan Borneo

  • Tiga pengedar, penagih ditahan di Papar

    Gambar hiasan

    PAPAR: Tiga lelaki tempatan ditahan selepas terlibat dalam kegiatan pengedaran serta penagihan dadah di daerah ini.

    Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, ketiga-tiga lelaki berumur 30-an ditahan di sekitar kawasan ini tengah hari kelmarin oleh sepasukan polis dari BSJN IPD Papar.

    "Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan ketika diperiksa didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

    "Dua daripada suspek turut didapati mempunyai dadah jenis syabu seberat 5.34 gram," katanya.

    Batholomew berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Katanya, usaha pembanterasan dadah akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan orang ramai yang mempunyai sebarang meklumat berkaitan dadah diminta menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.-Utusan borneo

  • Jalur lebar: TM Sabah perlu 3 tahun



    KOTA KINABALU:
     Pengarah Wilayah Telekom Malaysia Bhd (TM), Sabah Datuk Mohd Sanal Mohd Amin berkata pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk memastikan semua kawasan luar bandar di negeri ini menikmati perkhidmatan jalur lebar. 

    Beliau berkata pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja menukar talian tembaga kepada gentian optik untuk mempertingkatkan lagi capaian internet negeri. 

    “Masalah capaian internet masih menjadi satu cabaran bagi TM Sabah kerana kita perlukan masa bagi mengantikan talian ‘copper’ kepada ‘fiber optik’ dan ia dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pelancaran perkhidmatan jalur lebar Unifi TM berkelajuan tinggi di Pusat Internet Malaysia, Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Jumaat.

    Beliau berkata orang ramai boleh boleh terus menggunakan perkhidmatan pusat Internet desa sebagai wadah kearah hidup kebiasaan baharu di samping pembelajaran atas talian. 

    “Sebagai tulang belakang telekomunikasi negara, TM dalam memberikan khidmat agar masyarakat yang berada di luar bandar turut menikmati kemudahan internet kerkelajuan tinggi,” katanya.-Harian Ekspres
  • Sabah terima pelaburan projek RM7b di Meruntum

    SHAFIE (tengah), Jamalul (kedua dari kiri) dan Dr Ishak daripada YS, bersama Jerrand (kedua dari kanan) dan Wee (kanan) daripada Tegas Bangsa Sdn Bhd selepas penandatanganan perjanjian kerjasama itu pada Jumaat.


    KOTA KINABALU: Sabah bakal menerima manfaat besar daripada sebuah projek pembangunan bercampur mega bernilai RM7 bilion di Meruntum, Lok Kawi, untuk dibina dalam masa 12 hingga 15 tahun di tanah milik Yayasan Sabah.

    Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia adalah satu daripada pembangunan hartanah positif terbesar di Sabah di bawah kerajaan negeri yang diterajui Warisan dan akan termasuk hotal-hotel dan taman tema.

    Pembangunan usaha sama itu adalah antara YS dan Tegas Bangsa Sdn Bhd, sebuah anak syarikat untuk tujuan khas Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) bagi membangunkan tanah berasaskan pembangunan campuran komersial dan pelancongan.

                Ilustrasi Artistik projek pembangunan bercampur mega bernilai RM7 bilion di Meruntum, Lok Kawi



    “Sebaik projek ini dibangunkan, ia akan menjadi satu lagi tarikan untuk Sabah kerana lokasinya sangat strategik kerana ia terletak dekat dengan laut selain daripada beberapa pulau sedia ada yang saya pasti bukan sahaja menarik pelabur dan pembeli hartanah tetapi juga pelancong datang ke Sabah pada tahun-tahun akan datang.

    “Sebenarnya lokasi itu adalah satu daripada kawasan yang telah menjadi tarikan kepada pelabur hartanah tetapi disebabkan penularan Covid-19, hasrat mereka terbantut.

    “Tetapi kini YS telah mengambil inisiatif menerusi projek pembangunan ini yang kami alu-aluan dan akan membawa banyak peluang pekerjaan serta manfaat kepada kontraktor tempatan,” kata Shafie.

    Beliau berkata demikian semasa satu sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian pembangunan bersama di antara Yayasan Sabah diwakili Pengarahnya Datuk Jamalul Kiram Datuk Mohd Zakaria dan Setiausaha Korporat Dr Ishak Johari, sementara Tegas Bangsa Sdn Bhd diwakili oleh penandatangan diberi kuasa, Jerrand Lim Jen Jiang dan pengarah pembangunan perniagaannya, Wee Seng Fatt, di Pusat Pentadbiran Sabah, pada Jumaat.

    Sebagai ganjaran untuk tanah itu, YS akan layak menerima bayaran minimum RM840 juta atau 12 peratus daripada Nilai Pembangunan Kasar (GDV), yang mana lebih tinggi. 

    Kaedah bayaran untuk YS adalah dalam tunai (RM500 juta) dan bukan dalam bentuk wang (RM340). Berdasarkan kelayakan YS dan mengambil kira anggaran nilai tanah itu, YS dijangka akan mendapat pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM568 juta daripada pembangunan yang dicadangkan itu.

    Selepas pelaksanaan perjanjian itu, Tegas Bangsa Sdn Bhd akan membayar YS sejumlah RM8.4 juta.

    Shafie yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata beliau yakin sepenuhnya projek usaha sama ini dan syarikat itu mempunyai pengalaman yang luas dan boleh dipercayai dalam pembinaan dan kedudukan kewangan yang kukuh untuk menyiapkan projek itu.

    “Saya percaya ia inisiatif baik, kali pertama YS menandatangani pembangunan bersama dengan sektor swasta membabitkan pelaburan RM7 bilion untuk membangunkan projek.

    “Saya percaya dalam keadaan sekarang, rakyat akan mendapat peluang pekerjaan yang banyak dan ia juga memberi peluang untuk kontraktor kecilan.

    “Saya berharap pembinaan dapat bermula secepat mungkin. Pelan pembangunan sedang dirancang. Jadi lebih cepat, lebih baik untuk semua.

    “Jika ada sebarang kesulitan, jangan teragak-agak. Saya ada untuk memudahkannya dan saya sendiri akan memantau perkembangan projek di tapak lokasi yang juga berdekatan dengan projek KK Resort City,” katanya.

    Shafie percaya projek itu akan menarik pelabur kerana reka bentuknya mencerminkan gaya hidup berbeza di Kota Kinabalu, yang beliau samakan dengan i-London City, dan projek itu akan mendirikan banyak pembangunan fizikal untuk memanfaatkan banyak sektor.-Harian Ekspres


  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13