SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Kluster Jalan Bomba Bukan Kluster Dalam Balai Bomba Sandakan

     

    MARTIN

    SANDAKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan menafikan ada berlakunya kluster baharu dalam Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.

    Ketua JBPM Zon Sandakan, Penguasa Bomba Martin Thomas berkata, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan serta anggota bomba secara individu telah menerima panggilan serta mesej pesanan ringkas daripada orang awam, keluarga serta rakan kenalan menanyakan tentang Kluster Jalan Bomba.

    Beliau menegaskan Kluster Jalan Bomba bukannya dari anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.
     
    "Pihaknya sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani penularan COVID-19 di kawasan Balai Bomba dan Penyalamat Sandakan," katanya.

    Martin meminta pihak berwajib agar menyatakan secara terperinci Kluster Jalan Bomba yang dimaksudkan agar tidak timbul kekeliruan masyarakat terhadap perkara ini.

    Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya masih lagi menjalankan operasi sanitasi atau nyah kuman di tempat-tempat yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

     
    "Operasi itu dilaksanakan dengan SOP yang ketat bagi memastikan keselamatan anggota yang bertugas," katanya.

    Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya telah menyebut pihak KKM telah mengenal pasti empat kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bomba di Sabah, Kluster Jalan Utara di Sabah, Kluster Benteng PK di Selangor dan Kluster Bakawali di Johor.-Yusop Teppo

  • Infrastruktur, Kemudahan Asas Di Sabah Akan Ditambah Baik


     KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata beliau akan memastikan kemudahan asas dan infrastruktur di Sabah dinaik taraf, khususnya di kawasan luar bandar.

    Bung Moktar yang memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Kerja Raya Sabah hari ini berkata misi utama beliau itu selaras dengan aku janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Sabah.

    "Tugas saya dan rakan-rakan, semua agensi di sini (kementerian) akan memastikan rakyat mendapat hak mereka, mendapat bekalan air bersih dan jalan raya yang baik," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Helena Masry di bangunan kementerian, di sini.

    Katanya, beliau juga akan berusaha memperincikan proses pembinaan Lebuhraya Pan Borneo supaya berjalan lancar.

    Dalam pada itu, Bung Moktar berkata dalam usaha membendung pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan kepada kerajaan negeri agar Kota Kinabalu dikenakan sekatan pergerakan.

    Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu berkata sekatan itu bergantung kepada perkembangan harian jumlah kes COVID-19 di negeri itu, sebelum penguatkuasaan sekatan pergerakan dilakukan.

    "Sekiranya COVID-19 masih terkawal, saya rasa tidak perlu sekatan pergerakan tetapi bagi daerah lain (Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau) perlu (dilaksanakan) ...tiada pilihan. Utama rakyat terlebih dahulu,” katanya.

    Mengenai taklimat itu, Bung Moktar berkata beliau telah dimaklumkan mengenai perancangan yang akan dilaksanakan kementerian itu khususnya dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

    Semalam, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, pada istiadat di Istana Negeri Sabah.

    Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Sabtu lepas, apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini.-Bernama

  • Hajiji Beri Harapan Selesai Isu PTI, MA63 Dan Pemulihan Ekonomi

     

    AHMAD RAZALIE

    KENINGAU: Kerajaan baharu Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi keyakinan kepada rakyat bahawa isu-isu yang dibangkit Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika berkempen dapat ditangani dengan baik.

    Presiden Persatuan Gana Sabah (PGS) Ahmad Razalie @ Titus Selabin berkata pengalaman dalam kerajaan, politik dan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan memberikan kelebihan kepada PN, BN dan PBS dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyempurnakan isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan pemulihan ekonomi negeri ini.

    “Kerajaan baharu juga dapat memberikan bayangan bahawa penyempurnaan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dipermudahkan serta dipercepatkan,” katanya.

    Razalie berharap kerajaan baharu negeri Sabah dapat memberikan perkhidmatan telus dan tidak mendiskriminasi kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dalam mengagih-agihkan peruntukan.

    SIMON MAMAT

    Sementara itu, Setiausaha Bahagian PBS Melalap Simon Mamat berkata pembentukan kerajaan baharu GRS memberi kegembiraan kepada rakyat kerana dipimpin jemaah menteri berpengalaman diterajui Ketua Menteri berpengetahuan dan berpengalaman luas.

    Kata Simon, pengalaman menjadi ADUN tujuh penggal memberikan kelebihan kepada Hajiji untuk membawa kepimpinan negeri merealisasikan hala tuju pembangunan seiringan dengan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan.

    Seperkara lagi, jelas Simon selama penglibatan politik, Hajiji tidak pernah dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan rasuah dan diterima umum sebagai anak jati tempatan dari Tuaran yang prihatin terhadap masalah PTI, MA63, COVID-19 dan pemulihan ekonomi.

