• CUBAAN ‘BELI’ WAKIL RAKYAT – SIASAT SECARA MENYELURUH TERMASUK SIAPA DALANGNYA

    Datuk Seri Shafie Apdal


    KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh terhadap dakwaan wakil rakyat daripada Kerajaan Sabah yang mengatakan telah cuba ‘dipancing’ oleh pihak tertentu untuk berpaling tadah.

    Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), berkata, ia susulan laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa wakil rakyat dan berharap ianya akan disiasat secara terperinci termasuk mencari siapa dalangnya.

    ”Ada ADUN yang ditemui pihak tertentu, malah ada yang masuk dalam rumah. Kalau mahu masuk dalam rumah sekali pun, kena ada waran yang sah untuk mengetahui tujuannya.

    ”Perkara ini bukan berlaku sekali sahaja, ia sudah berulang kali dan ini menggangu gugat ketenteraman individu.

    ”Dikatakan ada orang jumpa Yang Berhomat (YB) kerajaan. Wakil siapa dia? Siapa dia yang jumpa YB itu adakah mereka ini mahu membentuk kerajaan atau mahu menjadi Ketua Menteri, mahu jadi kerajaan pemerintah. Saya yakin ada pihak lain dibelakang mereka ini,” katanya seperti dipetik sebuah portal berita tempatan, hari ini.

    Shafie berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan tindakan menggangu gugat ketenteraman wakil rakyat sehingga datang ke rumah mereka perlu disiasat dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

    ”Keadaan ini boleh menjejaskan ketenteraman keadaa di peringkat negeri dan juga negara. Jika wakil rakyat itu redha untuk beralih sokongan, tiada masalah kerana kita juga tidak mahu memaksa. Macam Limus Jury dan James Ratib mahu masuk (parti pembangkang) masuklah, saya tidak paksa.

    ”Kita tidak mengugut orang itu amalan kita dalam mematuhi perjalanan undang-undang yang ada.

    ”Saya harap pihak berwajib membuat siasatan lanjut mengenai perkara ini dan kita mahu lihat apa penemuan mereka, ke arah mana dan siapa sebenarnya menyuruh mereka untuk membuat desakan seumpama ini,” katanya ketia mengulas mengenai cubaan membeli ADUN kerajaan negeri.

    Sementara itu, mengenai perancangan mengembangkan sayap parti sebagai parti nasional, Shafie berkata, perkara itu belum diputuskan di peringkat parti kerana ia perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden.

    Namun, jika dilihat dalam sejarah parti Sabah, biarpun parti itu parti tempatan tetapi mereka masih bertanding di luar Sabah.

    Misalnya, Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah bertanding di Pulau Pinang dan UPKO yang dulu dikenali sebagai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) juga bertanding di Perak dalam Pilihan Raya Umum ke-12.-Berita Sabah,Com

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13