SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Galakkan Masyarakat Kadazan-dusun Bertutur Bahasa Dusunik-Lawrence Gimbang


    KOTA KINABALU
    : Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Lawrence Gimbang dipilih sebagai Presiden Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertama (AGM) yang diadakan di Dewan Nuluhon Garden Retreat House, Kionsom Inanam, semalam.

    Dipilih untuk jawatan Timbalan Presidennya ialah bekas anggota Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun manakala Petrus Guriting menyandang jawatan setiausaha.

    Jawatan bendahari pula disandang oleh Lothar Michael manakala Damian Marcus Podtung dipilih penolong setiausaha.

    Empat Ahli Jawatankuasanya yang dipilih ialah Dato Webley Disim, Alex Kando, Soguli Olid dan Sitiamah Sahat.

    Kesemua mereka menang tanpa tanding.

    Sementara itu, Gimbang berkata, persatuan itu antara lain bermatlamat untuk menggalakkan masyarakat Kadazan-dusun bertutur dalam bahasa Dusunik mengikut dialet masing-masing supaya bahasa itu tidak akan lupus di telan zaman.

    Menurutnya penubuhan KBDS itu penting memandangkan terdapat kajian yang menjangka bahasa Dusunik berkemungkinan pupus dalam tempoh 30 tahun sekiranya tiada usaha menggalakkan penggunaan bahasa itu.

    "Atas kesedaran inilah lahir idea untuk menubuhkan Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah.

    "Kita bangga bahasa kita, dan kita mahu galakkan penduduk Kadazan-dusun supaya terus memelihara, mempelajari dan bertutur dalam bahasa Dusunik," katanya.

    Gimbang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertama KBDS.

    Mengenai perancangan masa depan, Gimbang berkata KBDS bercadang untuk mewujudkan Musium Dusunik di Pedalaman, Tuaran, Kota Marudu dan Ranau.

    Katanya persatuan itu turut mencadangkan supaya kerajaan Sabah mewujudkan Unit Pelestarian Bahasa Orang Asal Sabah di bawah seliaan Jabatan Ketua Menteri oleh Jawatankuasa Induk Pertubuhan.


    Sumber : Utusan Borneo



  • Kerajaan Komited Beri Tumpuan Operasi Keselamatan Sabah




    TAWAU
    : Kerajaan komited memberi tumpuan kepada operasi keselamatan di Sabah bagi memperlihatkan kesungguhan dalam menjaga kedaulatan negara ketika ini.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata jawatankuasa komunikasi strategik yang dipengerusikannya berpandangan bahawa keselamatan di perairan Sabah perlu diberi perhatian sewajarnya.

    Katanya, keselamatan di negeri ini khususnya di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) perlu dipertingkatkan sejajar dengan usaha kerajaan.

    “Kita ingin memastikan rakyat Sabah dapat melihat dengan lebih dekat dan mengetahui kesungguhan kerajaan dalam menjaga kedaulatan negara.

    “Perkara ini telah dibincangkan berkali-kali dalam mesyuarat keselamatan dan sebagainya, malah ia juga atas arahan Perdana Menteri sendiri,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Zon 5 dan 6 Sabah, di sini hari ini.

    Menurutnya, berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum ini dan pelbagai berita yang tersebar telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat untuk melakukan aktiviti harian.

    “Saya akan berjumpa dengan penduduk kampung di Pulau Bum Bum Semporna dan akan bercakap terutamanya soal keselamatan di kawasan mereka.

    “Saya suka dapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang yang mereka lalui samada dari segi kos sara hidup, jaringan komunikasi dan sebagainya,” katanya.

    Mengulas mengenai majlis ini, beliau berkata, pihak kerajaan sedang dalam proses mentransformasikan Pusat Internet Komuniti di seluruh negara dengan memberikan nafas baharu dan telah melancarkan PEDi.

    “PEDi bermatlamat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kemahiran digital kepada semua penduduk.

    “Usaha ini membabitkan pembangunan kemahiran masyarakat setempat mengenai penggunaan internet serta mempelopori peluang perniagaan melalui platform e-dagang tanpa mengira peringkat umur,”katanya.

    Annuar berkata setakat ini sebanyak 911 pusat PEDi telah beroperasi di seluruh negara dan menjelang penghujung tahun hadapan 173 PEDi lagi akan beroperasi.