    EVENNIE BENEDICT

    Sementara itu Evennie Benedict, usahawan kecil dari Bingkor melahirkan rasa gembira di atas komposisi kepimpinan tertinggi negeri yang dianggotai para pemimpin yang selama ini lantang menyuarakan aspirasi rakyat Sabah.

    “Saya penuh yakin Hajiji beserta jemaah menteri dapat memacu pembangunan dan kesejahteraan Negeri Sabah seperti yang diinginkan rakyat,” katanya.

    Evennie berharap kerajaan yang ada sekarang dapat menjaga kebajikan rakyat berbilang kaum dan agama dengan membawa mereka bergerak ke tahap yang lebih baik.-Henry Bating

  • Pertukaran Portfolio Bung dan Masidi Dipersetujui Semua: Hajiji



     KOTA KINABALU: Pertukaran portfolio di antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun hasil persetujuan semua pihak.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor berkata, Bung dilantik sebagai Menteri Kerja Raya manakala Masidi sebagai Menteri Kewangan II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

    Terdahulu semasa Majlis Angkat Sumpah di hadapan yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Bung menerima pelantikan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Masidi sebagai Menteri Kerja Raya.

    Hajiji berkata, perubahan pada saat akhir itu adalah hasil persetujuan semua pihak dan tidak timbul isu ada pihak yang tidak berpuas hati.

    Menurutnya, berikutan ada pertambahan kerja untuk satu kementerian, justeru pihaknya membuat perubahan berkenaan.

    "Pelantikan Masidi sebagai Menteri Kewangan II kerana saya memerlukan khidmat beliau terutama untuk memulihkan ekonomi Sabah dalam menghadapi pandemik COVID-19.

    "Tiada masalah dalam pertukaran ini, cuma saya mahu bantuan Masidi kerana latar belakang dan pengalamannya dalam bidang kewangan serta ekonomi.

    "Justeru, beliau diperlukan untuk membantu terutama dalam kita berdepan dengan COVID-19 serta keadaan ekonomi yang agak kurang baik," katanya pada sidang media di sini semalam.

    Selain itu jelasnya, pelantikan lima orang lagi menteri yang lain untuk mengangkat sumpah akan dibuat dalam masa terdekat bersama senarai pembantu menteri.

    Menurutnya, pelantikan berkenaan akan dibuat menerusi perbincangan bersama rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    Pihaknya yakin dapat melaksanakan tugas yang terbaik untuk mentadbir Sabah.- 

  • Hajiji Berupaya Tamatkan Kemelut Politik Sabah


     KOTA KINABALU: Pelantikan Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pada Selasa dilihat sebagai ‘wisel penamat’ bagi segala kemelut politik melanda negeri ini, yang bergolak sejak beberapa bulan lepas.

    Pemilihan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu juga meredakan kebuntuan serta spekulasi mengenai pembentukan kerajaan negeri baharu dan isu ketua menteri yang akan menerajui pentadbiran Sabah untuk penggal berikutnya, demikian menurut beberapa penganalisis politik tempatan.

    Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Romzi Ationg berkata kesepakatan wakil rakyat dan pemimpin parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), merangkumi PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), memilih Hajiji sebagai ketua menteri Sabah yang baharu juga adalah sesuatu yang wajar dilakukan untuk kepentingan negeri ini.

    Justeru, semua pihak perlu berlapang dada sekali gus menyokong Hajiji dalam usaha memastikan Aku Janji yang juga manifesto parti gabungan itu dapat dilaksanakan seterusnya direalisasikan sebaik mungkin demi manfaat rakyat Sabah, katanya.

    “Saya yakin dengan kualiti kepimpinan dimiliki Hajiji, beliau mampu membawa Sabah ke satu dimensi lebih baik dengan pembangunan mampan seiring aspirasi rakyat di negeri ini, dengan syarat, tiada lagi kemelut politik akan berlaku,” katanya kepada Bernama.

    Bagi penganalisis politik, Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, pemilihan Hajiji sebagai ketua menteri baharu memperlihatkan permuafakatan dan sikap berkompromi dalam kalangan komponen GRS.

    Sehubungan itu, persoalan tentang sejauh mana kemampuan Hajiji dalam mengemudi hala tuju Sabah sepatutnya tidak lagi timbul kerana beliau telah dipilih dan dilantik menjadi ketua menteri, katanya.

    “Beliau mesti membuktikan keupayaan untuk memenuhi segala aspirasi rakyat. Atas sebab itu, barisan Kabinet beliau nanti harus kukuh, stabil dan berkeupayaan untuk bekerja dengan berkesan,” jelasnya.

    Sementara itu, Penyelidik Geo-Politik dan Elektoral Sabah (GeOpeS) UMS Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata Hajiji diyakini mampu membawa Sabah ke satu tahap yang diingini oleh semua golongan khususnya anak-anak muda terutama dalam aspek memperkasa ekonomi digital.

