SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Jalan Utama Kota Belud Masih Belum Selamat Untuk Kenderaan Ringan


         Keadaan banjir di jalan di Kota belud

    KOTA KINABALU, 29 Jun: Jalan utama yang menghubungkan Kota Belud dan Kota Kinabalu serta beberapa daerah dan kawasan berhampiran masih ditutup kepada kenderaan ringan berikutan paras air yang masih tinggi di atas jalan terbabit.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata setakat ini, jalan terbabit ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.


    “Keadaan masih berbahaya kepada kenderaan kecil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Semalam, dilaporkan ratusan kenderaan terkandas sejauh tiga kilometer hingga ke bulatan utama Kota Belud, kira-kira 74 kilometer dari sini, selepas jalan utama daerah itu yang menghubungkan beberapa daerah lain dinaiki air susulan hujan lebat berterusan pada Sabtu.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Richard Jomiji berkata hampir 95 peratus jalan raya terjejas oleh banjir dan tanah runtuh ekoran hujan lebat pada Sabtu sudah boleh dilalui kecuali beberapa jalan kecil di Tenom dan Papar.

    Beliau berkata selain kerja-kerja pembersihan di jalan yang terlibat, JKR turut mengambil beberapa langkah lain termasuk memasang papan tanda dan lampu amaran di kawasan berisiko tanah runtuh, menutup kawasan hakisan cerun dengan kanvas serta melencongkan aliran air.

    Ekoran hujan lebat itu, sebanyak 10 daerah di negeri ini terjejas oleh banjir iaitu Kota Belud, Tuaran, Putatan, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau, Tenom, Kota Marudu dan Pitas.- BERNAMA

  • 1,007 Mangsa banjir Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini


               Pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir kilat di kawasan pantai barat Sabah.

    KOTA KINABALU
    : Seramai 1,007 mangsa banjir dari 11 daerah di kawasan pantai barat Sabah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.

    Antara daerah yang terjejas termasuk Kota Belud, Papar, Penampang, Beaufot, Tenom, Kota Marudu, Keningau, Pitas, Membakut, Putatan dan Tuaran.

    Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, Datuk Safar Untong, sebanyak 13 buah PPS telah dibuka di lima daerah setakat ini untuk menempatkan kesemua mangsa banjir.

    Lima daerah itu ialah Kota Belud dengan empat PPS, Papar (1 PPS), Penampang (1 PPS), Beaufort (1 PPS) dan Tenom (5 PPS).

    "Setakat jam 8 pagi tadi, kita merekodkan 1,007 mangsa banjir melibatkan 11 buah daerah di negeri ini.

    "Jumlah itu membabitkan sebanyak 307 keluarga yang kini ditempatkan di 13 buah PPS terdiri daripada lima buah daerah," katanya.

             Statistik terkini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

    Untuk rekod, banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan pantai barat Sabah semalam itu berpunca daripada hujan lebat sejak Sabtu lalu.-Awani
  • Pancing Di Pasang bagi Mengesan Buaya Baham wanita

         DIBAHAM: Pihak polis menunjukkan lokasi mencarian dan tempat mangsa dibaham buaya.


    BELURAN: Pasukan operasi mencari dan menyelamat telah  memasang pancing untuk memburu buaya  yang dilaporkan membaham wanita di Sungai Kampung Banang, Sugut.


    Manakala, operasi mencari mangsa juga sedang giat dijalankan oleh pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

    Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah telah memasang pancing bagi memburu buaya yang membaham mangsa.

    "Pasukan operasi mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 5 anggota polis, 4 anggota  bomba dan 8 anggota pertahanan awam mengguna dua buah bot bagi melakukan pencari mangsa," katanya.

    Beliau berkata operasi mencari menyusuri sungai sejauh 2 kilometer ke arah hulu dan 2 kilometer ke arah hilir sungai daripada tempat kejadian.

    "Operasi hari kedua yang dijalankan sehingga jam 5.30 petang, masih gagal menemui mangsa," katanya. 

          MEMBANTU: Penduduk kampung turut membantu pasukan penyelamat bagi mengesan mangsa.


    Operasi mencari juga turut disertai oleh penduduk kampung berkenaan.

    Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin memberitahu empat anggota Jabatan Hidupan Liar telah memasang pancing berkenaan jam 3 petang.

    Dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang Rabu lepas, mangsa, Paradot Kanon ,62, telah disambar buaya ketik mandi di sungai terbabit.

    Kejadian yang terletak hanya 200 meter dari rumah mangsa telah saksikan oleh anak perempuannya, Noraliana Nunun.-Utusan Borneo

  • Shafie Apdal calon Perdana Menteri PH Plus? Kenapa tidak, kata Wirawati

            Isnaraissah berkata, cadangan Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan Plus itu harus 
              dilihat secara optimis selain mempertimbangkan soal status kesamarataan rakyat Malaysia secara amnya.
           

