![]() |
Photo By :BERNAMA |
Beliau mengalu-alukan cadangan yang disuarakan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu sebagai susulan gerak kerja Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet negeri Mengenai Pekerja dan Warga Asing Tanpa Dokumen.
Beliau berkata PTI adalah isu diwarisi sekian lama di negeri itu, justeru satu penyelesaian tuntas perlu dilaksanakan demi kepentingan jangka panjang negeri terutama rakyat di negeri ini.
“Saya akan bawa perkara ini untuk pertimbangan Kabinet negeri. Namun prasyaratnya semua pihak perlu jujur dan ikhlas untuk mencari solusi segera kepada isu legasi ini dan bertindak demi kepentingan jangka panjang.
“Pada masa sama, kita perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan untuk menangani isu-isu mendesak semasa yang melibatkan bebanan sara hidup rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-36 dan 37 di sini hari ini.
Terdahulu, Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam ucapannya menyuarakan cadangan kepada kerajaan Sabah untuk menubuhkan jawatankuasa itu bagi menyelesaikan masalah PTI yang sentiasa muncul sejak sekian lama di negeri itu.
Sementara itu, Hajiji berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah penting sebagai sebuah jajaran politik yang menjadi formula tempatan dalam mewujudkan permuafakatan rakyat Sabah bagi mendepani landskap baharu politik negara.
“Akar umbi mahukan kita bersatu dalam sebuah wadah tempatan untuk memperkukuh perjuangan membela hak-hak dan kepentingan anak watan di persada politik lokal dan nasional,” katanya.
GRS dianggotai Bersatu Sabah, PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama bersama Barisan Nasional (BN) bagi mentadbir negeri itu. – BERNAMA
TAWAU: “Perbuatan kamu (tertuduh) tidak berhati perut dan amat kejam malah lebih teruk daripada binatang,” kata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini hari ini.
Amir Shah Amir Hassan yang bertindak selaku hakim berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 22 sebatan terhadap seorang lelaki warga Filipina, Mohamad Tahir Abraham, 22.
Tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja sebagai nelayan itu mengaku bersalah atas kesalahan menculik, merogol dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun (ketika kejadian) di sebuah kampung di Semporna, pada 7 April tahun lalu.
Amir Shah dalam keputusannya memerintahkan tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 18 sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e), manakala empat tahun penjara dan dua sebatan atas kesalahan masing-masing mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 362 Kanun Keseksaan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun (ketika kejadian) di kawasan semak di sebuah kampung dalam daerah Semporna kira-kira jam 9 malam pada 7 April tahun lalu.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 325, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa dengan cara menumbuk pada bahagian kepala dan dada, menampar muka, mencekik leher serta menendang belakang mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan sebat.
Tertuduh juga turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya atau mendorong mangsa meninggalkan kediamannya tanpa kerelaan pada tarikh dan masa yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan sebat.
Amir Shah ketika menjatuhkan hukuman berkata, kesalahan dan perbuatan tertuduh yang disifatkannya sebagai amat kejam malah lebih teruk daripada binatang.
Jelasnya, tertuduh dalam kes ini selayaknya mendapat prinsip pembalasan di sisi undang-undang iaitu dikurung terlalu lama di penjara dan seksaan sebatan walaupun mahkamah sedar hukuman sebegitu tidak dapat memulihkan mangsa yang hanya berumur tujuh tahun untuk selama-lamanya.
Malah katanya, rayuan tertuduh yang sekadar hanya meminta hukuman diringankan tanpa menunjukkan rasa insaf, menyesal atau simpati amat menjelikkan dan mahkamah wajar menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran dan peringatan kepada tertuduh sendiri dan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama.
Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana dalam hujahnya memohon hukuman berat mengambil kira faktor trauma dialami mangsa selain faktor kepentingan awam.
Katanya, menurut doktor yang merawat mangsa, mangsa mengalami trauma yang begitu tragis dengan kecederaan retak pada kepala selain kesan koyakan pada kemaluan mangsa sama seperti wanita yang baru melahirkan anak.
“Walaupun kes ini dilaporkan pada April tahun lalu namun pertuduhan hanya dijalankan hari ini berikutan mangsa enggan dirakam percakapan kerana mengalami trauma malah ketika kawad cam dibuat mangsa meraung dan menangis apabila melihat wajah tertuduh,” katanya.
Mahkamah turut menetapkan hukuman ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam itu berjalan secara berasingan dan berkuat kuasa dari tarikh sabitan hari ini, selain tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman. – BH Online
Ketua Pegawai Ekseskutif Kumpulan QSB,Ahmad Rizal Dahli, berkata menerusi MoU itu, QSB dan B-Land menjalin kerjasama awal untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan kerja penerokaan ke atas cadangan projek berkenaan.
Katanya.QSB ditugaskan untuk melihat pelbagai inisiatif pembangunan strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Sabah,termasuk kemungkinan memindahkan Lapangan Terbang KKIA ke Kimanis.
Beliau bagaimanapun menegaskan akan mengambil kira maklum balas daripada semua pihak berkepentingandan membuat pertimbangan secara kosensus sebelum membuat keputusan untuk memindahkan lapangan terbang itu dibuat.
"Cadangan untuk memindahkan KKIA sudah disuarakan dalam pelbagai perbincangan sejak kira-kira sedekad yang lalu. MoU ini membolehkan kita melihat cadangan ini secara terperinci,khususnya dari segi manfaat ekonomi dan penilaian kesan sosial.
