SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 621 Ribu Followers
Tiktok 487 Ribu Followers
Instagram 153 Ribu Followers
Telegram 45 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • LKM Sokong Penuh Inisiatif PENGASAH Cari Pelabur Majukan Industri Perikanan Sabah


    KOTA KINABALU
    : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyokong penuh inisiatif Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) untuk mencari pelabur bagi memajukan industri perikanan.

    Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM Hajah Khaironnesak Omar berkata, bagaimanapun perkara itu perlu dilaksanakan berdasarkan peraturan sedia ada.

    "Perkara ini perlu mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Agung, selepas lulus, perlu lagi mendapat kelulusan dari pejabat pendaftar.

    "Ini bagi membolehkan kita melihat sendiri kesesuaian pelaburan dalam usaha menjaga kebajikan Persatuan Nelayan Kawasan negeri ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 25 PENGASAH di sini, semalam.

    Sementara itu Pengerusi PENGASA Datuk Haji Dr. Arsit Haji Sedi berkata, pihaknya yakin mampu menarik pelabur dari China dan Korea bagi tujuan perikanan laut dalam.

    "Saya akan membawa cadangan ini untuk mendapat kelulusan dalam mesyuarat agung agar usaha ini akan diangkat sebagai satu pelaburan yang dinamik.

    "Kita sudah berbincang dengan pihak pelabur bahawa kita tidak akan keluarkan peruntukan tetapi akan menyediakan kemudahan yang diperlukan," katanya.

    Katanya, dalam kemudahan diperlukan bagi merealisasikan pelaburan berkenaan, PENGASAH akan meminta sedikit 'share' yang bertujuan bagi meneroka khazanah lautan dalam.

    Katanya, sehingga kini hanya 52 syarikat dibenarkan untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan laut dalam.

    "31 syarikat adalah dimiliki pengusaha Vietnam dan bakinya adalah dari negeri ini. Oleh itu, adalah wajar untuk kita membawa pelaburan dari China dengan mengenakan peraturan yang ketat.

    "Mereka wajib menjaga kepentingan kebajikan nelayan persisir pantai dan mengamalkan tangkapan terkawal.

    "Saya berharap pelabur bukan sahaja memainkan peranan utama membangunkan ekonomi Sabah tetapi mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan yang boleh membantu Persatuan Nelayan Kawasan dalam negeri ini," katanya.

    Beliau berkata, pelabur ini hanya akan meneroka di kawasan perairan antarabangsa, apa juga tangkapan mereka, hasil berkenaan akan dibawa balik ke Sabah dan diproses di negeri ini sebelum dieksport semula ke negara berkaitan.

    Katanya, usaha seumpamanya secara tidak langsung akan mencipta peluang kepada kerajaan negeri untuk mengutip pendapatan.

    Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Datuk Haji Mohamad Dolmat dan Pengarah LKIM Sabah Jamil Abdullah.

    Sumber: Utusan Borneo

  • Sabah Berjaya Hantar Pulang 1,519 PTI Ke Negara Asal Tahun Ini



    SANDAKAN:
    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah sudah menghantar pulang seramai 1,519 pendatang tanpa izin (PTI) pelbagai warganegara ke negara asal mereka sepajang tahun ini.

    Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, semua PTI terbabit dihantar pulang menerusi laluan udara, laut dan darat.

    “Bermula awal tahun ini sehingga Ogos 2022, sebanyak 67 kali program penghantaran pulang PTI berjaya dilaksanakan oleh JIM Sabah.

    “Dalam tempoh itu, seramai 332 dihantar melalui udara, 1,186 jalan laut dan seorang menggunakan laluan darat,” katanya dalam semasa meninjau penhantaran pulang rakyat Filipina di Pelabuhan Sandakan, di sini semalam.

    Menurutnya, sebelum ini proses penghantaran pulang terpaksa ditangguhkan susulan berlakunya pandemik COVID-19.

    “Kita terpaksa tangguhkan proses penghantaran pulang PTI yang ditahan di semua Depot Imigresen di Sabah kerana negara asal mereka memberikan alasan sedang berhadapan ancaman COVID-19,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau menjelaskan, penghantaran kali ini membabitkan seramai 750 PTI warga Filipina yang akan dihantar melalui jalan laut di pelabuhan ini.

    “Semua mereka adalah tahanan dari Depot Imigresen Tawau, Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu sejak tahun 2020.

    “Mereka terdiri seramai 638 lelaki, 81 wanita dan 31 kanak-kanak berumur satu hingga 88 tahun,” katanya.

