SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Warga Filipina Dijatuhkan Hukuman Penjara 28 Tahun & 22 Sebatan Kerana Merogol Kanak-Kanak Tujuh Tahun

     

    Tertuduh Mohamad Tahir Abraham, 22, dijatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 18 sebatan
     kerana kesalahan menculik, merogol dan mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen.

    TAWAU
    : “Perbuatan kamu (tertuduh) tidak berhati perut dan amat kejam malah lebih teruk daripada binatang,” kata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini hari ini.

    Amir Shah Amir Hassan yang bertindak selaku hakim berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 22 sebatan terhadap seorang lelaki warga Filipina, Mohamad Tahir Abraham, 22.

    Tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja sebagai nelayan itu mengaku bersalah atas kesalahan menculik, merogol dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun (ketika kejadian) di sebuah kampung di Semporna, pada 7 April tahun lalu.

    Amir Shah dalam keputusannya memerintahkan tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 18 sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e), manakala empat tahun penjara dan dua sebatan atas kesalahan masing-masing mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 362 Kanun Keseksaan.

    Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun (ketika kejadian) di kawasan semak di sebuah kampung dalam daerah Semporna kira-kira jam 9 malam pada 7 April tahun lalu.

    Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

    Bagi kesalahan mengikut Seksyen 325, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa dengan cara menumbuk pada bahagian kepala dan dada, menampar muka, mencekik leher serta menendang belakang mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan sebat.


    Tertuduh juga turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya atau mendorong mangsa meninggalkan kediamannya tanpa kerelaan pada tarikh dan masa yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan sebat.

    Amir Shah ketika menjatuhkan hukuman berkata, kesalahan dan perbuatan tertuduh yang disifatkannya sebagai amat kejam malah lebih teruk daripada binatang.

    Jelasnya, tertuduh dalam kes ini selayaknya mendapat prinsip pembalasan di sisi undang-undang iaitu dikurung terlalu lama di penjara dan seksaan sebatan walaupun mahkamah sedar hukuman sebegitu tidak dapat memulihkan mangsa yang hanya berumur tujuh tahun untuk selama-lamanya.

    Malah katanya, rayuan tertuduh yang sekadar hanya meminta hukuman diringankan tanpa menunjukkan rasa insaf, menyesal atau simpati amat menjelikkan dan mahkamah wajar menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran dan peringatan kepada tertuduh sendiri dan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama.

    Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana dalam hujahnya memohon hukuman berat mengambil kira faktor trauma dialami mangsa selain faktor kepentingan awam.

    Katanya, menurut doktor yang merawat mangsa, mangsa mengalami trauma yang begitu tragis dengan kecederaan retak pada kepala selain kesan koyakan pada kemaluan mangsa sama seperti wanita yang baru melahirkan anak.

    “Walaupun kes ini dilaporkan pada April tahun lalu namun pertuduhan hanya dijalankan hari ini berikutan mangsa enggan dirakam percakapan kerana mengalami trauma malah ketika kawad cam dibuat mangsa meraung dan menangis apabila melihat wajah tertuduh,” katanya.

    Mahkamah turut menetapkan hukuman ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam itu berjalan secara berasingan dan berkuat kuasa dari tarikh sabitan hari ini, selain tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman. – BH Online


  • Cadangan Memindahkan Lapangan Terbang KKIA Ke Kimanis Masih Dalam Kajian MoU

    Kredit Photo:@Malaysiaaiports

    Kuala Lumpur : Kerajaan Sabah melalui cabang pelaburan strategiknya,Qhazanah Sabah sdn Bhd (QBS) semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) denganpemaju hartanah ternama,Berjaya Land Bhd (B-Land) bagi meneroka kemungkinan memindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kimanis.

    Ketua Pegawai Ekseskutif Kumpulan QSB,Ahmad Rizal Dahli, berkata menerusi MoU itu, QSB dan B-Land menjalin kerjasama awal untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan kerja penerokaan ke atas cadangan projek berkenaan.

    Katanya.QSB ditugaskan untuk melihat pelbagai inisiatif pembangunan strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Sabah,termasuk kemungkinan memindahkan Lapangan Terbang KKIA ke Kimanis.

    Beliau bagaimanapun menegaskan akan mengambil kira maklum balas daripada semua pihak berkepentingandan membuat pertimbangan secara kosensus sebelum membuat keputusan untuk memindahkan lapangan terbang itu dibuat.

    "Cadangan untuk memindahkan KKIA sudah disuarakan dalam pelbagai perbincangan sejak kira-kira sedekad yang lalu. MoU ini membolehkan kita melihat cadangan ini secara terperinci,khususnya dari segi manfaat ekonomi dan penilaian kesan sosial.

    "Kita melihat ke hadapan untuk menggunakan kepakaran yang dibawa rakan kerjasama awal dengan B-Land,khususnya dalam pembangunan infrastruktur.

    "Sebarang hasil daripada keputusan kajian kebolehlaksanaan itu akan dibuar berdasarkan kepentingan terbaik kepada neger.Perkara ini sentiasa menjadi tumpuan dalam apa sahaja yang kita lakukana,"katanya dalam satu kenyataan sepena pemeteraian MoU itu disini semalam.

