• Sembilan Pesakit Jantung Kanak-kanak Berjaya Dapat Rawatan Di Kuala Lumpur

    ALBUM: Eva (kanan) merakamkan gambar kenangan
    bersama Aurelleya dan ibunya ketika tiba di LTAKK baru-baru ini.

    KOTA KINABALU: Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF) mengumumkan seramai sembilan pesakit jantung dari kalangan kanak-kanak telah berjaya mendapatkan pembedahan di Kuala Lumpur.

    Presiden SOSHF Datuk Eva Susau berkata, kesemua pesakit menerima rawatan pada tahun ini. Ia juga merupakan kesinambungan usaha murni persatuan ini untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

    "Sejak 1981 sehingga hari ini, sejumlah 710 pesakit telah berjaya dibantu," katanya selepas menyambut ketibaan Aurelleya, 8, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini, kelmarin.

    Beliau berkata, Aurelleya mendapat tajaan penuh daripada SOSHF untuk mendapatkan rawatan pembedahan jantung di Kuala Lumpur. Aurelleya ditemani ibunya (Meldirawati) adalah berasal dari Kampung Mangkalua, Kota Marudu.

    "Ayahnya bekerja sebagai penoreh getah yang hanya memperolehi pendapatan sekitar RM300 sebulan. Mereka adalah dari keluarga dikategorikan sebagai miskin tegar.

    "Jarak rumah mereka ke Queen Elizabeth Hospital II adalah dalam lingkungan 149 kilometer dan memerlukan tiga jam untuk sampai destinasi.

    "Meldirawati menjelaskan, anaknya mempunyai temu janji di klinik hospital pakar di sini, dan terpaksa membayar perkhidmatan kenderaan sebanyak RM200 untuk pergi serta balik.

    "RM200 bukan senang untuk diperolehi," kata Eva sambil menambah faktor kewangan merupakan kebimbangan utama kepada keluarga miskin tegar untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang sewajarnya.

    Oleh yang demikian katanya, SOSHF telah mewujudkan tabung kebajikan khusus untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga pesakit miskin yang tidak mampu membayar yuran pengangkutan dan membeli tepung susu untuk anak mereka.

    Beliau juga menasihatkan para pesakit agar tidak terlepas dengan temu janji mereka untuk mendapatkan rawatan.

    Katanya, pada ketika ini semua kos telah meningkat tinggi termasuk penerbangan ke Kuala Lumpur, pengangkutan darat, kos rawatan, pembedahan dan tepung susu semuanya mahal.

    "Kami juga mempunyai pesakit yang mengalami kekurangan zat makanan, berat badan tidak sepadan dengan umur mereka.

    "SOSHF akan cuba sedaya upaya untuk membantu pesakit seumpamanya dari segi keperluan kebajikan," katanya.

    Dalam pada itu, Eva juga menjelaskan pihaknya pada 4 Ogos 2022 juga berjaya menaja Muhd Abdullah Muammar berumur satu tahun dari Kinabatangan, Jennie Christina Jen,3, (7 Oktober 2022), Kota Belud untuk menjalankan rawatan jantung dan kini sedang berehat di rumah masing-masing.

    "Sekali lagi saya ingin merayu kepada masyarakat awam yang bermurah hati dan syarikat korporat agar menghulurkan dana bantuan kepada SOSHF, agar lebih ramai kanak-kanak kurang bernasib baik mampu mendapatkan rawatan jantung.

    "Semua derma akan dikecualikan cukai, mereka yang bermurah hati boleh menyalurkan bantuan ke CIMB Bank 8005716221 atau berhubung terus pada talian 019 8801270," katanya.


    Sumber : Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13