    Khairul berkata ketika ini terdapat seramai 6,200 PTI yang ditahan di semua depot di negeri ini dan program penghantaran pulang akan diteruskan dari semasa ke semasa.

    Sumber : Utusan Borneo

  • Kerajaan Setuju Luaskan Zon Industri Akuakultur, Bangunkan Industri Penternakan Rumpai Laut Di Sabah


    LAWATAN: Hajiji ketika mengadakan lawatan ke sempadan Malaysia-Indonesia.


    TAWAU
    : Kerajaan negeri secara prinsipnya bersetuju untuk meluaskan Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang akan membolehkan kawasan lebih besar bagi membangunkan penternakan rumpai laut di perairan Burst-Point Sebatik.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, langkah berkenaan juga akan memperkasakan taraf kehidupan penduduk setempat di kawasan terbabit.

    Hajiji semalam menerima taklimat daripada Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Azhar Kassim yang menjelaskan Tawau merupakan pengeluar rumpai laut kedua terbesar di Sabah selepas Semporna.

    Hajiji berkata, kawasan perairan Burst-Point yang bersebelahan dengan perairan Nunukan Indonesia didapati sangat sesuai dibangunkan untuk penternakan rumpai laut berkualiti tinggi.

    Katanya, kini sejumlah 3,000 ekar kawasan telah digunakan hanya untuk industri berkenaan yang melibatkan 57 usahawan tempatan.

    "Sejumlah 314 tan metrik rumpai laut berjaya dihasilkan dengan pendapatan keseluruhan bernilai RM2.4 juta telah diperolehi pada enam bulan pertama tahun ini," katanya

    Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi berkunjung ke Sempadan Maritim Malaysia-Indonesia di sini, hari ini.

    Turut serta dalam rombongan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Peguam Besar Negeri Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah Datuk Awang Shahminan Awang Sahari dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Bernard Liew.

    Turut mengiringi Hajiji ialah Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Haji Hamzah Ahmad, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah Alam Khan Abdul Wahid Khan dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

    Dalam pada itu, Hajiji turut melawat Pos keselamatan Pasukan Gerakan Am di Burst-Point, Wallace Bay dan Sungai Melayu seterusnya menerima taklimat mengenai isu-isu keselamatan sempadan Malaysia-Indonesia.

    Sumber : Utusan Borneo

  • POIC Lahad Datu Bakal Wujudkan Zon Bebas

     


    LAHAD DATU
    : Satu kawasan Zon Bebas yang berkeluasan 1,000 ekar akan diwujudkan di Taman Perindustrian POIC Lahad Datu di sini.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri secara prinsipnya menyokong dan bersetuju dengan cadangan mewujudkan Zon Bebas berkenaan yang dijangka akan menarik lebih banyak pelaburan asing dan tempatan.

    Katanya, para pelabur dapat mengambil peluang kemudahan atau insentif bebas cukai ke atas sumber bahan mentah yang diimport ke POIC begitu juga produk yang dihasilkan untuk dieksport.

    "Kerajaan negeri menyokong dan bersetuju pada dasarnya beberapa cadangan dan inisiatif baharu yang boleh memacu perkembangan serta meningkatkan keupayaan POIC dalam merancakkan lagi aktiviti perindustrian di wilayah pantai timur Sabah," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Pelabuhan POIC Lahad Datu dan Pengoperasian Fasiliti Tangki Pukal POIC di sini hari ini.

    Dalam pada itu katanya, Pelabuhan POIC Lahad Datu turut mampu menjadi salah satu hab perkapalan yang utama di rantau ini.

    Menurutnya, kedudukan strategik Pelabuhan POIC di pertengahan Asia Timur mempunyai kelebihan besar dalam aspek pengendalian kargo pukal yang mana pemprosesan boleh dilakukan di sini, sebelum dieksport ke beberapa negara maju seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.

    "Sudah pasti infrastruktur baharu itu akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan termasuk peluang pekerjaan.

    "Pelabuhan ini juga akan membantu menjayakan lagi sektor perindustrian di Sabah iaitu antara tiga sektor utama dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadi sektor tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

    "Sektor industri pelabuhan adalah salah satu daripada pemangkin utama dan tulang belakang kepada pembangunan negeri Sabah khususnya melibatkan penghantaran barang atau kargo," jelasnya.

    Hajiji berkata, kemudahan-kemudahan infrastruktur yang baik dan berkualiti akan dapat menyokong setiap usaha pembangunan ekonomi yang akan dilaksanakan terutamanya di negeri ini.

    Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memacu pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi. Justeru kita yakin dengan kerjasama yang jitu dan erat di antara kerajaan negeri dengan sokongan padu daripada Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GIC) negeri.

    Menurutnya, ia termasuk menubuhkan POIC Lahad Datu pada 2005 dengan objektif untuk menerajui pembangunan dalam sektor industri pemprosesan hiliran minyak sawit untuk menambah nilai kepada 1.4 juta hektar ladang kelapa sawit di Sabah, di samping mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.

    Beliau berkata, POIC juga membangunkan kelompok-kelompok industri tambahan selain industri berasaskan kelapa sawit sebagai respon kepada kehendak dan minat para pelabur terhadap prospek yang semakin meningkat seperti sektor pelabuhan dan logistik, biojisim (biomass), kilang penapisan bio, minyak dan gas serta perusahaan kecil dan sederhana.

    Katanya, dengan siapnya Pelabuhan POIC Lahad Datu pada 2018 sebagai hab logistik perkapalan global dengan memanfaatkan laluan perkapalan utama Selat Lombok-Makassar yang melalui Lahad Datu, pihaknya yakin dan percaya dengan kekuatan dan peluang yang ada, Pelabuhan POIC Lahad Datu boleh berkembang dengan lebih maju dan mempunyai daya saing yang tinggi pada masa hadapan.

    "Secara umumnya, saya pasti Pelabuhan POIC tidak mempunyai kekangan besar yang boleh menghalang pertumbuhannya.

    "Kedudukannya di lokasi strategik dan di pertengahan laluan utama kapal dagang adalah faktor utama yang dapat menarik lebih banyak syarikat perkapalan untuk menggunakan pelabuhan ini," jelasnya.

    Hajiji optimis pelabuhan POIC Lahad Datu akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan logistik dan sokongan kepada operasi eksport dan import.

    Katanya, POIC Sabah Sdn. Bhd melalui anak syarikatnya POIC Logistics Sdn. Bhd bertanggungjawab penuh dalam mengendalikan operasi pelabuhan yang terdapat di POIC Lahad Datu yang menyediakan kemudahan pelabuhan paling komprehensif, canggih dan serba lengkap di perairan Selat Lombok-Makassar.

    Menurutnya, pelabuhan-pelabuhan berkenaan terdiri daripada Terminal Kontena, Terminal Pukal Kering, Terminal Pukal Cecair dan Dermaga Pendaratan Baj/Tongkang.

    Beliau berkata, dengan kemudahan prasarana itu, Pelabuhan POIC Lahad Datu adalah antara pelabuhan yang mempunyai kemudahan komprehensif yang terbaik di rantau ini.

    Selain itu jelasnya, pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di POIC mempunyai kedalaman semula jadi sehingga 20 meter, setanding dengan pelabuhan terbaik di dunia seperti Pelabuhan Rotterdam.

    "Sehubungan itu, diharapkan pemain-pemain industri tempatan dapat memanfaatkan kemudahan pelabuhan tempatan khususnya Pelabuhan POIC Lahad Datu.

    "Pelabuhan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri khususnya bagi kawasan pantai timur Sabah dan akan menjadi salah satu pintu masuk utama perdagangan dan pelaburan ke negeri ini," katanya.

    Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri menyokong beberapa cadangan dan inisiatif baharu yang boleh memacu perkembangan serta meningkatkan keupayaan POIC.

    Beliau berkata, selain pewujudan Zon Bebas di Taman Perindustrian POIC Lahad Datu, kerajaan negeri turut menyokong mewujudkan Pusat Pengumpulan Satekit Biojisim (Satelite Biomass Collection Centre), Lapangan Terbang Antarabangsa di Lahad Datu, menubuhkan Akademi Maritim dan Pembinaan Pusat Rawatan Kesihatan di kawasan tanah komersial di POIC Lahad Datu.

    "Beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan di POIC akan memberi manfaat besar kepada rakyat, selain membantu merancakkan ekonomi di wilayah pantai timur Sabah.

    "Pelabuhan ini secara langsung dan tidak langsung adalah milik rakyat Sabah dan kitalah yang akan mendapat nikmat dan manfaat darinya," katanya.

    Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pelaburan di antara POIC Sabah Sdn Bhd bersama Gamalux Oils Sdn Bhd dan Bumi Teraju Borneo Sdn Bhd serta perjanjian penyewaan fasiliti tangki pukal di antara POIC Sabah Sdn Bhd dan KL-Kepong (Sabah) Sdn Bhd.

    Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Pengerusi Lembaga Pengarah POIC Sabah Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee; Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Gamalux Oils Sdn Bhd Usman Ahmed; dan Ketua Pegawai eksekutif POIC Sabah Sdn Bhd Datuk Fredian Gan.

    Sumber: Utusan Borneo

  • Kereta Terbabas Masuk Parit, Pemandu Cedera




    SEMPORNA: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas sendiri dan jatuh ke dalam parit di Jalan Sigalong Golf Country Club, di sini semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi.

    Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

    “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mangsa yang berumur 30 tahun itu masih berada di dalam keretanya.

    “Mangsa didapati mengalami kecederaan dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan segera,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

    Menurutnya, mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS, sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Rastam berkata, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat untuk pemandu lain, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10 pagi.

    Sumber: Utusan Borneo



  • Lebuhraya Pan Borneo Siap 65 Peratus



    TAWAU: Pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah kini pada tahap 65 peratus siap berbanding 86 peratus di Sarawak, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

    Beliau berkata kelewatan tersebut berpunca oleh pertukaran kerajaan negeri Sabah pada 2018, menyebabkan perubahan dasar antaranya membatalkan rakan pelaksana projek (PDP) projek itu.

    "Sarawak pula tidak melibatkan perubahan kerajaan...mereka meneruskan dasar, pembangunan dan tiada pembatalan ini kerana Sarawak lebih maju bina LPB berbanding dengan kita (Sabah). Sekarang kita sudah balik dalam kerajaan.

    "Saya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya memberi komitmen bantu kerajaan bina LPB Sabah malah Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) telah meluluskan semua 19 baki pakej projek itu dan kita komited siapkan semua (pakej ini) dalam lima tahun," katanya, di sini, semalam.

    Arthur, yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat PBRS Parlimen Tawau dan turut menerima borang keahlian baharu kira-kira 2,000 orang di sini.

    Pada Mei lepas, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, dilaporkan berkata baki 19 daripada 35 Pakej Kerja dalam fasa pertama projek pembinaan LPB Sabah akan dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan.

    Sementara itu, Arthur berkata pembinaan jalan bagi menghubungkan Sabah terutama kawasan Kalabakan dan Serudong ke SImanggaris di Kalimantan, Indonesia, akan dijadikan projek keutamaan untuk pelaksanaan pada tahun depan.

    Beliau berkata langkah itu penting dalam usaha memastikan Sabah terutama rakyatnya dapat meraih limpahan ekonomi dengan langkah Indonesia memindahkan ibu negaranya di Nusantara, Kalimantan.

    "Kita mengutamakan perancangan supaya kerja awalan dimulakan untuk jalan ke Simanggaris bagi memastikan Sabah bersedia dan tidak ketinggalan untuk meraih limpahan ekonomi itu," katanya. - BERNAMA
  • Fiesta Makanan Etnik Bugis Mampu Tarik Lebih Ramai Pelancong Di Sabah



    Kredit Foto: Mustafah Mappalappang

    TAWAU
    : Fiesta Makanan Etnik Bugis dilihat mampu merancakkan lagi aktiviti pelancongan di daerah ini dan bakal menjadi perintis untuk program yang lebih besar pada masa akan datang.

    Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Mohd Yusrie Abdullah berkata program seumpama ini juga dapat menggalakkan penyertaan komuniti agar terlibat dalam industri berasaskan seni dan warisan budaya.

    “Ia adalah salah satu fokus kementerian untuk membangunkan produk pelancongan berasaskan warisan dan budaya, yang pastinya akan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

    “Saya melihat program yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung sangat meriah dan mendapat sambutan menggalakan,” katanya ketika hadir mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, di sini baru-baru ini.

    Katanya, pelbagai makanan tradisional etnik Bugis dipersembahkan dan disertai dengan tarian yang penuh adat budaya etnik itu.

    “Antara 21 jenis makanan tradisi yang ada termasuk Berongko, Sikapuru, Kapurung, Baje, Palaya, Baulu Pecca, Sokko, Palopo, Tumpi-Tumpi, Beppalaya dan banyak lagi,” katanya.

    Yusrie berkata, fiesta itu tidak hanya mengetengahkan keunikan adat dan budaya setiap kaum yang ada, tetapi ia juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai salah satu produk pelancongan penting di Sabah.

    “Justeru, kerajaan menyokong penuh penganjurannya dan berharap ia dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi dengan penyertaan seluruh etnik di negeri Sabah,” katanya.

    Turut hadir, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy.

    Sumber : Utusan Borneo

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13