"Kita melihat ke hadapan untuk menggunakan kepakaran yang dibawa rakan kerjasama awal dengan B-Land,khususnya dalam pembangunan infrastruktur.
"Sebarang hasil daripada keputusan kajian kebolehlaksanaan itu akan dibuar berdasarkan kepentingan terbaik kepada neger.Perkara ini sentiasa menjadi tumpuan dalam apa sahaja yang kita lakukana,"katanya dalam satu kenyataan sepena pemeteraian MoU itu disini semalam.
MoU itu ditandantangani Ahmad Rizal selaku wakil QSB dengan disaksikan Setiausaha QSB,Rudy Jaglul,manakala B-Land di wakili Timabalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan Berjaya Corporation Bhdtan Sri Vincent Tan sebagai saksi.
Hadir sama ialah Pengerusi QSBDatu Sei Salleh Said Keruak; Pengara QSB,DatukJohnson Tee dan Ketua Pegawai Eksekutif B-Land,Datuk Abdul Rahim Mohd Zin.
Ahmad Rizal berkata ,KKIA sudah tidak dapat diperbesarkan dari segi operasi,termasuk pembesaran banguanan terminal dan landasan ,disamping fasiliti lain disebabkan kawasan tanah terhad di lokasinya sekarang yang dikelilingi tanah milik persendirian dan kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar raya.
"Kedudukan KKIA sekarang juga antara faktor penangguhan pembangunan pusat bandar raya Kota Kinabalu disebabkan peraturan larangan yang diwujudkan berikutan lapangan terbang berdekatan.
"Sebaliknya,jika dipindahkan ke Kimanis,lapangan terbang itu boleh memiliki lebih daripada sebuah terminal dan landasan.
"Sabah kemudiannya akan dapat memanfaatkan kedudukan geografinya di tengah Asia Tenggara untuk meneroka menjadi hab pengembaraan udara di wilayah Asia Timur,"katanya.
MoU berkenaan merangkumi pemindahan KKIA termasuk pembinaan dan pembangunan lapangan terbang antarabangsa yang baharu di kimanis selain pelan pembangunan mapan yang akan dilakasanakan di Kimanis atau mana-mana tanah lain yang dilihat sesuai oleh kerajaan negeri.
Sumber :Deasoka
"Awan rendah yang memanjang seperti ombak tsunami ini, sebenarnya ada hubungan sepupu dengan awan kumulonimbus. Kedua-dua awan ini terbentuk akibat pertembungan udara panas dan sejuk, satu situasi atmosfera yang tidak stabil. Sebab itu cuaca biasanya akan disusul angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, dengan kehadiran awan-awan begini. Cuma bezanya, kumulonimbus (yang kelihatan macam cendawan kubis, mirip letusan bom atom Hiroshima) berada pada level lebih tinggi. Awan kumulonimbus ini juga, merupakan fenomena yang amat lazim di negara tropika seperti Malaysia. Biasa-biasa saja."
"Tapi awan arcus ini sangat, sangat rare. Kalau ikut sorotan literatur media sosial, awan ini pernah muncul di Kota Kinabalu pada Jun 2012 dan Jun 2016. Namun kali ini berlaku selepas bulan Jun"
"Di Queensland, Australia. pada bulan Oktober setiap tahun, kebarangkalian untuk awan ini muncul ialah 40%. Maksudnya, 4 kali dalam 10 hari (pada bulan Oktober saja). Tempat ini dianggap paling biasa berlaku untuk pembentukan awan arcus, di seluruh dunia." tambahnya lagi.
Menurut beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Rem, walaupun fenomena awan arcus ini petanda cuaca kurang baik, namun tidaklah bahaya seperti taufan dan orang ramai tidak perlu panik.
"Nikmati kecantikan alam dan tanda keagungan Tuhan yang sangat jarang-jarang berlaku ini." tulisnya. -Sabahinfo
KOTA KINABALU: Seramai 105 kanak-kanak dan pengemis jalanan dewasa yang dikenalpasti daripada suku kaum Palauh dan tidak memiliki kewarganegaraan ditahan dalam satu Operasi Bersepadu Kanak-Kanak dan Pengemis Jalanan di pusat bandaraya Kota Kinabalu yang diselaras oleh Majlis Keselamatan Negera Negeri Sabah (MKN Sabah) semalam.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan MKN Sabah tersebut, semua tahanan telah dibawa ke Daerah Semporna menggunakan bas sewa khas yang diiring kawal oleh MKN, DBKK dan JPKA.
"Sebaik tiba di daerah Semporna, semua yang ditahan dilepaskan ke lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan bot khas yang diselaraskan pegawai daerah Semporna.
"Operasi ini berjaya mencapai sasaran operasi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," menurut Pengarah MKN Sabah dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Katanya, kerajaan menerusi agensi penguatkuasa akan terus komited dalam melaksanakan operasi seperti ini. Operasi ini juga sebahagian daripada komitmen berterusan agensi kerajaan dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah.
"Ia adalah salah satu usaha melindungi masyarakat daripada masalah yang dicetuskan oleh kebanjiran kanak-kanak dan pengemis jalanan yang sekian lama mencemarkan pemandangan di sekitar pusat bandar raya ini.
Operasi bersepadu tersebut turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perkhidmatan Dan Kebajikan Awam (JPKA), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan serta Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah. -SabahInfo
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin mengesahkan tangkapan itu dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Suspek itu dikenali sebagai Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah. Dia didakwa menjadi dalang sindiket terbabit.
Rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.
Hamzah berkata, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam hari ini. - FMT