• Tanpa MA63 Tiada Malaysia


     

    Kota Kinabalu:Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak),Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyelar tindakan mencadangkan Perjanjian Baharu sebagai pendek akal dan menimbulkan kekeliruan.

    Tegasnya,beliau sangat tidak setuju dengan cadangan Timbalan Presiden UMNO,Datu Seri Muhamad Hasan baru-baru ini.Maximus berkata Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah dokumen yang suci dan cukup bermakna sebagai asas pembentukan Persekutuan Malaysia.

    "Maksudnya,tanpa MA63,Persekutuan Malaysia tidak wujud.Tambahan pula pindaan perlembagaan yang diluluskan adalah keputusan sebulat suara oleh Parlimen pada Disember 2021,MA63 kini menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

    "Cadangan untuk Perjanjian Malaysia baharu,seperti yang dinyatakan oleh Tok Mat ,dan mendapat sokongan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan adalah tidak munasabah,dan mengelirukan serta mampu melemahkan Malaysia,"katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Beliau tegas mengatakan adalah tidak patut untuk mana-mana rakyat Malaysia mengabaikan MA63 dan menggantikan dengan perjanjian baharu,lebih-lebih lagi kandungan perjanjian yang tidak jelas.

    Maximus mempersoalkan,adakah cadangan perjanjian baharu  itu akan mengukuhkan asas dokumen MA63,atau ianya diabaikan.

    Beliau juga sependapat dengan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak ,Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyifatkan cadangan itu sebagai 'Idea gila' kerana tida siapa yang harus mengubah perjanjian asas yang telah membawa kepada pembentukan Malaysia.

    Beliau turut menegaskan bahawa mengabaikan MA63 bermakna membelakangkan Persekutuan Malaysia.

    "Ia sama dengan memutuskan ikatan yang menyatupadukan Persekutuan Tanah Melayu,Borneo Utara,dan Sarawak pada 1963.Tindakan ini akan mengembalikan kita kepada status asal dan terpaksa mengkaji semula identiti negeri masing-masing.

    "Adakah itu yang rakyat Malaysia mahukan?Berhati-hati  dengan apa yang kita terangkan dalam kajian kita mengenai pembangunan negara.

    "Kita juga perlu beri perhatian serius untuk mengeluarkan cadangan yang tidak bertimbang rasa kerana ia hanya akan melemahkan apa yang telah dicapai oleh nenek moyang dan kita semua ke arah pembinaan dan pembangunan negara.

    "Kita harus membina dan memperkukuhkan kekuatan,keamanan ,dan perpaduan negara kita.Kita mesti mengelak bermain  dengan semantik dan politik," katanya.

    Sumber :-Deasoka

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13