SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Hina KDMR: Peniaga warga asing kena sogit 8 ekor kerbau, 8 gong

    SELESAI: Baintin (empat kiri) bersama warga setempat yang
    hadir menyaksikan perbicaraan kes membabitkan warga asing berkenaan. - Gambar sumber Facebook


    KOTA MARUDU: Seorang peniaga warga asing dikenakan denda adat (sogit) sebanyak lapan ekor kerbau dan lapan gong oleh Mahkamah Anak Negeri (MAN) di sini semalam.

    Ketua MAN Kota Marudu Datuk Baintin Adun menjatuhkan hukuman terbabit kepada Amir Ali Khan selepas didapati bersalah kerana menghina komuniti Kadazandusun Murut Rungus (KDMR).

    Tertuduh didapati bersalah atas enam kesalahan membabitkan rakam suara yang tular menghina komuniti KDMR di Kota Marudu.

    Baintin berkata, tertuduh yang menjalankan perniagaan di pekan Kota Marudu diberikan tempoh selama sebulan untuk menyelesaikan denda terbabit.

    Menurutnya, jika gagal tertuduh akan dikenakan denda sebanyak RM4,000 atau penjara selama 16 bulan atau kedua-duanya sekali.

    "Terdahulu, aduan berhubung tindakan tertuduh itu dilaporkan di MAN Kota Marudu pada 9 Jun lepas berikutan rakaman suara terbabit menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk di daerah berkenaan.

    "Perbicaraan untuk kes ini awalnya ditetapkan pada 17 Jun namun ditangguhkan berikutan tertuduh perlu menjalani penilaian mental di Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi semalam.

    Beliau berkata, antara kesalahan yang didapati dalam rakaman suara itu termasuklah ugutan, penggunaan bahasa tidak sopan dan menimbulkan kemarahan masyarakat.

    Katanya, perbicaraan kes kali ini diumumkan kepada orang awam kurang daripada 12 jam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kerana  membabitkan kemarahan komuniti setempat.

    "Pada masa akan datang, saya menasihatkan mana-mana warga asing yang sudah lama tinggal di Sabah dan begitu juga orang lain supaya tidak menggunakan sentimen berbaur perkauman jika berlaku pertelingkahan.

    "Mereka sepatutnya hanya fokus kepada nama individu yang mempunyai masalah berkaitan dengan urusan mereka," jelasnya.

    Pada 19 Jun lepas, orang ramai memenuhi kawasan perkarangan MAN Kota Marudu berikutan perbicaraan kes terbabit namun selepas diberitahu kes ditangguhkan, mereka mula bersurai.

  •  oleh 
  • MAYAT WARGA EMAS TERAPUNG



    KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapung di kawasan perairan berhampiran bangunan Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mayat berusia 78 tahun itu ditemui terapung oleh orang ramai kira-kira jam 5.30 petang sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.

    Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai nelayan.

    “Kehilangan mangsa disedari ahli keluarganya yang membuat laporan polis kira-kira jam 11 pagi sebelum penemuan mangsa.

    “Mangsa dikatakan keluar menangkap ikan, kira-kira jam 5.30 pagi sehari sebelum itu dipercayai di kawasan pelabuhan, Tanjung Lipat, namun tidak pulang ke rumah selepas sehari,” katanya.

    Habibi berkata, mayat mangsa dikenalpasti oleh anak lelakinya berusia 36 tahun yang membuat pengecaman mangsa melalui gambar dan pakaian mangsa.

    Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Jesselton Point, di sini, oleh Bot Pasukan Polis Marin (PPM) untuk tindakan selanjutnya.

    “Seramai empat pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melakukan proses nyah kuman mangsa bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

    “Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE I ) untuk siasatan lanjut,” katanya.

    Habibi berkata, proses bedah siasat juga akan dijalankan sejurus mendapat keputusan saringan Covid-19.

    Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut-Berita Sabah

  • Program ‘Mobile Island’ permudah rakyat di Pulau Banggi terima BSH, BPN 2020



    KUDAT, 19 Julai -- Seramai 368 penduduk dari Pulau Banggi dan pulau sekitarnya, dekat sini, menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 secara tunai menerusi program ‘Mobile Island’, satu daripada inisiatif di bawah program perkhidmatan komuniti bergerak dilaksanakan Perbendaharaan Malaysia Sabah.

    Program penyerahan bantuan berlangsung selama dua hari berakhir hari ini itu membabitkan sebanyak 43 kampung di sekitar Pulau Banggi dan pulau-pulau berhampirannya seperti Pulau Balambangan, Pulau Tigaboh, Pulau Malawali dan Pulau Sibogoh.

    Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Perbendaharaan Malaysia Sabah, Siti Norhaini Osli berkata, kesemua penduduk terbabit adalah sebahagian daripada 11,330 penerima BSH di Sabah bagi Fasa Dua dan Fasa Tiga serta BPN 2020 di negeri ini yang layak menerima bantuan berkenaan tetapi tidak mempunyai akaun bank.

    Beliau berkata penyerahan BSH dan BPN 2020 secara tunai menerusi program ‘Mobile Island’ itu bertujuan memastikan tiada seorang daripada mereka tercicir daripada menerima bantuan berkenaan.

    ”Ia juga bagi memudahkan penerima BSH dan BPN di kawasan pulau terbabit yang tidak mempunyai akuan bank menerima bantuan mereka secara tunai yang diserahkan sendiri oleh pejabat daerah dan agensi terlibat dalam program ini.

    “Selain itu, ini juga merupakan komitmen dan peranan kami (sebagai penjawat awam) dalam memastikan semua bantuan diumumkan kerajaan sampai kepada rakyat,” katanya kepada Bernama yang turut menyertai program dua hari itu di sini, hari ini.

    Siti Norhaini berkata pelbagai jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bekerjasama dalam menjayakan program ini termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Daerah Kudat, Pejabat Daerah Kecil Banggi dan pasukan keselamatan.

    Katanya, penyerahan BSH dan BPN secara tunai melalui program perkhidmatan komuniti bergerak akan diteruskan ke Nabawan pada 25 Julai ini.

    Selain Pulau Banggi dan Nabawan, Siti Norhaini berkata, penyerahan BSH dan BPN 2020 secara tunai kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank turut dilaksanakan di lapan daerah lain seperti Kalabakan, Kemabong, Pitas, Tongod, Paitan, Matunggong, Tungku dan Sook bagi memastikan semua bantuan kepada golongan sasar diserahkan sebelum 31 Julai.

    Kakitangan Awam dari pelbagai agensi kerajaan turun padang dalam Program "Mobile Island" 

    “Sekiranya penerima tiada akaun bank ini masih belum menunaikan bantuan tersebut, mereka boleh melakukannya pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional sebelum 31 Disember ini,” katanya.

    Sementara itu, rata-rata penduduk pulau yang menerima BSH dan BPN 2020 secara tunai melahirkan penghargaan dan berterima kasih atas usaha murni kerajaan turun padang bertemu dan menyerahkan bantuan berkenaan kepada mereka.

    Seorang pekebun kecil, Jayani Enod, 55, berkata ini adalah kali kedua dia menerima BSH secara tunai dan bantuan tersebut akan digunakan bagi menampung keperluan keluarganya termasuk barangan dapur.

    Seorang lagi penerima, Halimah Usan, 42, berkata dia sangat bersyukur kerana bantuan BSH dan BPN diterimanya itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi memenuhi keperluan empat anaknya, yang mana dua daripadanya sudah bersekolah.

    Selepas kehilangan suami yang bekerja sebagai nelayan dua tahun lalu, Halimah berkata, kehidupannya semakin mencabar apabila dia terpaksa berdikari selain tidak hanya menjadi suri rumah tetapi juga ketua keluarga.

