• MAFI Terbukti Bantu Perkasakan Ramai Agropreneur Muda Di Sabah

     

    BANTUAN: Penerima-penerima bantuan MAFI merakamkan foto bersama Che Abdullah dan
     Haslina.

    KOTA KINABALU: Program Agropreneur Muda (PAM) terbukti membantu ramai usahawan agro di negeri ini semenjak diperkenalkan dengan rekod 534 peserta sudah dibantu melibatkan geran keseluruhan bernilai RM7.79 juta.

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata angka itu berdasarkan rekod semenjak 1 Januari 2016 hingga 30 Ogos tahun ini.

    “Bantuan geran ini diberikan dalam pelbagai sektor, misalnya sektor tanaman sahaja seramai 309 peserta sudah dibantu melibatkan geran sebanyak RM3.71 juta,” katanya.
    Che Abdullah berkata demikian pada sidang media Program Jelajah Agropreneur Muda di Kompleks Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah, KKIP, Telipok.



    PASARAN BAHARU: Che Abdullah tertarik dengan percubaan pertama FAMA mengeksport buah tarap ke Semenanjung melalui udara dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad.

    Menurutnya, seramai 34 peserta dalam sektor perikanan sudah dibantu dengan nilai geran RM730, 000 dan ternakan pula melibatkan 46 peserta dengan nilai geran RM1.02 juta.

    “Penerima bantuan geran dalam sektor industri makanan di Sabah pula adalah yang kedua tertinggi di negara ini dengan rekod sebanyak RM2.33 juta sudah disalurkan,” katanya.

    Mengulas lanjut, beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) komited untuk terus menyemarakkan semangat anak muda menceburi bidang pertanian.

    Malah, Unit Agropreneur Muda ditubuhkan di kementerian terbabit dalam rangka untuk memperkasakan golongan muda menerusi pelbagai bantuan seperti geran dan pinjaman

    HASLINA


    “Melalui unit ini, kita juga mengadakan kursus-kursus membantu usahawan-usahawan muda memajukan perniagaan mereka, malah prestasi peserta-peserta turut dipantau.

    “Mereka sentiasa dipantau untuk memastikan bantuan yang diberikan benar-benar dimanfaatkan dalam pembangunan atau perkembangan perniagaan mereka,” katanya.

    Menyentuh perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid berkata PAM adalah elemen penting dalam pembangunan usahawan agro.

    “Khususnya melibatkan usahawan yang berumur dalam lingkungan18 sehingga 40 tahun dan kita mensasarkan seramai 1,200 anak muda sebagai penerima pada tahun ini.

    “Buat masa ini, kita sudah mengeluarkan lebih RM10 juta daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM20 juta, dan kita optimis angka ini dapat dicapai,” katanya.

    Haslina berkata trend anak muda yang berminat dalam bidang pertanian juga semakin positif semenjak musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa.

    “Dalam keadaan PKPP, ramai anak muda berminat dan kita memang menggalakkan kerana dalam pertanian banyak bidang boleh diteroka seperti penternakan, perikanan dan pemasaran.

    “Bidang-bidang begini cukup dengan anak muda malah, kita juga menyediakan kursus secara atas talian mengikut norma baharu iaitu secara web binar,” katanya.

    Beliau berkata MAFI akan terus mendekati anak muda dalam usaha menarik minat golongan terbabit termasuk membantu meningkatkan usaha mereka melalui kaedah moden.

    Menyentuh perkembangan usahawan agro di Sabah pula, kementerian terbabit sehingga kini sudahpun memasuki setiap daerah di negeri ini dalam usaha membantu agropreneur muda.

    “Kita berharap lebih ramai anak muda dari negeri ini akan datang, lebih-lebih lagi MAFI mempunyai pelbagai jabatan dan agensi yang boleh memberi khidmat nasihat.

    “Mereka bukan sahaja boleh mengunjungi pejabat-pejabat Pertanian yang ada di daerah berhampiran, tetapi boleh juga melayari laman sesawang berkaitan,” katanya.

    SIDANG MEDIA: Che Abdullah mendedahkan MAFI sudahpun berjaya membantu
     lebih 500 usahawan agro di Sabah semenjak diperkenalkan pada 1 Januari 2016.

    Pada masa sama, Haslina berkata usahawan agro di negeri ini tidak perlu khuatir dianaktirikan kerana semua pemohon bantuan di seluruh negara akan dilayan selayaknya.

    “Kita melihat kisah-kisah kejayaan usahawan agro di negeri ini yang memang kompeten dan sudah meningkat, justeru kita mahu terus merancakkan PAM dari masa ke semasa.

    “Inisiatif program ini diperluaskan di seluruh negara dan usahawan agro di Sabah tidak perlu ragu untuk turut merebut peluang-peluang bantuan yang ditawarkan,” katanya.-Amir Anuar



  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13