• Statistik kes demam denggi di Tawau membimbangkan


    NAVINDRAN

    TAWAU : Sebanyak 361 kes demam denggi dilaporkan berlaku di daerah ini dengan mencatatkan satu kematian bermula awal tahun sehingga minggu ke-29 tahun 2020.

    Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. G. Navindran berkata kes demam denggi di daerah ini sangat membimbangkan kerana ada di antara kes melibatkan sehingga enam orang dijangkiti dalam satu taman perumahan tahun yang sama.

    "Kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan sekiranya masyarakat masih lagi tidak mengambil berat soal menjaga kebersihan di tempat mereka, sudah pasti statistik kes terus meningkat," katanya ketika di temui di Pejabatnya, di sini kelmarin.

    Mengulas lanjut, terdapat enam kawasan yang terlibat masih aktif antaranya, Taman Semarak Fasa 2, Kampung (Kg) Muhibbahraya, Kampung Kongsi 8, Kg Pasir Putih Blok A, Taman Hill Top dan Kg Sungai Imam.

    "Manakala bagi kawasan panas pula termasuklah Kg Pasir Putih Blok B dan D, Batu 2 Apas Balung Kg Baru, Kg Baru Pasir Putih, Taman Sri Aps dan Taman Semarak," katanya.

    Navindran berkata, masalah denggi di daerah ini adalah sikap orang awam yang tidak mahu menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal mereka.

    "Kita sudah banyak kali mengadakan program gotong-royong membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes tetapi tidak sampai satu minggu tempat tersebut kembali penuh dengan sampah sarap.

    "Sekiranya masyarakat masih bersikap seperti itu, masalah denggi tidak dapat diatasi dan kemungkinan besar lebih ramai lagi orang yang berpontesi dijangkiti demam denggi sehingga berlaku kematian,"katanya.

    Menurutnya, pihak Pejabat Kesihatan Tawau berharap, masyarakat lebih peka untuk menjaga kebersihan di dalam rumah dan sekitar taman perumahan atau kampung.

    "Jangan ambil mudah soal menjaga kebersihan lebih-lebih lagi sekarang musim hujan yang menyebabkan air mudah bertakung menjadi tempat nyamuk Aedes membiak.

    "Nyamuk Aedes boleh terbang dalam jarak 200 meter dan bukan kita sahaja berpotensi digigit nyamuk tersebut tetapi jiran-jiran kita juga turut menjadi mangsa," katanya.

    Katanya, jangan fikir tempat yang sudah disembur asap 'fogging' boleh terhindar nyamuk kerana itu hanya dapat menghalau nyamuk dewasa sahaja, tidak dapat melupuskan tempat pembiakannya.

    "Dengan itu, pihak Pejabat Kesihatan Tawau akan mengambil tindakan tegas kepada kediaman yang mempunyai tempat pembiakan nyamuk termasuk mengenakan kompaun sebanyak RM100 tanpa amaran,"katanya.- 

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13