    Bagi Kamariah Maruda, 31, BSH dan BPN adalah antara bukti keprihatinan kerajaan dalam memastikan semua rakyat termasuk di pedalaman dapat sama-sama menerima bantuan itu.

    “Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan sehingga (ada urus setia) turun ke kampung kami menyerahkan bantuan ini. Bantuan ini sangat meringankan beban kami,” katanya. --BERNAMA



  • DUA LELAKI MILIKI DADAH DITAHAN


    PAPAR: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati memiliki dadah dalam operasi pemeriksaan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, kelmarin.

    Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar kawasan Kinarut kira-kira jam 4 petang.

    Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota dan pegawai IPD Papar.

    Katanya, hasil saringan awal terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphethamine.

    “Pemeriksaan lanjut turut mendapati kedua-dua suspek memiliki 0.30 gram dadah jenis syabu.

    “Kedua-dua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta yang sama bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Batholomew berkata, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti pembekal dadah di kawasan berkenaan.

    Sementara itu, Batholomew berkata, tangkapan yang berjaya dilakukan itu adalah salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di daerah itu.

    “Disamping itu, usaha itu dilakukan bagi memastikan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi penduduk setempat.

    “Oleh itu, orang ramai diminta terus memaklumkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing untuk diambil tindakan,” katanya.

    -Berita Sabah.com

  • Telur penyu: Wanita didenda RM12,000


    KOTA KINABALU: Seorang wanita berumur 52 tahun didenda RM12,000 atau penjara tiga bulan kerana gagal menyerahkan 29 telur penyu kepada pihak berkuasa.

    Rusmah Madun mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seysen Elsie Primus pada Jumaat.

    Rusmah gagal menyerahkan telur penyu hijau (Chelonia mydas) iaitu spesies terlindung dan tersenarai dalam Bahagian 1 Jadual 1 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997, kepada pegawai bertanggungjawab.

    Dia melakukan kesalahan itu pada pukul 10.20 pagi 5 November 2019 di kantin IKBN di Papar.

    Kesalahan di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 40(3) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Semasa rayuan, peguam PJ Perira yang mewakili Rusmah meminta hukuman paling ringan, mengatakan anak guamnya sebelum ini merupakan penjawat awam dan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

    Perira memberitahu mahkamah bahawa Rusmah perlu menanggung dua anak, dan ia merupakan kesalahan pertamanya, yang dia amat sesali.

    Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abdul Karim Dakog dari Jabatan Hidupan Liar menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas sebab ia merupakan kesalahan berat kerana telur penyu merupakan bahan terlindung.

    Dia menambah, hukuman berat bukan saja akan memberi pengajaran kepada Rusmah tetapi juga menghalang orang lain daripada melakukan kesalahan serupa.
  • Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 3 Ogos

    PERINTAH BERKURUNG ESSZONE
    Meliputi kawasan daerah Tawau,Semporna,Kunak,Lahad Datu,
    Kinabatangan,Sandakan Dan Beluran

    SABAH, 18 Julai - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir 6 petang esok dilanjutkan selama dua minggu sehingga 3 Ogos depan.

    Dalam kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass menyatakan, susulan pelanjutan itu penduduk disaran berada dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan tersebut antara 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

    Perintah berkurung meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

    Perintah berkurung itu juga katanya, dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan tersebut tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

    Perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain keselamatan kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan sekitar kawasan mereka.-RTM Sabah

  • Satu Kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Sabah




    COVID-19 : Satu kes positif baharu dilaporkan bagi negeri Sabah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 381 kes.
    Kes direkodkan di Sandakan dan merupakan kes import melibatkan bukan warganegara.
    Manakala satu kes sembuh direkodkan, jumlah keseluruhan sembuh 371.
    Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.-RTM Sabah

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13