SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Jonathan Hulur Sumbangan RM20,000 Baiki Masjid Daud Al-Haj




    HAMPIR SIAP: Dominik (kiri) bersama Buhari merakam gambar kenangan dihadapan Masjid Daud Al-Haj Kg. Libang Ranau.

    RANAU
    : Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin menghulurkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Jawatankuasa Masjid Daud Al-Haj Kampung Libang untuk tujuan pembaikan kerosakan masjid berkenaan.

    Beliau berkata, masjid atau surau adalah satu kemudahan asas yang penting kepada masyarakat Islam di sesebuah kampung.

    Katanya, bangunan tempat beribadah itu hendaklah lebih kukuh, selesa dan selamat untuk digunakan.

    Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ustaz Buhari Junaidi mewakili masyarakat Islam Kampung Libang yang terletak kira-kira lima kilometer dari pekan Ranau amat menghargai dan berterima kasih kepada Jonathan kerana membantu membiayai kos pembaikan bangunan masjid tersebut.

    "Pembaikan lantai, dinding, siling serta bahagian masjid lain mula dijalankan sejak akhir Ogos dan kini hampir siap terutama bahagian pintu masuk...dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

    "Pembaikan dijalankan secara bergotong-royong dengan bekerjasama Jawatankuasa Masjid dan penduduk," jelas Buhari ketika ditemui bersama Pegawai Pemantau Projek dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Dominik Kasuman.

    Dominik ketika ditemui pula mengharapkan masjid yang sedang dalam pembaikan akan menjadi satu kemudahan penting kepada masyarakat Islam di Kg. Libang.

    "Manfaatkan sepenuhnya bangunan masjid ini untuk kepentingan masyarakat Islam,” katanya.

    Sumber : Utusan Borneo


  • Sabah, Sarawak Tuntut Pegembalian Semula 35 Peratus Kerusi Parlimen Dalam Perjanjian MA63




    Kota Kinabalu
    : Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) semalam mengendors langkah mendapatkan semula 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata isu itu dibincangkan secara terperinci dan diendors pada mesyuarat kelima Majlis Khas itu yang dipeengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

    "Namun, lebih banyak (sesi) libat urus diperlukan berkaitan isu tersebut, terutama dalam kalangan penggubal dan pengamal undang-undang yang berkhidmat di Borneo," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

    Berdasarkan pengiraan terkini, 166 atau 75 peratus daripada 222 kerusi Parlimen adalah di Semenanjung Malaysia, manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi adalah untuk negeri-negeri Borneo iaitu Sarawak (31) dan Sabah (25).

    Endorsmen oleh MKMA63 itu bakal membolehkan Sabah dan Sarawak memiliki 78 daripada 222 kerusi.

    Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata penggubal undang-undang dari Sabah dan Sarawak telah menuntut semakan semula terhadap bilangan kerusi Parlimen untuk kedua-dua negeri itu.

    Beliau berkata pada 1663, Sabah mempunya 16 kerusi, Sarawak (24) dan Singapura (15) iaitu mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen ketika itu, manakala baki 65 peratus atau 104 kerusi adalah milik Tanah Melayu.

    "Tanah Melayu secara sendiri tidak mempunyai majoriti dua pertiga. Oleh sebab itu apabila Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965, kerusi (Parlimen) kepunyaan Singapura sepatutnya diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk memenuhi perwakilan 35 peratus," katanya dan menambah langkah pengembalian kerusi itu telah diperakui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 2012.

    Ongkili menambah, tugas utama ialah meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya, namun menekankan bahawa isu itu patut diperjuangkan kerana ia selari dengan usaha pengembalian hak MA63.

    MKMA63 yang dibarisi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg, menteri kanan Persekutuan dan negeri serta pengawal kanan kerajaan, turut dimaklumkan bahawa kedua-dua negeri itu akan menerima pertambahan doktor dan jururawat tidak lama lagi, selain kemudahan perubatan.

    "Serta dalam pelaksanaan ialah rancangan unuk membaik pulih hospital dan klinik usang di kedua-dua negeri dan memastikan bilangan pakar yang mencukupi di semua pusat kesihatan," menurut kenyataan itu.




    Sumber : Bernama
  • Galakkan Masyarakat Kadazan-dusun Bertutur Bahasa Dusunik-Lawrence Gimbang


    KOTA KINABALU
    : Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Lawrence Gimbang dipilih sebagai Presiden Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertama (AGM) yang diadakan di Dewan Nuluhon Garden Retreat House, Kionsom Inanam, semalam.