    MoU itu ditandantangani Ahmad Rizal selaku wakil QSB dengan disaksikan Setiausaha QSB,Rudy Jaglul,manakala B-Land di wakili Timabalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan Berjaya Corporation Bhdtan Sri Vincent Tan sebagai saksi.

    Hadir sama ialah Pengerusi QSBDatu Sei  Salleh Said Keruak; Pengara QSB,DatukJohnson Tee dan Ketua Pegawai Eksekutif B-Land,Datuk Abdul Rahim Mohd Zin.

    Ahmad Rizal berkata ,KKIA sudah tidak dapat diperbesarkan dari segi operasi,termasuk pembesaran banguanan terminal dan landasan ,disamping fasiliti lain disebabkan kawasan tanah terhad di lokasinya sekarang yang dikelilingi tanah milik persendirian dan kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar raya.

    "Kedudukan KKIA sekarang juga antara faktor penangguhan pembangunan pusat bandar raya Kota Kinabalu disebabkan peraturan larangan yang diwujudkan berikutan lapangan terbang berdekatan.

    "Sebaliknya,jika dipindahkan ke Kimanis,lapangan terbang itu boleh memiliki lebih daripada sebuah terminal dan landasan.

    "Sabah kemudiannya akan dapat memanfaatkan kedudukan geografinya di tengah Asia Tenggara untuk meneroka menjadi hab pengembaraan udara di wilayah Asia Timur,"katanya.

    MoU berkenaan merangkumi pemindahan KKIA termasuk pembinaan dan pembangunan lapangan terbang antarabangsa yang baharu di kimanis selain pelan pembangunan mapan yang akan dilakasanakan di Kimanis atau mana-mana tanah lain yang dilihat sesuai oleh kerajaan negeri.

    Sumber :Deasoka



  • Fenomena Awan Arcus di Kota Kinabalu sangat jarang - Pakar Klimatologi

    Cantik tapi Seram. Perkongsian Foto Mohd Fhais Salim

    KOTA KINABALU: Fenomena Awan Arcus di Kota Kinabalu yang berlaku pagi ini tular di media sosial dengan rata-rata berkongsi gambar keunikan bentuk awan tersebut. Menurut Pakar Klimatologi, Dr. Ramzah Dambul menjelaskan fenomena tersebut sememangnya amat jarang berlaku di Kota Kinabalu di mana hanya tiga kali dalam tempoh satu dekad direkodkan iaitu pada tahun 2012, 2016 dan 2022.

    "Awan rendah yang memanjang seperti ombak tsunami ini, sebenarnya ada hubungan sepupu dengan awan kumulonimbus. Kedua-dua awan ini terbentuk akibat pertembungan udara panas dan sejuk, satu situasi atmosfera yang tidak stabil. Sebab itu cuaca biasanya akan disusul angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, dengan kehadiran awan-awan begini. Cuma bezanya, kumulonimbus (yang kelihatan macam cendawan kubis, mirip letusan bom atom Hiroshima) berada pada level lebih tinggi. Awan kumulonimbus ini juga, merupakan fenomena yang amat lazim di negara tropika seperti Malaysia. Biasa-biasa saja."
        
    "Tapi awan arcus ini sangat, sangat rare. Kalau ikut sorotan literatur media sosial, awan ini pernah muncul di Kota Kinabalu pada Jun 2012 dan Jun 2016. Namun kali ini berlaku selepas bulan Jun"

    "Di Queensland, Australia. pada bulan Oktober setiap tahun, kebarangkalian untuk awan ini muncul ialah 40%. Maksudnya, 4 kali dalam 10 hari (pada bulan Oktober saja). Tempat ini dianggap paling biasa berlaku untuk pembentukan awan arcus, di seluruh dunia." tambahnya lagi.

    Menurut beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Rem, walaupun fenomena awan arcus ini petanda cuaca kurang baik, namun tidaklah bahaya seperti taufan dan orang ramai tidak perlu panik.

    "Nikmati kecantikan alam dan tanda keagungan Tuhan yang sangat jarang-jarang berlaku ini." tulisnya. -Sabahinfo

  • 105 pengemis palauh di KK ditangkap & dihantar kembali ke Semporna


    KOTA KINABALU:  Seramai 105 kanak-kanak dan pengemis jalanan dewasa yang dikenalpasti daripada suku kaum Palauh dan tidak memiliki kewarganegaraan ditahan dalam satu Operasi Bersepadu Kanak-Kanak dan Pengemis Jalanan di pusat bandaraya Kota Kinabalu yang diselaras oleh Majlis Keselamatan Negera Negeri Sabah (MKN Sabah) semalam. 

    Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan MKN Sabah tersebut, semua tahanan telah dibawa ke Daerah Semporna menggunakan bas sewa khas yang diiring kawal oleh MKN, DBKK dan JPKA.

    "Sebaik tiba di daerah Semporna, semua yang ditahan dilepaskan ke lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan bot khas yang diselaraskan pegawai daerah Semporna.

