• Tambah Baik Kemudahan, Perkasa Pembangunan Sektor Minyak Sawit Sabah

    KOTA KINABALU
    : Kerajaan negeri akan meningkatkan penggunaan teknologi dan inovasi bagi memperkasakan produktiviti, daya saing serta pembangunan sektor minyak sawit.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kemajuan dicapai dalam sektor minyak sawit serta penambahbaikan kemudahan dan penyediaan insentif oleh kerajaan merupakan peluang baik kepada pemain industri bagi menceburi industri hiliran.

    "Sabah kini mempunyai sembilan kilang pemprosesan minyak sawit dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 7.48 juta tan setahun.

    "Sementara itu, dua kilang biodiesel kini beroperasi mengeluarkan 300,000 tan minyak bio setahun," katanya ketika di Pameran Sabah Transfer of Technology (TOT) di sini, semalam.

    Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah membangunkan dua lokasi strategik iaitu Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan Sandakan.

    Katanya, POIC berkenaan ditubuhkan untuk dijadikan hab bersepadu bagi menyediakan peluang pelaburan dalam sektor hiliran dan pelaburan bagi menyokong aktiviti eksport serta import minyak sawit.

    "Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia juga akan membantu memperkasakan rangkaian hubungan serta kelancaran pengangkutan termasuk untuk produk minyak sawit.

    "Kerajaan negeri juga memperuntukkan sejumlah RM65.97 juta kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian termasuk Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan bagi memperkasakan sektor perindustrian Sabah.

    "Pada Rancangan Malaysia ke-12, sejumlah RM116.67 juta telah diluluskan untuk Kementerian Pembangunan Perindustrian bagi menampung keperluan pembangunan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), POIC Lahad Datu serta Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP)," katanya.

    Katanya, kerjasama diantara kementerian dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam menganjurkan TOT Sabah 2022 telah menyediakan ruang kepada para pengusaha serta pelabur untuk menyertai perdagangan dalam sektor hiliran minyak sawit.

    Menurutnya, teknologi yang ditawarkan MPOB termasuklah fomulasi produk makanan kepada oleokimia dan barangan biomass serta tenaga hijau yang dihasilkan kilang penapisan.

    "Saya yakin penglibatan syarikat tempatan dalam teknologi komersial dalam sektor minyak sawit akan menghasilkan pendapatan serta sumbangan kepada pembangunan industri berkenaan secara keseluruhan.

    "Pembangunan kilang oleokimia mempunyai potensi besar sehingga peringkat hiliran memandangkan ianya masih belum wujud di Sabah dan Sarawak," katanya.

    Katanya, selain masih belum mempunyai pesaing di Sabah, pelabur dalam sektor oleokimia juga dijamin bekalan berterusan bahan mentah dalam bentuk minyak sawit, yang lebih mesra alam serta ditawarkan dengan kos berdaya saing berbanding bahan mentah lain khususnya petrokimia.

    Dalam pada itu, Hajiji turut memuji dua syarikat tempatan yang telah menjadi rakan niaga bersama MPOB untuk menghasilkan nilai tambah dalam produk berasaskan minyak sawit.

    Katanya, usahasama diantara MPOB dan Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn Bhd berjaya menghasilkan baja bio GanoEF bagi mengawal penyakit dalam penanaman kelapa sawit.

    Menurutnya, usahasama diantara MPOB dengan Sustainable Oil Palm Planters Cooperative Consortium adalah untuk memanfaatkan peluang perniagaan dalam teknologi produk pembersihan berasaskan minyak sawit.

    "Usaha-usaha sedemikian membuka ruang untuk pembangunan oleokimia menerusi penghasilan bahan asas untuk pembersihan, produk jagaan diri dan juga pasaran eksport serta import," katanya.

    Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk pelabur tempatan dan asing yang berminat, termasuk mereka yang mahu wujudkan usahasama dalam situasi menang-menang diantara sektor awam dan swasta, khususnya komersial dalam teknologi berasaskan minyak sawit.

    Sumber : Utusan Borneo
  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13