    Dipilih untuk jawatan Timbalan Presidennya ialah bekas anggota Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun manakala Petrus Guriting menyandang jawatan setiausaha.

    Jawatan bendahari pula disandang oleh Lothar Michael manakala Damian Marcus Podtung dipilih penolong setiausaha.

    Empat Ahli Jawatankuasanya yang dipilih ialah Dato Webley Disim, Alex Kando, Soguli Olid dan Sitiamah Sahat.

    Kesemua mereka menang tanpa tanding.

    Sementara itu, Gimbang berkata, persatuan itu antara lain bermatlamat untuk menggalakkan masyarakat Kadazan-dusun bertutur dalam bahasa Dusunik mengikut dialet masing-masing supaya bahasa itu tidak akan lupus di telan zaman.

    Menurutnya penubuhan KBDS itu penting memandangkan terdapat kajian yang menjangka bahasa Dusunik berkemungkinan pupus dalam tempoh 30 tahun sekiranya tiada usaha menggalakkan penggunaan bahasa itu.

    "Atas kesedaran inilah lahir idea untuk menubuhkan Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah.

    "Kita bangga bahasa kita, dan kita mahu galakkan penduduk Kadazan-dusun supaya terus memelihara, mempelajari dan bertutur dalam bahasa Dusunik," katanya.

    Gimbang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertama KBDS.

    Mengenai perancangan masa depan, Gimbang berkata KBDS bercadang untuk mewujudkan Musium Dusunik di Pedalaman, Tuaran, Kota Marudu dan Ranau.

    Katanya persatuan itu turut mencadangkan supaya kerajaan Sabah mewujudkan Unit Pelestarian Bahasa Orang Asal Sabah di bawah seliaan Jabatan Ketua Menteri oleh Jawatankuasa Induk Pertubuhan.


    Sumber : Utusan Borneo



  • Kerajaan Komited Beri Tumpuan Operasi Keselamatan Sabah




    TAWAU
    : Kerajaan komited memberi tumpuan kepada operasi keselamatan di Sabah bagi memperlihatkan kesungguhan dalam menjaga kedaulatan negara ketika ini.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata jawatankuasa komunikasi strategik yang dipengerusikannya berpandangan bahawa keselamatan di perairan Sabah perlu diberi perhatian sewajarnya.

    Katanya, keselamatan di negeri ini khususnya di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) perlu dipertingkatkan sejajar dengan usaha kerajaan.

    “Kita ingin memastikan rakyat Sabah dapat melihat dengan lebih dekat dan mengetahui kesungguhan kerajaan dalam menjaga kedaulatan negara.

    “Perkara ini telah dibincangkan berkali-kali dalam mesyuarat keselamatan dan sebagainya, malah ia juga atas arahan Perdana Menteri sendiri,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Zon 5 dan 6 Sabah, di sini hari ini.

    Menurutnya, berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum ini dan pelbagai berita yang tersebar telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat untuk melakukan aktiviti harian.

    “Saya akan berjumpa dengan penduduk kampung di Pulau Bum Bum Semporna dan akan bercakap terutamanya soal keselamatan di kawasan mereka.

    “Saya suka dapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang yang mereka lalui samada dari segi kos sara hidup, jaringan komunikasi dan sebagainya,” katanya.

    Mengulas mengenai majlis ini, beliau berkata, pihak kerajaan sedang dalam proses mentransformasikan Pusat Internet Komuniti di seluruh negara dengan memberikan nafas baharu dan telah melancarkan PEDi.

    “PEDi bermatlamat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kemahiran digital kepada semua penduduk.

    “Usaha ini membabitkan pembangunan kemahiran masyarakat setempat mengenai penggunaan internet serta mempelopori peluang perniagaan melalui platform e-dagang tanpa mengira peringkat umur,”katanya.

    Annuar berkata setakat ini sebanyak 911 pusat PEDi telah beroperasi di seluruh negara dan menjelang penghujung tahun hadapan 173 PEDi lagi akan beroperasi.

    “Bagi negeri Sabah pula, sejumlah 118 PEDi sudah diwujudkan dan ia dilengkapi dengan 1,770 unit Peranti Komuniti bagi memudahkan masyarakat setempat menjalankan aktiviti ekonomi digital.

