• PATI Lawat Isteri Di Kunak Punca Kewujudan Kluster Laut


    Seramai 49 Kes Positif yang dilaporkan di Sabah hari ini. Majoriti kes tersebut iaitu 44 kes adalah dari Kluster Benteng LD. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini juga turut mengumumkan kewujudan kluster baru di Sabah iaitu Kluster Laut. Seramai 4 Kes dilaporkan daripada kluster tersebut:

    KLUSTER LAUT 

    KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di kalangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Kunak, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9859) adalah seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos 2020.

    Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri kes. Isteri kes (iaitu kes ke-9860) pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

    Beliau didapati mula bergejala pada 6 September 2020. Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat, dua (2) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9861 dan kes ke-9862). Sehingga 12 September 2020, sejumlah 49 telah disaring dalam kluster ini. Kesemua saringan ini melibatkan warganegara Filipina. Daripada jumlah ini:

    Empat (4) kes dikesan positif COVID-19;

    14 individu negatif; dan

    31 individu masih menunggu keputusan.

    Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

    Sumber: Kenyataan Akhbar KPK 12 September 2020


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13