• Jafry Kecewa WARISAN Buka Pintu Rundingan Isu Tuntutan Filipina Terhadap Sabah

    Datuk Jafry Ariffin

    KINABATANGAN: Setiausaha UMNO Negeri Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata cadangan dibuat oleh Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mahu kerajaan Persekutuan berunding dengan kerajaan Filipina mengenai tuntutan negara itu terhadap Sabah disifatkan sebagai satu usaha WARISAN iktiraf tuntutan itu.

    Jafry yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeru (DUN) Sukau berkata itu memperlihatkan sebagai satu pengiktirafan WARISAN terhadap tuntutan negara berkenaan terhadap negeri ini.

    Beliau menjelaskan sedang kita dalam kerajaan Persekutuan yang diterajaui oleh Perikatan Nasional (PN), BN, PAS dan sekutunya tidak membuka ruang sebarang rundingan dengan kerajaan Filipina berhubung tuntutan Sabah.

    “Kita tutup rapat asas sebarang rundingan. Kerajaan Persekutuan tidak mengiktiraf tuntutan itu,” tegasnya kepada pemberita.

    Jafry kecewa dengan WARISAN yang bersetuju dengan tindakan kerajaan Filipina atas tuntutan negeri Sabah.

    Sekiranya dibiarkan berunding, beliau melahirkan kebimbangan di mana generasi negeri Sabah pada masa depan akan berhadapan dengan ancaman daripada kerajaan Filipina.

    Dalam pada itu, Jafry yang berkempen di Kampung Paris berkata sambutan penduduk termasuk golongan belia di kampung itu amat menyokong baik.

    “Mereka berkonvoi bermotosikal dengan mengiringi saya yang membuat kempen rumah ke rumah. Saya fokus rumah ke rumah adalah untuk fokus mendengar hati pengundi itu sendiri.

    Berbanding kepada ceramah-ceramah yang dijalankan, beliau berkata hanya dia sahaja yang memberi ceramah berbanding konsep rumah ke rumah yang mana dia sendiri mendengar permasalahan yang mereka hadapi.

    “Alhamdulillah.. saya juga berkesempatan bertemu sendiri dengan golongan belia dan mendengar sendiri luahan hati mereka

     “Saya datang jumpa… duduk bersama mereka dan dengar masalah mereka sendiri. Ini lebih baik agar permasalahan mereka hadapi itu kita dapat selesaikan selepas BN menerajui kerajaan negeri selepas 26 September ini,” tegasnya.

    Beliau berkata ada golongan belia ini yang malu-malu untuk bercakap tetapi kita ikhlas untuk mendengar apa yang mereka inginkan dan masalah dihadapi.

    “Hubungan dua hala bersama golongan belia ini amat baik dan menyokong kita serta mereka inginkan BN memerintah semula negeri ini.

    “Mereka turut menyuarakan pelbagai masalah yang mereka hadapi seperti masalah banjir yang mana jambatan yang ada tidak dapat dilalui ketika banjir, gelanggang futsal yang mengalami kerosakkan yang perlu dinaiktaraf,” katanya.- 


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13