    "Operasi ini berjaya mencapai sasaran operasi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," menurut Pengarah MKN Sabah dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

    Katanya, kerajaan menerusi agensi penguatkuasa akan terus komited dalam melaksanakan operasi seperti ini. Operasi ini juga sebahagian daripada komitmen berterusan agensi kerajaan dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah.

    "Ia adalah salah satu usaha melindungi masyarakat daripada masalah yang dicetuskan oleh kebanjiran kanak-kanak dan pengemis jalanan yang sekian lama mencemarkan pemandangan di sekitar pusat bandar raya ini.

    Operasi bersepadu tersebut turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perkhidmatan Dan Kebajikan Awam (JPKA), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan serta Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah. -SabahInfo





  • Presiden parti tempatan Sabah ditangkap, didakwa terbabit sindiket IC palsu



    PETALING JAYA: Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa ada kaitan dengan sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.

    Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin mengesahkan tangkapan itu dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

    Suspek itu dikenali sebagai Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah. Dia didakwa menjadi dalang sindiket terbabit.

    Rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.

    Hamzah berkata, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam hari ini. - FMT


  • Datuk Kadoh Agundong Meninggal Dunia

    Kredit :Keluarga Mendiang

    Kota Kinabalu 30 Jun -Veteran politik Sabah yang juga digelar  sebagai 'giant Killer' Datuk kadoh Agundong meninggal dunia di Hospital Queen Elizebeth II di sini akibat sakit tua pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

    Berita itu disahkan oleh sepupu mendiang,Stanis Buandi ditemui pada persidangan perwakilan tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di dewan Hakka disini hari ini.

    "Ya, mendiang (Kadoh) lama sudah sakit tenat sebelum dimasukkan ke KPJ beberapa bulan lepas dan semalam beliau meninggal dunia,"katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

    Kadoh 74,meninggalkan isteri Catherine Soledad Kadoh ,60,dan empat orang anak serta sembilan cucu.

    Mendiang mewakili PBS,terkenal dengan nama 'giant killer' kerana berjaya menumbangkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh dari Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya),pada Pilihan Raya Negeri Sabah 1985.

    Mendiang yang berasal dari daerah Tenom merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap dan bekas Ahli Parlimen Ulu Padas kini dikenali Parlimen Tenom.

    Sepanjang berkecimpung dalam politik,Kadoh pernah menggalas jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri pada era kerajaan PBS.

    Beliau juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden PBS pada era 80-an bagaimanapun mengumumkan menyertai Parti Warisan pada 21 Dis 2019.

    -BERNAMA


  • Penduduk Long Pasia Mohon Projek Bekalan Elektrik BELB Yang Terbengkalai Diteruskan


    Photo By:@norirwandyanriffin

    SIPITANG : Penduduk kawasan Long Pasia di sini memohon agar kerajaan dapat meneruskan Projek Bekalan Eletrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di dua stesen iaitu di Kampung Long Pasia dan Kampung Meligan yang terbengkalai sejak 2017.

    Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri Sipitang Sani Miasin berkata projek berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus reka dan bina pada 2017 dan sepatutnya disiapkan 2019.

    Beliau berkata kegagalan kontraktor utama menyiapkan projek itu merugikan rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati kemudahan bekalan elekrik menerusi program BELB yang disediakan oleh kerajaan.

    “Projek itu gagal disiapkan mengikut seperti yang dijadualkan dan terbengkalai sejak beberapa tahun lepas tanpa sebarang progress sehingga kini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

    Long Pasia yang terletak 249 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu merupakan sebuah kawasan pedalaman tanah tinggi, terkenal sebagai kawasan pelancongan, dan ia hanya boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang masa perjalanan menjangkau lebih tiga jam, atau perjalanan udara.

    BELP merupakan sebuah program menyediakan bekalan elektrik 24 jam yang mencukupi, dan terjamin kepada penduduk khususnya di luar bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

    Sani berkata projek BELB sistem solar hibrid yang dilaksanakan itu mampu membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 500 rumah di tujuh buah kampung iaitu Kampung Long Pasia, Kampung Meligan, Kampung Ulu Bole, Kampung Mangayam, Kampung Rundulang, Kampung Iburu dan Kampung Long Mio.

    “Pembinaan stesen hibrid solar di dua stesen itu amat penting memandangkan kampung-kampung berkenaan belum menikmati kemudahan bekalan eletrik,” katanya.

    Sementara itu Anthony Pikut, 32, seorang pemandu pelancong berkata, penduduk di kawasan Long Pasia pada masa ini terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk bekalan elektrik kerana bergantung kepada generator diesel.

    “Penduduk sini bukan orang kaya, ramai buat kerja kampung. Ada pelancongan boleh jugalah cari pendapatan, tetapi bila COVID-19 baru-baru ini tiada pelancong, susah juga, jadi bila ada elektrik ini bukan sahaja penduduk dapat manfaat, sektor pelancongan pun boleh dikembangkan juga,” katanya. – BERNAMA

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13