SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • "Bincang Dengan Kerajaan Negeri Sebelum Buat Keputusan" - KM


    KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap pandangan kerajaan negeri akan diambil kira sebelum sebarang keputusan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di peringkat Persekutuan diumumkan.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Kerajaan Persekutuan perlu berhubung dan berbincang dengan kerajaan negeri sebelum sesuatu keputusan dibuat.


    Beliau berkata, perbincangan penting kerana akhirnya keputusan yang dibuat itu perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

    “Kita yang akan melaksanakan keputusan dibuat oleh mereka jadi, pandangan kita perlu diambil kira.

    “Mereka kena tahu dan faham keadaan persekitaran negeri sama ada boleh melaksanakan secara terus atau tidak, sebaik sahaja keputusan diumumkan.

    Shafie Apdal (kanan) menerima sumbangan Covid-19 daripada beberapa organisasi di Kota Kinabalu hari ini.

    “Itu yang saya minta supaya berikan masa kepada kerajaan negeri untuk membuat persediaan sebelum pelaksanaan dibuat,” katanya ketika mengulas mengenai pendirian kerajaan negeri mengenai pelaksanaan PKPB seperti diumumkan kerajaan persekutuan.

    Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Barangan Keperluan Perubatan yang disumbangkan oleh Yayasan Osimal, MSIC Life Insurance Berhad dan Caring Pharmacy.

    Menurutnya, biarpun ada yang menyatakan perbincangan sudah dilakukan, namun di peringkat negeri Sabah, tiada sebarang makluman diberikan.

    Mohd. Shafie berkata, memang mesyuarat menteri-menteri kanan diadakan setiap hari tetapi tidak melibatkan pimpinan negeri.

    Atas sebab itu, beliau meminta biarpun tidak dibabitkan dalam mesyuarat, namun sekurang-kurangnya maklumkan kepada kerajaan negeri tentang apa keputusan yang bakal diambil.

    “Janganlah lepas buat keputusan, minta kerajaan negeri ikut. Jangan buat begitu, kena juga lihat kapasiti dan persekitaran kita duluan.

    “Berbincang dengan kita sama ada kita mempunyai kapasiti untuk laksanakan secara serta-merta. Ini tidak berhubung dengan saya pun,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan sektor ekonomi berkaitan yang akan dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir 12 Mei ini.

    Katanya, kerajaan akan melihat sektor berkaitan yang boleh dibuka semasa pelaksanaan PKPB seperti sektor keselamatan makanan, pengangkutan awam, minyak dan gas serta beberapa sektor yang berkepentingan lain.- BorneoToday
  • Parti Warisan Pimpinan Shafie Mahu Parlimen Bersidang


    SHAH ALAM - Ahli-ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian bahawa Parlimen wajib bersidang penuh sekurang-kurangnya dua minggu bermula 18 Mei ini.


    Perkara itu dinyatakan melalui kenyataan bersama dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Menurut kenyataan tersebut, ahli-ahli Parlimen pembangkang dari PH, Bersatu dan Warisan mengambil maklum keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini, sekali gus menyifatkan keputusan itu dibuat kerajaan berikutan koronavirus (Covid-19) semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


    "Bagi maksud perjalanan sidang Parlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakan sosial, memakai penutup mulut dan hidung serta melakukan saringan Covid-19 bagi ahli-ahli Parlimen.

    "Memandangkan Parlimen telah memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei diadakan dan memandangkan banyak aktiviti sudah mula dibenarkan bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih daripada sehari yang telah diumumkan," kata kenyataan itu hari ini.

    Katanya, persidangan lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu lebih mendalam serta membolehkan Ahli-ahli Jemaah Menteri melaksanakan agenda legislatif kementerian masing-masing.

    "Oleh yang demikian, kami menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu," kata kenyataan itu lagi.

    Pada 4 Mac lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 18 Mei ini dan bersidang selama sehari ekoran PKP yang dilaksanakan sekarang. - Sinar Harian
  • ESSCOM Nafi Lima Mangsa Culik Nelayan Indonesia Ditahan "Orang Tengah"


    Lahad Datu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan lima nelayan warga Indonesia masih dalam tawanan kumpulan penculik di Selatan Filipina.

    Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata demikian sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa mangsa kini ditahan ‘orang tengah’ yang menjadi perunding antara kumpulan penculik dan keluarga mangsa.

    “Tidak betul (laporan akhbar) kerana ketika ini, mangsa masih dengan kumpulan penculik.

    “Saya tidak menolak mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan menjadi orang tengah antara kumpulan penculik dengan keluarga mangsa,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

    Terdahulu sebuah media melaporkan mangsa Arsyad Dahlan, 41; La Baa, 32; Riswanto Hayano, 27; Edi Lawalopo, 53, dan Syarizal Kastamiran, 29, sudah dibebaskan oleh kumpulan penculik melalui rundingan.

    Bagaimanapun, semua mangsa kini ‘ditahan’ oleh ‘orang tengah’ bertujuan meminta bayaran lebih.

    Ketika ditanya mengenai mangsa yang kini seolah-olah menjadi mangsa pemerdagangan manusia antara kumpulan penculik di Selatan Filipina, Hazani berkata, aktiviti penculikan itu sudah menunjukkan tujuan mendapatkan wang.

    “Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat sekurang-kurangnya lima ketua yang memimpin kumpulan penculikan di Selatan Filipina dan ia boleh berubah berdasarkan persefahaman serta kepentingan kerjasama antara mereka.


    “Modus operandi mereka seperti pemainan kucing dan tikus, jika ada peluang serta mangsa, mereka bertindak,” katanya.

    Pada 17 Januari lalu, semua nelayan warga Indonesia yang bekerja dengan syarikat perikanan dari Sandakan, diculik di perairan Tambisan, Lahad Datu.

    Kemudian, kumpulan penculik meminta wang tebusan antara RM3 juta sehingga RM4 juta bagi pembebasan semua mangsa. -Borneo Today
  • Perintah Berkurung di Esszone Dilanjutkan Sehingga 20 Mei 2020


    KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 6 petang esok dilanjutkan sehingga 20 Mei, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass.

    Beliau berkata, susulan pelanjutan itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan terbabit antara 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

    “Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Zaini berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan Daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

    Katanya, perintah berkurung itu dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

    Zaini berkata, berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

    Beliau berkata, perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

    “Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

  • 7 Sekeluarga Ditahan Disyaki Terbabit Dadah Di Kota Kinabalu



    KOTA KINABALU: Tujuh sekeluarga antara 31 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam Op Sarang dan Op Covid-19 di sekitar daerah ini.

    Operasi dan serbuan itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang bermula 25 April hingga 1 Mei lalu.

    Pasukan polis menahan individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar bandar raya ini melalui Op Sarang dan Op Covid-19

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tujuh individu yang ditahan di sebuah rumah di daerah ini adalah sebuah keluarga.

    “Hasil serbuan itu, anggota polis turut menemui satu paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 50.48 gram di dalam sebuah rumah.

    “Semua mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan dadah di sekitar daerah ini,” katanya.

    Mengulas lanjut, Habibi berkata, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    “Bagi sembilan lagi individu ditahan membabitkan kes bekalan dan pengedaran dadah.

    “Hasil siasatan mendapati semua mereka ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap,” katanya.

    Tambahnya, dua lagi individu ditahan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952.

    Individu yang diperiksa oleh pasukan polis ketika menjalankan Op Sarang dan Op Covid-19 di Kota Kinabalu.
    “Selain itu, 10 individu lain ditahan bagi kesalahan memiliki dadah dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) ABD dan 12 individu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ABD 1952 kerana hasil ujian urin didapati positif dadah.

    “Berdasarkan hasil siasatan, 24 adalah warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing berusia 12 hingga 58 tahun,” katanya.
    Mengenai jumlah rampasan dadah dalam tempoh itu, beliau berkata, keseluruhan rampasan sebanyak 74.85 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM11,227 berdasarkan harga dadah semasa.

    “Operasi dan serbuan yang dijalankan adalah usaha Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu dalam memantau, mengesan dan mengekang segala aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di daerah ini.