    “Fasa kedua pula, 65 PEDi akan menerima 975 unit Peranti Komuniti, selebihnya diterima pada fasa berikutnya,” katanya.

    Terdahulu, seramai 23 pengerusi PEDi daripada Zon 6 Parlimen Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kalabakan yang dilantik menerima surat pelantikan serta peranti masing-masing.

    Turut hadir Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek.

    Sumber : Utusan Borneo

  • Ekonomi Sabah Beransur Pulih - Hajiji

     



    KOTA KINABALU: Prestasi ekonomi Sabah menunjukkan pemulihan pada 2021 biarpun masih belum setara dengan prestasi ekonomi pada 2019.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, berdasarkan dapatan daripada penerbitan buku Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut negeri oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 30 Jun 2022, KDNK Sabah pada 2021 merekodkan pertumbuhan sebanyak 1.1 peratus berbanding KDNK 2020.

    Menurutnya, tahun lepas KDNK Sabah merekodkan nilai berjumlah RM78.7 bilion berbanding KDNK 2020 iaitu RM77.8 bilion ketika pandemik COVID-19 sedang menular di seluruh negara.

    Beliau berkata, berdasarkan rekod, kadar pertumbuhan KDNK Sabah pada 2020 menyusut kepada negatif 7.8 peratus berbanding 2019.

    "Sektor perkhidmatan mendominasi sumbangan kepada KDNK Sabah iaitu sebanyak 47.3 peratus, diikuti sebanyak 26.0 peratus sumbangan daripada sektor perlombongan dan pengkuarian.

    "Terdapat peningkatan KDNK per kapita bagi negeri ini iaitu RM26,674 pada 2021 berbanding RM21,706 pada 2020.

    "KDNK per kapita Sabah berada di bawah paras nasional iaitu KDNK per kapita Malaysia ialah RM47,324 pada 2021," katanya ketika merasmikan Siri Jelajah Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Sabah di sini hari ini.

    Hajiji berkata, pada 2020, jumlah penduduk Malaysia yang dibanci adalah seramai 32.4 juta orang berbanding 27.5 juta orang yang direkodkan 10 tahun lepas.

    Beliau berkata, dalam tempoh sedekad itu, pertumbuhan penduduk meningkat lebih perlahan dengan kadar 1.7 peratus berbanding 2.1 peratus pada 2010.

    Menurutnya, berdasarkan data dalam penerbitan pertama Penemuan Utama Banci Malaysia 2020, jumlah penduduk di Sabah dicatatkan seramai 3.418 juta orang pada 2020 berbanding 3.117 juta orang pada 2010.

    Katanya, terdapat penurunan dalam kadar pertumbuhan penduduk di Sabah daripada 2.3 peratus pada 2010 kepada 0.9 peratus pada 2020.

    "Nisbah jantina penduduk Sabah pula mencatatkan 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan dan ini menunjukkan penduduk lelaki lebih ramai daripada perempuan.

    "Berdasarkan hasil dapatan Banci Malaysia 2020 yang dilancarkan pada 29 Mei 2022, sebanyak 600 Penerbitan Subnasional Dewan Undangan Negeri (DUN) dihasilkan.

    "Ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk merancang pembangunan sosio ekonomi dan strategi bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di kawasan masing- masing," jelasnya.

    Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

    Sumber : Utusan Borneo

  • Ada Pusingan 'U' Sementara Dibina Dilokasi Pembinaan Pan Borneo Sepanggar-Bung

    Bung turun padang meninjau kemajuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di jalan Sepanggar

    KOTA KINABALU
    : Kesemua pusingan 'U' secara sementara telah dibina di lokasi pembinaan jalan Pan Borneo di kawasan Sepanggar.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata, tuduhan mengatakan kerajaan tidak menyediakan kemudahan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan boleh mengelirukan rakyat, selain menyukarkan kerja-kerja pembinaan di lokasi dimaksudkan.

    Bung yang juga Menteri Kerja Raya memberitahu, beliau menerima aduan yang dibuat daripada pihak pembangkang yang mendakwa laluan pembinaan Pan Borneo di Sepanggar hingga ke Bulatan Berunggis, Sepanggar tidak disediakan pusingan 'U'.