    KOTA KINABALU: Kenapa tidak? itu jawapan daripada Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) berhubung pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan Presiden parti mereka sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

    Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, cadangan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan Plus itu harus dilihat secara optimis selain mempertimbangkan soal status kesamarataan rakyat Malaysia secara amnya.

    Beliau berkata, di bawah Perlembagaan, rakyat Malaysia termasuklah dari Kepulauan Borneo seperti Sabah dan Sarawak layak memimpin negara ini.

    "Bagi saya sebagai orang Sabah, semua orang diterima di bawah Persekutuan dan datang dari Borneo, Sabah dan Sarawak juga boleh turut memimpin Persekutuan.
    "Kenapa tidak? Kita telah tunggu ini (Perdana Menteri) untuk 57 tahun dan saya percaya kita (rakyat Sabah) juga mempunyai kemampuan dan kebolehan serta keupayaan seperti orang lain," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama barisan pimpinan sayap parti Wirawati Warisan, di sini pada Sabtu.

    Pada Jumaat, Dr Mahathir dalam sebuah forum di Kuala Lumpur telah mendedahkan Mohd Shafie dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri kesembilan bagi Pakatan Harapan Plus.

    Ia sebagai mengambil kira haluan yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Sementara itu, mengulas mengenai isu tindakan segelintir ahli yang bertindak keluar parti baru-baru ini, Munirah menjelaskan, perkara tersebut adalah disebabkan kekeliruan mereka terhadap perjuangan parti Warisan.

    Tambahnya, senario semasa dan tindakan segelintir pihak berkenaan bagaimanapun tidak menyekat perjuangan barisan pemimpin Warisan yang diberi mandat ketika Pilihanraya Umum Ke - 14 (PRU14) lalu.

    "Tidak dapat dinafikan pelbagai serangan di setiap sudut untuk mencetuskan pilihanraya, sama ada di peringkat negeri dan Persekutuan.

    "Jika perkara ini berlaku, saya, selaku ketua Wirawati Parti Warisan Sabah dengan sukacitanya mengumumkan kami sudah bersiap siaga untuk menempuhi PRU15, dan berdiri teguh bersama Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal dan barisan kepimpinan yang lain, "katanya.

    Menurutnya lagi, momentum pemimpin Warisan tidak terjejas meskipun terdapat cubaan anasir luar yang cuba memporak-perandakan kestabilan parti pemerintah negeri Sabah itu.-Astro Awani


  • Inspektor Polis Dihukum Mati



    KOTA KINABALU:
     Seorang inspektor polis dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis, kerana membunuh seorang ibu tunggal di Keningau sembilan tahun lepas.

    Ahmad Rizal Umar (gambar), 37, didapati bersalah oleh Hakim Datuk Nurchaya Arshad kerana membunuh Kartini Borhan, 27, antara jam 4 pagi dan 5 pagi 29 September 2011 di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.

    Ahmad Rizal merupakan inspektor polis yang ditugaskan di Balai Polis Keningau pada waktu kejadian itu.

    Ahmad Rizal kelihatan gelisah dan kerap berpaling untuk melihat ke arah isterinya yang duduk di galeri awam dan ke arah pasukan peguamnya apabila Nurchaya menyampaikan keputusannya.

    Tertuduh pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi pada 22 Julai 2014 tanpa meminta dia membela diri.

    Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac 2018 memerintahnya membela diri susulan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

    Ahmad Rizal memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan bersumpah pada 9 Oktober 2018.

    Dia juga memanggil seorang ahli patologi forensik, Dr Bhupinder Singh sebagai saksi kedua dalam pembelaannya.

    Terdahulu, Nurchaya dalam menyampaikan keputusan, menyatakan bahawa kematian Kartini disahkan oleh Dr Jessie Hiu, seorang ahli patologi yang melakukan bedah siasat mayat Kartini dan juga mengesahkan kematian berpunca dari luka tikam pada dadanya yang menghala ke bawah, memotong otot rusuk, paru-paru kiri, selaput jantung dan menembusi jantungnya dari atas kanan ke bawah.

    Mangsa dikenal pasti oleh bapanya, Borhan Sulaiman sebelum bedah siasat itu. 

    Pendakwaan melalui saksi-saksi mereka mendedahkan hubungan Ahmad Rizal dengan Kartini, di mana akhirnya wanita itu dibunuh oleh tertuduh.

    Nurchaya selanjutnya menyatakan bahawa mahkamah mendapati kesan keseluruhan bukti pendakwaan membawa kepada inferens dan kesimpulan bahawa Ahmad Rizal adalah pelaku jenayah itu.

    “Kehadiran tertuduh di lokasi jenayah iaitu premis disebutkan sebelum ini di mana mangsa merupakan penyewa bilik pertama, tidak dipertikaikan.

    “Terdapat kekurangan bukti mengenai pembabitan pihak ketiga yang ditegaskan oleh pembelaan, iaitu perompak yang menikam mangsa sehingga mati di samping mencederakan tertuduh.