    Ini kerana Hajiji pastinya telah melihat segala perubahan dan permintaan dalam masyarakat kini yang lebih menjurus kepada citarasa serta suasana digembleng oleh orang muda khususnya dalam konteks ekonomi gig seperti perniagaan secara dalam talian, katanya.

    “Selain itu, Hajiji juga mempunyai karakter sebagai seorang pendengar yang baik dan sentiasa mengambil tahu hal ehwal kehidupan semua orang yang dipimpinnya, dalam masa sama, berusaha memenuhi kehendak mereka,” tambahnya.

    Syahruddin berkata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu juga dilihat sebagai seorang pemimpin berwibawa, mempunyai karisma dan berpengalaman, selain rasional dalam membuat pertimbangan atas apa sahaja keputusan serta tindakan di peringkat kerajaan negeri.

    Menurutnya, Hajiji mampu meraih sokongan dan disayangi oleh seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama kerana ciri-ciri kepimpinan serta sifat kepemimpinannya yang merendah diri.

    Mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang didiami oleh penduduk pelbagai kaum dan agama, Syahruddin berkata, Hajiji sudah tentu telah berjaya menanam semangat kekitaan dan memenangi hati rakyatnya apatah lagi beliau telah menyandang kawasan itu sejak 1990.

    “Adalah menjadi satu kebiasaan bagi Hajiji untuk turun padang dan bersusah payah untuk mengambil peduli tentang apa yang dihadapi rakyat di kawasannya.

    “Justeru, ini adalah pendekatan terbaik dan terpuji untuk Hajiji jadikan sebagai pendekatan menerajui kerajaan negeri Sabah dan sekali gus membolehkan beliau akan lebih disayangi oleh rakyat Sabah secara keseluruhannya,” katanya.

    Hajiji yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman dengan majoriti 3,099 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Selasa.

    Turut mengangkat sumpah ialah tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam, selain dua menteri Kabinet iaitu Datuk Masidi Manjun yang menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta Datuk Jahid Jahim selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

    GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah pada PRN Sabah, 26 Sept lalu, apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini.- Bernama

  • Adun PBS Dakwa Ditawar Duit & Jawatan Untuk Lompat ke Parti "Kapal"



    Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) melalui Facebook Rasmi parti tersebut mendedahkan cubaan membeli Adun-Adun mereka yang baru memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah. Menurut PBS lagi, para Adun mereka mendakwa dihubungi oleh Parti "Kapal" dan ditawarkan duit dan jawatan untuk mereka melompat dan menyokong Parti WarisanPlus.

    Walaubagaimanapun, PBS mengatakan mereka tetap berdiri teguh bersama rakyat dan berpegang pada prinsip dan maruah disamping menyatakan untuk terus kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    Kenyataan Parti Bersatu Sabah (PBS):

    𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗕𝗦 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧

    Dalam kemelut pelantikan calon Ketua Menteri belum diumumkan. Propaganda politik mulai tersebar, khabar angin pengkhianatan mula bertiup dan PBS sekali lagi dijadikan sasaran bicara dan fitnah.

    Mainan politik kotor oleh parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti - kini berubah wajah, berubah rupa. Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik dari parti Malaya tapi sebenarnya bertopengkan musang.

    Kerana mahukan jawatan dan kuasa, parti kapal ini mula menghubungi YB YB PBS untuk membeli kerusi. Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB YB PBS.

    Sedarlah wahai WarisanPlus, PBS bukan parti yang baru dibina kelmarin, PBS bukan parti yang murahan dan tidak berwibawa. PBS terbentuk dari rakyat, oleh rakyat dan bagi rakyat. PBS pernah dianiaya, difitnah dan dicaci, tapi PBS kekal berdiri untuk rakyat. PBS berpegang pada prinsip dan maruah, PBS akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    #PBSSetiaBersabarBersatu
    #tolakpartikatak
    #berprinsipdanbermaruah

    Sumber: Laman Facebook Rasmi Parti Bersatu Sabah 
  • PBS Nafi Sertai WARISAN Plus

     

    JONISTON

    KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihaknya akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus untuk menubuhkan kerajaan baharu.

    Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata, dakwaan terbabit mula ditularkan di media sosial berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.

    Beliau menegaskan, PBS sebagai rakan kongsi Gabungan Rakyat Sabah, (GRS) tetap kekal bersama rakan sekutunya iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

    PBS berjaya memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN iaitu Matunggong, Tamparuli, Kiulu, Tandek, Lumadan, Kundasang, dan Telupid.

    Joniston mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dengan majoriti sebanyak 1,221 undi.-Siti Aisyah Narudin


  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13