    "Sebenarnya, terdapat pusingan 'U' secara sementara telah dibina di lokasi yang dimaksudkan dan tuduhan laluan sepanjang 12 kilometer tanpa pusingan 'U' itu adalah salah dan tidak berasas.

    "Mereka ini tidak faham dan cuba mengelirukan rakyat, " katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

    Sambil mengakui banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kontraktor pelaksana projek, namun mereka (pelaksana projek) tidak mengabaikan soal keselamatan dan keselesaan pengguna meski pun disaat puncak.

    "Saya berharap orang ramai bersabar semasa tempoh pembinaan ini dan sentiasa mematuhi papan tanda amaran semasa memandu di kawasan pembinaan," tambah Bung.

    Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Komuniti Cina Sepanggar semalam mendedahkan terdapat kesukaran pengguna lalu lintas untuk menggunakan laluan alternatif di lokasi sepanjang seksyen Sepanggar ke Bulatan Berunggis, ekoran tidak mempunyai pusingan 'U'.

    Jelas kenyataan itu lagi, ketiadaan kemudahan terbabit sekaligus menyebabkan gangguan trafik yang teruk terutamanya pada waktu puncak dan meminta kerajaan berbuat sesuatu untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan.

    Sumber : Utusan Borneo




  • Beberapa Cadangan Naik Taraf Bakal Ubah Wajah Lahad Datu - Japlin


    Japlin (baju merah) dan Mizma bergambar kenangan bersama ahli-ahli Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah cawangan Lahad Datu di sini semalam


    LAHAD DATU: Lahad Datu dijangka bertukar wajah apabila beberapa cadangan projek dijangka dilaksanakan termasuk menaik taraf lapangan terbang, hospital dan pelabuhan di daerah ini.

    Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Datuk Japlin Akim berkata, tiba masanya lapangan terbang di daerah ini diperbesarkan bagi membolehkan pelancong luar datang terus ke sini sekali gus meningkatkan lagi sektor pelancongan yang ada.

    Menurut beliau, Lahad Datu mempunyai pelbagai tarikan tersendiri dan jika mempunyai lapangan terbang yang lebih besar akan merancakkan lagi sektor pelancongan selain kemudahan kepada penduduk setempat.

    “Selain itu, tiba masanya Klinik Kesihatan Lahad Datu dinaik taraf untuk meningkatkan lagi kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.

    “Naik taraf klinik kesihatan kepada hospital ini akan mempunyai doktor pakar tersendiri dan tidak perlulah penduduk Lahad Datu ke daerah lain untuk mendapatkan rawatan pakar,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis Sangom Maglami-Lami anjuran Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Cawangan Lahad Datu di sini, semalam.

    Japlin berkata, selain itu Majlis Daerah Lahad Datu juga sewajarnya dinaik taraf kepada majlis perbandaran bagi membolehkan daerah itu menikmati kemudahan pembangunan yang lebih baik berbanding sekarang ini.

    Malah katanya, pelabuhan di Lahad Datu juga dicadang dinaik taraf ke peringkat antarabangsa kerana keadaan geografi yang sesuai, malah lebih baik berbanding Pelabuhan Kota Kinabalu.

    “Lokasi dan keadaan laut di Lahad Datu lebih dalam malah lebih dalam berbanding Kota Kinabalu sekaligus memudahkan kapal-kapal besar singgah.

    “Oleh itu, adalah wajar pelabuhan di sini dinaik taraf dan saya percaya jika dilaksanakan kelak akan memajukan lagi daerah Lahad Datu,” katanya.

    Menyentuh perkara lain, Japlin berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini semakin kuat dan menerima sokongan baik daripada rakyat.

    “Gabungan lima parti kini semakin kukuh dan saya lihat sokongan rakyat juga semakin kuat. Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sekarang, kerajaan kita semakin stabil dan kuat,” ujar beliau.

    Japlin turut menyeru semua ahli Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah supaya mengukuhkan perpaduan sesama sendiri kerana etnik Bajau sangat besar bukan sahaja di Sabah tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

    “Saya yakin jika kita bersatu padu, kita mampu jadi satu bangsa Bajau yang besar dan kuat kerana kita ini adalah satu etnik yang besar dan ada di rantau Asia Tenggara,” katanya.

    Hadir sama ahli Majlis Tertinggi Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Mizma Appehdullah yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Segama, Parlimen Lahad Datu.

    Sumber : Utusan Borneo

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13