• 396 Penduduk Di Sook Dan Nabawan Menerima Manfaat BLKM

    Nabawan : Seramai 396 orang penduduk dalam lingkungan usia 16 hingga 60 tahun telah memperoleh lesen menunggang motosikal kelas B2 melalui Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) disini hari ini.

    Datuk Arthur Kurun Selaku Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata kawasan parlimennya telah menjadi lokasi pertama di Sabah bagi menjayakan program Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) kementerian pengangkutan itu melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Dengan pemilikan lesen kelas B2 itu sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan  mereka mencari serta meningkatkan pendapatan melalui pekerjaan atau perniagaan melalui motosikal dan seterusnya dapat meningkatkan sosio ekonomi setempat masyarakat B40 di Sabah,katanya.

    "Pemberian bantuan lesen memandu ini adalah selari dengan usaha yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan ekonomi penduduk dikawasan ini,"katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Majlis Penutup BLKM Peringkat parlimen P.182 Pensiangan -Zon 1 Nabawan Bil 1/2022 di sini hari ini.

    Sementara  itu,beliau percaya usaha meningkatkan ketersambungan perhubungan darat dan jaringan telekomunikasi adalah penting bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk penduduk setempat.

    "Antara usaha-usaha yang giat dilaksanakan merangkumi infrastruktur perhubungan darat seperti pembinaan jalan Sapulut ke Salung ke Pagalungan sehingga ke Pensiangan Jalan Kampung Sinaron ke Kampung Linayukan di Tongod.

    "Juga sedang diusahakan pembinaan baharu serta menaiktaraf menara telekomunikasi bagi memperluaskan akses telekomunikasi di Parlimen ini," katanya.


    Sumber: -Bernama



  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13