    “Ini disahkan oleh pendapat pakar perubatan (saksi ke-23 pendakwaan) yang mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh tertuduh telah dilakukan sendiri, tiada pihak ketiga terbabit tetapi hanya pergaduhan antara si mati dan tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa. Kecederaan yang dikenakan pada si mati yang menyebabkan kematiannya telah disebabkan oleh tertuduh.

    “Motif pembunuhan disebabkan oleh hubungan sulit tiga segi antara si mati dengan tertuduh, dan si mati dengan saksi ke-12 pendakwaan (Lim Guan Heng), yang berterusan sehingga kematian mangsa.

    Tambahnya, hubungan sulit tiga segi itu akhirnya menyebabkan jenayah ghairah pada pagi 29 September 2011 yang bermula pada lewat malam 28 September 2011, dan membawa kepada kematian si mati.

    Mengenai premis keterangan ahli patologi mengenai jenis kecederaan kepada dada si mati, Nurchaya berkata, bila dilihat secara objektif, ia menunjukkan bahawa kecederaan itu cukup untuk menyebabkan kematian; apabila jantung si mati ditembusi, kematian seharusnya akibat semula jadinya.

    “Dengan itu, niat untuk menyebabkan kematian akan memuaskan syarat Seksyen 300 (C) Kanun Keseksaan,” kata Nurchaya.

    Ahmad Rizal diwakili oleh peguam Ram Singh serta Ridwandean M. Borhan, Kimberly Ye dan Flavian Edward Henry.

    Ram, apabila ditemui kemudian, berkata pembelaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

    Timbalan Pendakwa Raya Khairuddin Mohd Idris hadir untuk pendakwaan.

    Sumber: Harian Express
  • Ibu Disambar Buaya Ketika Mandi Di Sungai

     


    BELURAN: Kejadian wanita yang dilaporkan hilang dibaham buaya dari Kampung Banang Sugut telah disaksikan oleh anak mangsa.

    Anak mangsa telah melihat ibunya disambar oleh seekor buaya yang datang dari arah Ulu Sungai Sugut ketika mereka sedang mandi di sungai berkenaan pada petang Rabu lepas.

    Pasukan penyelamat mengadakan operasi mencari dan menyelamat mangsa disambar buaya di Kampung 


    Banang.Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata anak mangsa cuba untuk menyelamatkan ibunya itu tetapi gagal sebelum balik bagi memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

    “Berdasarkan laporan yang dibuat saksi (anaknya), mangsa bersama saksi pergi ke sungai tersebut untuk mandi sebelum kejadian. Kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya.

    Beliau berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian tersebut lebih kurang jam 9.36 malam pada Rabu.

    “Sebaik menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Terusan Sugut telah melancarkan gerakan mencari dan menyelamat bersama Pasukan Bomba Beluran dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

    Kasim berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa, Peredot Kanon, 62, di sekitar kawasan kejadian masih gagal ditemui oleh pasukan penyelamat sehingga jam 5.30 petang (Khamis).

    “Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula jam 7 pagi ini,” katanya.- Utusan Borneo


  • Seramai 267 PATI Indonesia Di Hantar Pulang Ke Negara Asal

    24/06/2020 - Leave a Comment.



    Sebahagian PATI yang dihantar pulang melalui pelabuhan Tawau hari ini.



    TAWAU; 24 JUN 2020 (Rabu) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Sabah menghantar 267 orang lagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masing-masing 134 orang hari ini dan 133 pada Jumaat.

    Pengarah MKN Sabah, Sharifah Siti Saleha Habib Yussof, berkata kesemua PATI dihantar melalui jalan laut dari pelabuhan Tawau ke Nunukan Indonesia selepas menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dihantar pulang ke negara asal.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, ia merupakan pengusiran ke-17 dan 18 melalui laut pada tahun ini melibatkan PATI Filipina dan Indonesia dengan menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran seramai 3936 orang termasuk PATI warganegara India, China, Pakistan dan Vietnam yang telah diusir melalui jalan udara yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

    Jumlah keseluruhan pengusiran sejak tahun 1990 seramai 595,193 orang.

    Katanya, pihaknya juga menzahirkan penghargaan kepada pihak Konsulat Republik Indonesia yang telah memberi kerjasama dalam memastikan rakyat mereka dapat pulang ke negara asal.

    Dalam pada itu, kerajaan Filipina melalui kedutaannya di negara ini juga telah memberi respon positif dengan pengusiran warganya yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.Sharifah Siti Saleha berkata, pihaknya komited dalam memastikan semua tahanan dapat kembali ke negara asal selain berharap agar komitmen jitu kedua-dua negara dapat diteruskan demi kelancaran pengusiran yang akan datang.

    Jelasnya, tindakan penguatkuasaan terhadap PATI tetap diteruskan dan menasihatkan rakyat memainkan peranan membantu kerajaan dengan tidak menggaji pekerja PATI, melindungi dan mendalangi kemasukan PATI ke negeri ini terutama tekong-tekong kapal.

    Pengusiran PATI turut diselaraskan bersama JIM dengan bantuan Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan pelbagai agensi lain.

    SumbeR: #BESTAWAUfm

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13