• Polis Tahan Wanita, Tawar Rumah Sewa Tidak Wujud



    ZAIDI

    KOTA KINABALU
    : Seorang wanita ditahan selepas menjalankan aktiviti memperdaya orang ramai melalui iklan sewa rumah tidak wujud di laman sosial Facebook di sini.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian berlaku apabila salah seorang mangsa iaitu kakitangan kerajaan membuat laporan polis berkenaan kes penipuan terbabit.

    “Hasil siasatan mendapati mangsa berumur 33 tahun pada mulanya melihat iklan rumah sewa di sebuah taman perumahan di Bundusan, Penampang semasa melayari laman sosial Facebook miliknya pada pertengahan Ogos 2022.

    “Mangsa yang berminat dengan iklan itu kemudiannya menghubungi dan berurusan dengan ejen terbabit melalui aplikasi Whatapps sebelum bertemu dengan suspek di sebuah perumahan di Kepayan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat pembayaran tunai sebanyak RM1,500 kepada suspek sebagai wang pendahuluan pembayaran rumah hasil perbincangan bersama suspek di lokasi terbabit.

    “Dalam pertemuan itu juga suspek berjanji kononnya mangsa boleh masuk ke dalam rumah tersebut pada 17 September.

    “Mangsa kemudiannya meminta alamat rumah untuk membolehkannya melihat rumah terbabit bagaimanapun suspek memberi pelbagai alasan dan akhirnya suspek gagal dihubungi,” katanya.

    Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas menyedari mangsa penipuan suspek.

    “Bertindak dengan kejadian, pihak polis melalui Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) berjaya menahan seorang wanita berumur 39 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penipuan ini pada jam 8.30 pagi 4 Oktober lalu.

    “Hasil soal siasat terhadap suspek yang juga bekerja sebagai ejen sewa rumah itu mendedahkan suspek mengaku menawarkan rumah sewa melalui Facebook kepada mangsa.

    “Suspek juga sudah menerima bayaran sebanyak RM1,500 daripada mangsa dan mengaku wang yang diambil itu sudah digunakan untuk kegunaan sendiri,” katanya.

    Beliau berkata siasatan masih diteruskan dan kemungkinan ada laporan polis baharu yang bakal menyusul berkenaan kes ini.

    “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda sekiranya sabit kesalahan.

    “Orang awan terutama pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dinasihatkan agar berhati-hati dalam urusan sewa rumah dan tidak mudah percaya dengan iklan yang terpapar di media sosial sewenangnya.

    “Jangan membuat apa-apa pembayaran sebelum memastikan rumah sewa tersebut benar-benar wujud,” katanya.

    Sumber : Utusan Borneo

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13