    “Bagi negeri Sabah pula, sejumlah 118 PEDi sudah diwujudkan dan ia dilengkapi dengan 1,770 unit Peranti Komuniti bagi memudahkan masyarakat setempat menjalankan aktiviti ekonomi digital.

    “Fasa kedua pula, 65 PEDi akan menerima 975 unit Peranti Komuniti, selebihnya diterima pada fasa berikutnya,” katanya.

    Terdahulu, seramai 23 pengerusi PEDi daripada Zon 6 Parlimen Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kalabakan yang dilantik menerima surat pelantikan serta peranti masing-masing.

    Turut hadir Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek.

    Sumber : Utusan Borneo

  • Ekonomi Sabah Beransur Pulih - Hajiji

     



    KOTA KINABALU: Prestasi ekonomi Sabah menunjukkan pemulihan pada 2021 biarpun masih belum setara dengan prestasi ekonomi pada 2019.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, berdasarkan dapatan daripada penerbitan buku Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut negeri oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 30 Jun 2022, KDNK Sabah pada 2021 merekodkan pertumbuhan sebanyak 1.1 peratus berbanding KDNK 2020.

    Menurutnya, tahun lepas KDNK Sabah merekodkan nilai berjumlah RM78.7 bilion berbanding KDNK 2020 iaitu RM77.8 bilion ketika pandemik COVID-19 sedang menular di seluruh negara.

    Beliau berkata, berdasarkan rekod, kadar pertumbuhan KDNK Sabah pada 2020 menyusut kepada negatif 7.8 peratus berbanding 2019.

    "Sektor perkhidmatan mendominasi sumbangan kepada KDNK Sabah iaitu sebanyak 47.3 peratus, diikuti sebanyak 26.0 peratus sumbangan daripada sektor perlombongan dan pengkuarian.

    "Terdapat peningkatan KDNK per kapita bagi negeri ini iaitu RM26,674 pada 2021 berbanding RM21,706 pada 2020.

    "KDNK per kapita Sabah berada di bawah paras nasional iaitu KDNK per kapita Malaysia ialah RM47,324 pada 2021," katanya ketika merasmikan Siri Jelajah Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Sabah di sini hari ini.

    Hajiji berkata, pada 2020, jumlah penduduk Malaysia yang dibanci adalah seramai 32.4 juta orang berbanding 27.5 juta orang yang direkodkan 10 tahun lepas.

    Beliau berkata, dalam tempoh sedekad itu, pertumbuhan penduduk meningkat lebih perlahan dengan kadar 1.7 peratus berbanding 2.1 peratus pada 2010.

    Menurutnya, berdasarkan data dalam penerbitan pertama Penemuan Utama Banci Malaysia 2020, jumlah penduduk di Sabah dicatatkan seramai 3.418 juta orang pada 2020 berbanding 3.117 juta orang pada 2010.

    Katanya, terdapat penurunan dalam kadar pertumbuhan penduduk di Sabah daripada 2.3 peratus pada 2010 kepada 0.9 peratus pada 2020.

    "Nisbah jantina penduduk Sabah pula mencatatkan 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan dan ini menunjukkan penduduk lelaki lebih ramai daripada perempuan.

    "Berdasarkan hasil dapatan Banci Malaysia 2020 yang dilancarkan pada 29 Mei 2022, sebanyak 600 Penerbitan Subnasional Dewan Undangan Negeri (DUN) dihasilkan.

    "Ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk merancang pembangunan sosio ekonomi dan strategi bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di kawasan masing- masing," jelasnya.

    Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

    Sumber : Utusan Borneo

  • Ada Pusingan 'U' Sementara Dibina Dilokasi Pembinaan Pan Borneo Sepanggar-Bung

    Bung turun padang meninjau kemajuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di jalan Sepanggar

    KOTA KINABALU
    : Kesemua pusingan 'U' secara sementara telah dibina di lokasi pembinaan jalan Pan Borneo di kawasan Sepanggar.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata, tuduhan mengatakan kerajaan tidak menyediakan kemudahan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan boleh mengelirukan rakyat, selain menyukarkan kerja-kerja pembinaan di lokasi dimaksudkan.

    Bung yang juga Menteri Kerja Raya memberitahu, beliau menerima aduan yang dibuat daripada pihak pembangkang yang mendakwa laluan pembinaan Pan Borneo di Sepanggar hingga ke Bulatan Berunggis, Sepanggar tidak disediakan pusingan 'U'.

    "Sebenarnya, terdapat pusingan 'U' secara sementara telah dibina di lokasi yang dimaksudkan dan tuduhan laluan sepanjang 12 kilometer tanpa pusingan 'U' itu adalah salah dan tidak berasas.

