SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 641 Ribu Followers
Tiktok 527 Ribu Followers
Instagram 155 Ribu Followers
Treads 25 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • DUN Sabah Akan Bersidang Empat Hari Bermula Isnin -Speaker



    Kota Kinabalu : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan bersidang selama empat hari bermula isnin ini ,kata Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M yahya.

    Beliau berkata sebanyak empat rang undang-undang dibawa pada persidangan kedua penggal ketiga DUN Sabah Ke-16 itu,namun beliau tidak menjelaskan lanjut mengenai rang undang-undang yang akan dibawa pada persidangan kali ini.

    "Prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 seperti pemakaian pelitup muka dan ujian calitan masih dikuat kuasa ketika persidangan kali ini" katanya pada sidang media di Bangunan DUN Sabah di Likas di sini semalam.

    Kadzim berkata pada persidangan kali ini DUN Sabah membenarkan kehadiran pemerhati,justeru mereka yang berminat untuk menjadi pemerhati dikehendaki membuat permohonan kepada pihak urus setia persidangan.

    "Sekolah,badan bukan kerajaan boleh buat permohonan begitu juga Yang Berhormat mahu bawa pemerhati mereka,tetapi jumlah dan masa itu terhad kerana kita masih tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan,"katanya.

    Ditanya mengenai kedudukan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan itu,beliau mengesahkan ADUN Kukusan Rina Jainal,yang keluar Parti Warisan pada 5 Jun lepas,akan duduk di Blok kerajaan kerana telah mengistiharkan dirinya ADUN mesra kerajaan.

    Beliau berkata lagi bagi ADUN Segama Datuk Mohamaddin Ketapi juga Ahli Parlimen Lahad Datu yang keluar Bersatu pada 28 Jun lepas kekal di Blok Kerajaan kerana masih ADUN  mesra kerajaan.

    Sumber--BERNAMA

  • Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Kinabatangan Ditemui Tanpa Tangan & Kepala Disyaki Dibaham Buaya

    Gambar Hiasan

    KINABATANGAN : Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki Selasa lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah, hari ini.

    Mayat kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemukan pada 1.50 petang, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh badannya hilang.

    “Anggota yang hilang ialah kedua belah tangan, kaki kiri dan kepala berkemungkinan dibaham buaya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

    Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga dimulakan pada 7.40 pagi tadi.

    Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

    “Operasi ditamatkan pada 2.05 petang,” katanya.

    Media sebelum ini melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan. – FMT

  • Sabah ,Sarawak Dicadang Tubuh Suruhanjaya Bersepadu Kawal krisis Minyak Masak Bersubsidi

     


    Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kaumut,Datuk  Masiung Banah mecadangkan kerajaan Sabah dan Sarawak termasuk  Labuan supaya menubuhkan Suruhanjaya Bersepadu bagi mengawal ketirisan minyak masak bersubsidi.

    Katanya,kerajaan tidak boleh membiarkan keadaan itu terus tidak dikawal kerana sudah tentu akan wujud kartel yang akan membina keuntungan orang tengah secara melampau.

    "Krisis ketirisan minyak masak bersubsidi bukanlah isu baharu,namun ia dilihat semakin meruncing susulan pemansuhan subsidi minyak masak di dalam botol berkuat kuasa 1Julai lalu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Sukan Tahunan Lembaga Pebangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) ke-55 di Dewan Badminton Yayasan Sabah,di sini,semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu berkaitan masalah ketirisan minyak masak bersubsidi dalam paket yang sejak akhir-akhir ini berjaya dirampas oleh pihak berkuasa dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

    Beliau yang juga Pengerusi LPPB berkata,jika penubuhan suruhanjaya itu dipersetujui ia bukan sahaja berfungsi mengawal ketirisan tetapi turut memantau pihak yang dilantik membungkus minyak masak secara pukal mengikut kouta yang ditetapkan.

    "Minyak masak oeket bersubsidi ini bukan sahaja menjadi rebutan pembekal domestik tetapi juga menjadi sasaran aktiviti ketirisan negara jiran.

    "Jadi dengan adanya penubuhan suruhanjaya ini ia dapat membantu memantau syarikat yang dilantik melakukan pembungkusan semula minyak masak terbabit," kaytanya.

    Masiung berkata,sempadan darat dan perairan Sabah serta Sarawak yang berjiran dengan Indonesia ,Filipina dan Brunei luas mungkin memberi ruang kepada aktiviti penyeludupan.

    "Kerajaan mebelanjakan subsidi sebanyak RM4 bilion  tahun ini untuk 60,000 tan metrik minyak masak tetapi ia tidak adil kepada warga tempatan kerana kemudahan subsidi itu turut dinikmati oleh rakyat di negara jiran.

    "Bagi membina keyakinan rakyat penubuhan bersama Suruhanjaya Bersepadu itu boleh diguna pakai untuk mengawal inflasi berikutan tekanan ekonomi yang membebankan rakyat,"katanya.

