• Sabah ,Sarawak Dicadang Tubuh Suruhanjaya Bersepadu Kawal krisis Minyak Masak Bersubsidi

     


    Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kaumut,Datuk  Masiung Banah mecadangkan kerajaan Sabah dan Sarawak termasuk  Labuan supaya menubuhkan Suruhanjaya Bersepadu bagi mengawal ketirisan minyak masak bersubsidi.

    Katanya,kerajaan tidak boleh membiarkan keadaan itu terus tidak dikawal kerana sudah tentu akan wujud kartel yang akan membina keuntungan orang tengah secara melampau.

    "Krisis ketirisan minyak masak bersubsidi bukanlah isu baharu,namun ia dilihat semakin meruncing susulan pemansuhan subsidi minyak masak di dalam botol berkuat kuasa 1Julai lalu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Sukan Tahunan Lembaga Pebangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) ke-55 di Dewan Badminton Yayasan Sabah,di sini,semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu berkaitan masalah ketirisan minyak masak bersubsidi dalam paket yang sejak akhir-akhir ini berjaya dirampas oleh pihak berkuasa dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

    Beliau yang juga Pengerusi LPPB berkata,jika penubuhan suruhanjaya itu dipersetujui ia bukan sahaja berfungsi mengawal ketirisan tetapi turut memantau pihak yang dilantik membungkus minyak masak secara pukal mengikut kouta yang ditetapkan.

    "Minyak masak oeket bersubsidi ini bukan sahaja menjadi rebutan pembekal domestik tetapi juga menjadi sasaran aktiviti ketirisan negara jiran.

    "Jadi dengan adanya penubuhan suruhanjaya ini ia dapat membantu memantau syarikat yang dilantik melakukan pembungkusan semula minyak masak terbabit," kaytanya.

    Masiung berkata,sempadan darat dan perairan Sabah serta Sarawak yang berjiran dengan Indonesia ,Filipina dan Brunei luas mungkin memberi ruang kepada aktiviti penyeludupan.

    "Kerajaan mebelanjakan subsidi sebanyak RM4 bilion  tahun ini untuk 60,000 tan metrik minyak masak tetapi ia tidak adil kepada warga tempatan kerana kemudahan subsidi itu turut dinikmati oleh rakyat di negara jiran.

    "Bagi membina keyakinan rakyat penubuhan bersama Suruhanjaya Bersepadu itu boleh diguna pakai untuk mengawal inflasi berikutan tekanan ekonomi yang membebankan rakyat,"katanya.

    Sumber : -Deasoka

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13