    "Mereka ini tidak faham dan cuba mengelirukan rakyat, " katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

    Sambil mengakui banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kontraktor pelaksana projek, namun mereka (pelaksana projek) tidak mengabaikan soal keselamatan dan keselesaan pengguna meski pun disaat puncak.

    "Saya berharap orang ramai bersabar semasa tempoh pembinaan ini dan sentiasa mematuhi papan tanda amaran semasa memandu di kawasan pembinaan," tambah Bung.

    Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Komuniti Cina Sepanggar semalam mendedahkan terdapat kesukaran pengguna lalu lintas untuk menggunakan laluan alternatif di lokasi sepanjang seksyen Sepanggar ke Bulatan Berunggis, ekoran tidak mempunyai pusingan 'U'.

    Jelas kenyataan itu lagi, ketiadaan kemudahan terbabit sekaligus menyebabkan gangguan trafik yang teruk terutamanya pada waktu puncak dan meminta kerajaan berbuat sesuatu untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan.

    Sumber : Utusan Borneo




  • Beberapa Cadangan Naik Taraf Bakal Ubah Wajah Lahad Datu - Japlin


    Japlin (baju merah) dan Mizma bergambar kenangan bersama ahli-ahli Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah cawangan Lahad Datu di sini semalam


    LAHAD DATU: Lahad Datu dijangka bertukar wajah apabila beberapa cadangan projek dijangka dilaksanakan termasuk menaik taraf lapangan terbang, hospital dan pelabuhan di daerah ini.

    Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Datuk Japlin Akim berkata, tiba masanya lapangan terbang di daerah ini diperbesarkan bagi membolehkan pelancong luar datang terus ke sini sekali gus meningkatkan lagi sektor pelancongan yang ada.

    Menurut beliau, Lahad Datu mempunyai pelbagai tarikan tersendiri dan jika mempunyai lapangan terbang yang lebih besar akan merancakkan lagi sektor pelancongan selain kemudahan kepada penduduk setempat.

    “Selain itu, tiba masanya Klinik Kesihatan Lahad Datu dinaik taraf untuk meningkatkan lagi kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.

    “Naik taraf klinik kesihatan kepada hospital ini akan mempunyai doktor pakar tersendiri dan tidak perlulah penduduk Lahad Datu ke daerah lain untuk mendapatkan rawatan pakar,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis Sangom Maglami-Lami anjuran Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Cawangan Lahad Datu di sini, semalam.

    Japlin berkata, selain itu Majlis Daerah Lahad Datu juga sewajarnya dinaik taraf kepada majlis perbandaran bagi membolehkan daerah itu menikmati kemudahan pembangunan yang lebih baik berbanding sekarang ini.

    Malah katanya, pelabuhan di Lahad Datu juga dicadang dinaik taraf ke peringkat antarabangsa kerana keadaan geografi yang sesuai, malah lebih baik berbanding Pelabuhan Kota Kinabalu.

    “Lokasi dan keadaan laut di Lahad Datu lebih dalam malah lebih dalam berbanding Kota Kinabalu sekaligus memudahkan kapal-kapal besar singgah.

    “Oleh itu, adalah wajar pelabuhan di sini dinaik taraf dan saya percaya jika dilaksanakan kelak akan memajukan lagi daerah Lahad Datu,” katanya.

    Menyentuh perkara lain, Japlin berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini semakin kuat dan menerima sokongan baik daripada rakyat.

    “Gabungan lima parti kini semakin kukuh dan saya lihat sokongan rakyat juga semakin kuat. Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sekarang, kerajaan kita semakin stabil dan kuat,” ujar beliau.

    Japlin turut menyeru semua ahli Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah supaya mengukuhkan perpaduan sesama sendiri kerana etnik Bajau sangat besar bukan sahaja di Sabah tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

    “Saya yakin jika kita bersatu padu, kita mampu jadi satu bangsa Bajau yang besar dan kuat kerana kita ini adalah satu etnik yang besar dan ada di rantau Asia Tenggara,” katanya.

    Hadir sama ahli Majlis Tertinggi Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Mizma Appehdullah yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Segama, Parlimen Lahad Datu.

    Sumber : Utusan Borneo

  • LKM Sokong Penuh Inisiatif PENGASAH Cari Pelabur Majukan Industri Perikanan Sabah


    KOTA KINABALU
    : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyokong penuh inisiatif Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) untuk mencari pelabur bagi memajukan industri perikanan.

    Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM Hajah Khaironnesak Omar berkata, bagaimanapun perkara itu perlu dilaksanakan berdasarkan peraturan sedia ada.

    "Perkara ini perlu mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Agung, selepas lulus, perlu lagi mendapat kelulusan dari pejabat pendaftar.

    "Ini bagi membolehkan kita melihat sendiri kesesuaian pelaburan dalam usaha menjaga kebajikan Persatuan Nelayan Kawasan negeri ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 25 PENGASAH di sini, semalam.

    Sementara itu Pengerusi PENGASA Datuk Haji Dr. Arsit Haji Sedi berkata, pihaknya yakin mampu menarik pelabur dari China dan Korea bagi tujuan perikanan laut dalam.

    "Saya akan membawa cadangan ini untuk mendapat kelulusan dalam mesyuarat agung agar usaha ini akan diangkat sebagai satu pelaburan yang dinamik.

    "Kita sudah berbincang dengan pihak pelabur bahawa kita tidak akan keluarkan peruntukan tetapi akan menyediakan kemudahan yang diperlukan," katanya.

    Katanya, dalam kemudahan diperlukan bagi merealisasikan pelaburan berkenaan, PENGASAH akan meminta sedikit 'share' yang bertujuan bagi meneroka khazanah lautan dalam.

    Katanya, sehingga kini hanya 52 syarikat dibenarkan untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan laut dalam.

    "31 syarikat adalah dimiliki pengusaha Vietnam dan bakinya adalah dari negeri ini. Oleh itu, adalah wajar untuk kita membawa pelaburan dari China dengan mengenakan peraturan yang ketat.

    "Mereka wajib menjaga kepentingan kebajikan nelayan persisir pantai dan mengamalkan tangkapan terkawal.

    "Saya berharap pelabur bukan sahaja memainkan peranan utama membangunkan ekonomi Sabah tetapi mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan yang boleh membantu Persatuan Nelayan Kawasan dalam negeri ini," katanya.

    Beliau berkata, pelabur ini hanya akan meneroka di kawasan perairan antarabangsa, apa juga tangkapan mereka, hasil berkenaan akan dibawa balik ke Sabah dan diproses di negeri ini sebelum dieksport semula ke negara berkaitan.

    Katanya, usaha seumpamanya secara tidak langsung akan mencipta peluang kepada kerajaan negeri untuk mengutip pendapatan.

    Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Datuk Haji Mohamad Dolmat dan Pengarah LKIM Sabah Jamil Abdullah.

    Sumber: Utusan Borneo

  • Sabah Berjaya Hantar Pulang 1,519 PTI Ke Negara Asal Tahun Ini



    SANDAKAN:
    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah sudah menghantar pulang seramai 1,519 pendatang tanpa izin (PTI) pelbagai warganegara ke negara asal mereka sepajang tahun ini.

    Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, semua PTI terbabit dihantar pulang menerusi laluan udara, laut dan darat.

    “Bermula awal tahun ini sehingga Ogos 2022, sebanyak 67 kali program penghantaran pulang PTI berjaya dilaksanakan oleh JIM Sabah.

    “Dalam tempoh itu, seramai 332 dihantar melalui udara, 1,186 jalan laut dan seorang menggunakan laluan darat,” katanya dalam semasa meninjau penhantaran pulang rakyat Filipina di Pelabuhan Sandakan, di sini semalam.

    Menurutnya, sebelum ini proses penghantaran pulang terpaksa ditangguhkan susulan berlakunya pandemik COVID-19.

    “Kita terpaksa tangguhkan proses penghantaran pulang PTI yang ditahan di semua Depot Imigresen di Sabah kerana negara asal mereka memberikan alasan sedang berhadapan ancaman COVID-19,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau menjelaskan, penghantaran kali ini membabitkan seramai 750 PTI warga Filipina yang akan dihantar melalui jalan laut di pelabuhan ini.

    “Semua mereka adalah tahanan dari Depot Imigresen Tawau, Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu sejak tahun 2020.

    “Mereka terdiri seramai 638 lelaki, 81 wanita dan 31 kanak-kanak berumur satu hingga 88 tahun,” katanya.

    Khairul berkata ketika ini terdapat seramai 6,200 PTI yang ditahan di semua depot di negeri ini dan program penghantaran pulang akan diteruskan dari semasa ke semasa.

    Sumber : Utusan Borneo

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13