• Hampir RM1.2 billion berjaya disalurkan ke Pensiangan sepanjang 2 tahun - Arthur



    NABAWAN: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Pensiangan 'Hebatkan Pensiangan', dengan harapan untuk memberikan gambaran kepada pengundi tentang perkara-perkara yang menjadi perjuangannya sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

    Arthur semasa melancarkan Manifesto PRU15 Parlimen Pensiangan di Dewan Kampung Melampoi semalam menjelaskan secara terperinci enam teras dalam manifesto 'Hebatkan Pensiangan' bagi tempoh lima tahun.

    Antara teras dalam manifesto beliau adalah Infrastruktur; Pendidikan dan Modal Insan, Ekonomi dan Keusahawanan; Sosial dan Kebajikan; Pembangunan Belia dan Sukan serta Tanah dan Adat.

    Melalui enam teras yang digariskan itu jelas Arthur, beliau sedia memberikan komitmennya kepada rakyat di kawasan Parlimen Pensiangan yang mana ianya merupakan keutamaannya sebagai wakil kepada suara 'Keluarga Malaysia' di kawasan Pedalaman Sabah.

    Dalam pada itu, Arthur turut menyifatkan kesepakatan diantara Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) dalam PRU15 ini mencerminkan kerjasama yang berjiwa besar dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

    Mengulas lanjut, Arthur berkata dalam tempoh dua tahun lebih sebagai wakil rakyat kerajaan, beliau telah gigih berusaha membawa pembangunan di kawasan Parlimen Pensiangan.

    Jelasnya, dalam tempoh tersebut, hampir RM1.2 bilion telah disalurkan melalui projek-projek pembangunan serta program-program pemerkasaan dan kebajikan khususnya bagi penduduk di kawasan Pensiangan.

    "Antaranya projek menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan; menaik taraf jalan Pekan Pagalungan ke Pensiangan; menaik taraf Jalan Sinaron ke Linayukan, Tongod dan Program Kaki-Kaki Kampung, " katanya.

    Turut hadir memberi sokongan kepada Arthur dalam majlis pelancaran manifesto, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan; Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pensiangan, Abi Wednes Gagamboi dan Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Busiau Ampirak.

    Abi ketika berucap menyifatkan calon BN, Arthur sebagai pemimpin masa hadapan yang tepat untuk memimpin Parlimen Pensiangan sesuai dengan usianya yang masih muda.

    Bobbey juga turut menyampaikan amanah kepada para jentera parti dalam gabungan bagi memenangkan calon BN disamping memberikan kerjasama yang utuh bagi memudahkan pengurusan para pengundi.


    Oleh: Kenneddy Corlleus
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13