• BERSATU TELUPID TERDESAK KERANA TIADA SOKONGAN

     TELUPID: UPKO Bahagian Beluran masih kukuh kerana cuma seorang ahli daripada Generasi Muda UPKO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

    Ia sekali gus menyangkal dakwaan seramai 200 ahli UPKO dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyertai parti itu.

    Setiausaha Penganjur Pergerakan Generasi Muda Bahagian UPKO Beluran, Alvein Dee, berkata sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima 200 surat letak jawatan seperti yang digembar-gemburkan.

    Katanya, PPBM tidak sepatutnya mendidik belia dengan cara berbohong kepada rakyat.

    “Satu Malaysia melihat gambar yang viral dan juga yang dilaporkan dalam stesen televisyen tempatan yang mana hanya satu borang yang diserahkan, tetapi yang diumum kononnya 200 ahli baru.

    “Ini umpama satu unsur penipuan dan kebudak-budakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Alvein


    Alvein turut mengingatkan pemimpin Bersatu di bahagian itu yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Persekutuan agar tidak hanya berpolitik, sebaliknya menyelesaikan isu rakyat yang lebih penting termasuk masalah tanah dan pembangunan asas.

    Beliau juga menegaskan tindakan seorang ahli keluar parti untuk menyertai Bersatu tidak menjejaskan Pergerakan Generasi Muda UPKO Beluran, sebaliknya semakin utuh dan bersemangat.

    “UPKO Telupid semakin kukuh dan akan terus memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi dalam kerajaan campuran Sabah.

    “Saya menghormati keputusan saudara Donnysius Salati untuk tidak lagi bersama Generasi Muda UPKO. Beliau merupakan sahabat saya dan saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya.

    “Buat masa ini, kita belum mendapat apa-apa pemberitahuan secara rasmi atau bertulis,” katanya.

    Alvein berkata, beliau juga yakin UPKO akan diberikan kepercayaan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telupid.

    Katanya, kerjasama dan persefahaman dalam kalangan parti gabungan UPKO, Warisan, PKR dan AMANAH semakin akrab di DUN Telupid.-http://beritasabah.com


  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13