    Sumber : -Deasoka

  • RM5 Juta Diluluskan Baik Pulih Jalan Kota Kinabalu-Sandakan – Arthur

     


    SANDAKAN : Sebanyak RM5 juta telah diluluskan Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan kerja pembaikan segera di lima lokasi di Jalan Kota Kinabalu-Sandakan dalam Daerah Telupid, kata Timbalan Menterinya Datuk Arthur Kurup.

    Beliau berkata pembaikan jalan rosak itu melibatkan Seksyen 173-174, 174-175, 175-170, 176-177 dan 143-144 Jalan Persekutuan tersebut, meliputi kerja-kerja penurapan yang dijangka siap menjelang akhir bulan depan.

    Katanya kerja-kerja pembaikan itu hanya penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi kesulitan pengguna jalan berkenaan yang menimbulkan rungutan ramai sehingga mendapat jolokan “jalan di bulan”  kerana keadaan permukaan jalan yang berlubang-lubang.

    “Selain itu pakej kerja 28, 29 dan 30 di bawah Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di laluan Batu 32, Sandakan hingga Sungai Baoto turut melibatkan penyelesaian jangka masa pendek dengan kerja pembaikan jalan segera menggunakan peruntukan dianggarkan RM5.5 juta.

    Kerja pembaikan telah bermula pada awal bulan ini dan lokasi yang kritikal akan dibaiki terlebih dahulu dan djangka siap dalam tempoh dua bulan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jalan Telupid-Sandakan dekat sini hari ini.

    Telupid terletak 203 kilometer dari arah timur Kota Kinabalu dan dikenali sebagai kawasan bersejarah antaranya tragedi Kawad Maut Sandakan ketika Perang Dunia Kedua tahun 1940-an.

    Arthur berkata kaedah penyelesaian jangka masa sederhana turut membincangkan pelan pengurusan trafik di tapak projek secara berkala untuk memastikan kontraktor sentiasa mematuhi aspek keselamatan jalan saya semasa pembinaan.

    “Had laju ketika pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan dikaji semula, iaitu mengurangkan had laju 90km sejam kepada 40km sejam untuk mengurangkan lagi risiko kemalangan pengguna jalan raya,” katanya.

    Beliau berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo secara keseluruhannya merupakan penyelesaian jangka masa panjang dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan kemudahan infrastruktur selamat dan selesa di Sabah.

    “Inisiatif lain turut diambil kerajaan termasuk memastikan Jalan Persekutuan berada dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut tatacara dan piawaian ditetapkan.

    Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian infrastruktur jalan raya yang terancang, sistematik dan efisien buat Keluarga Malaysia di Sabah,” katanya. – BERNAMA

  • KPDNHEP Sabah Patahkan Cubaan Seludup 9,690 Peket Minya Bersubsidi



    Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 9,690 peket minyakmasak bersubsidi satu kilogram (kg) ke negara jiran dianggarkan bernilai RM24,225.

    Pengarahnya George Abas berkata dalam serbuan di Sungai Kolapis,Beluran,semalam,pihaknya turut merampas 5,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,750 juga dipercayai untuk diseludup keluar.

    Katanya sebuah tangki dan sebuah kapal yang digunakan dalam kegiatan penyelewengan itu turut dirampas dalam serbuan yang dijalankan bersama Batallion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluaran,hasil risikan selama tiga min.

    "Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,904975,"katanya dalam kenyataan disini hari ini.

    Georgie berkata seorang lelaki tempatan berumur 20-an yang dipercayai penjaga kapal turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut  Seksyen 20 (1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

    "Berdasarkan keterangan awal,penjaga kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,"katanya.

    Dalam pada itumenurutnya sebanyak 23 kes dikesan terasuk kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 seta Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam operasi Ayam,Telur dan Minyak Masak (Op ATM) Fasa Satu dan Dua,sehingga semalam.

    "KPDNHEP komited melaksanakan tindakan mengawal selia ekalan serta barang kawalan dan keperluan asas seperti ayam,telur dan minyak masak di setiap peringkat rantaian melalui pemeriksaan Op ATM ," katanya.


    Sumber-BERNAMA

  • Dua Aset Petronas Dirampas Waris Kesultanan Sulu



    KUALA LUMPUR: Aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times.

    Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion.

    Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka.

    Langkah itu yang pertama kali dilaporkan, adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

    Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain, mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.

    Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara.

    Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu, adalah tidak sah kerana tidak berlandaskan undang-undang.

    Beliau berkata, keputusan yang ditetapkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

    Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan, Dr Stampa yang juga penimbang tara Sepanyol mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

    Malah, Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 dan dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo. – BH Online

  • Lelaki Hilang Disungai Padas Dikhuatiri Lemas

     

    TENOM : Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, Tenom, masih belum ditemui.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, dipercayai lemas ketika cuba menyeberangi sungai itu.

    Katanya, operasi pencarian dijalankan semalam terbahagi kepada empat kumpulan selain menggunakan kaedah ‘surface rescue’ di tebing sungai sepanjang empat kilometer itu.

    “Mangsa masih belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada 5.10 petang,” katanya semalam.

    Katanya, operasi akan disambung semula hari ini.

    Sumber :SabahPost

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13