    “Bagi mempertingkatkan lagi pembanterasan jenayah dadah, usaha sama daripada orang awam juga diperlukan dengan menyalurkan maklumat ke hotline IPD Kota Kinabalu melalui talian 088-529220,” katanya.- BorneoToday
  • Covid-19: 300 Peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu Disaring



    KOTA KINABALU: Kira-kira 300 sampel peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu diambil bagi ujian saringan Covid-19.

    Berlangsung selama dua hari bermula kelmarin dan semalam, pengambilan sampel turut membabitkan peniaga pasar ikan serta pekerja Sabah Fish Marketing (SAFMA).

    Pelaksanaan ujian itu dilihat mendapat respons baik dalam kalangan peniaga malahan ramai menjalani pemeriksaan secara sukarela.

    Peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu, Salmah Belan, 54, berkata, mulanya dia agak takut apabila diberitahu perlu menjalani ujian saringan Covid-19 namun perasaan itu hilang selepas bertemu pegawai kesihatan bertugas.

    “Saya ingat ujian ini mengambil masa lama tetapi kita hanya perlu mengisi borang sebelum anggota kesihatan mengambil sampel daripada hidung.

    “Ujian saringan penting kepada orang awam khususnya peniaga di pasar ini kerana kita sering bertemu ramai pelanggan tanpa mengetahui keadaan kesihatan mereka.

    “Apabila menjalani ujian ini, secara tidak langsung kita dapat mengetahui tahap kesihatan diri masing-masing,” katanya sudah lebih 20 tahun berniaga barangan runcit di pasar berkenaan.

    Sementara itu, seorang lagi peniaga pasar, Hariyati Samsul, 43, pendekatan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuat ujian saringan seperti itu di kawasan pasar secara tidak langsung membantu golongan peniaga berpendapatan kecil dan sederhana melakukan ujian terbabit.

    “Ramai dalam kalangan peniaga di sini mahu membuat pemeriksaan seperti ini tetapi tidak tahu lokasi mendapatkan.

    “Kebanyakan peniaga mahu ke klinik atau hospital swasta menjalani saringan Covid-19, namun kosnya terlalu mahal.

    “Apabila jabatan kesihatan datang ke pasar ini, kami bukan hanya boleh membuat ujian saringan Covid-19, malah maklumat berkaitan kesihatan,” katanya yang berniaga buah-buahan,” katanya.- HMetro
  • Berbaki 10 Pesakit Covid-19 Masih Dirawat di Daerah Tawau


    TAWAU; 4 MEI 2020 (Isnin) – Daerah Tawau merekodkan pertambahan empat pesakit Covid-19 telah sembuh dan discaj semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 70 orang.

    Ini menunjukkan Tawau hanya berbaki 10 kes aktif yang masih dirawat dan dalam pengawasan di wad Hospital Tawau.

    Melalui laporan perkembangan pesakit Covid-19 bagi negeri Sabah yang dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah semalam, Tawau masih kekal sebanyak 81 kes secara keseluruhan.

    Angka tersebut merupakan prestasi baik bagi Tawau yang merekodkan tiada pertambahan kes selama lebih dua minggu (15 hari) berturut-turut sejak 18 april lepas.

    Menerusi laporan tersebut juga menunjukkan Tawau kekal berada di zon merah dengan merujuk kiraan kumulatif dan disenarai di zon kuning dengan merujuk pada kes aktif.

    Untuk rekod, 95-peratus dari keseluruhan kes di Tawau terdiri dari kluster tabligh Seri Petaling, generasi pertama, kedua dan ketiga selain terdapat kluster ‘tabligh lain-lain’.

    Manakala selebihnya iaitu empat kes lagi iaitu dua kes adalah mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan satu kes sporadik dengan satu kontak.

    Sementara itu, daerah Lahad Datu turut merekodkan tambahan empat orang sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh sebanyak 41 orang dan hanya berbaki dua pesakit yang masih dirawat di Hospital daerah berkenaan.

    Dalam pada itu, daerah Semporna yang telah mencatatkan sifar kes sebelum ini kini merekodkan satu kes aktif apabila satu dari dua kes yang direkodkan di daerah tersebut dirawat semula.

    Sumber: Facebook BESTAWAUfm
  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13