SABAH INFO


Kami adalah
Social Media Influencer

Team Sabah Info

Sabah Info adalah sebuah pasukan kreatif yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Memfokuskan konten digital versi Sabahan melalui platform media sosial yang paling kukuh di Negeri Sabah! Sabah Info juga menawarkan servis pengiklanan dengan pakej yang berpatutan dengan hasil yang sangat memberangsangkan! Kami sedia menjadi rakan strategik anda!

  • Kota Kinabalu, Sabah
  • sabahinfo.my@gmail.com
  • www.sabahinfo.com.my
Me

Kelebihan Kami

Platform kami adalah yang terbesar di negeri bawah bayu. Meliputi Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram


Facebook 680 Ribu Followers
Tiktok 611 Ribu Followers
Instagram 176 Ribu Followers
Treads 39 Ribu Followers

Awesome features

Aliquam commodo arcu vel ante volutpat tempus. Praesent pulvinar velit at posuere mollis. Quisque libero sapien.

Animated elements

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed tempus cursus lectus vel pellentesque. Etiam tincidunt.

Responsive Design

Pellentesque ultricies ligula a libero porta, ut venenatis orci molestie. Vivamus vitae aliquet tellus, sed mollis libero.

Modern design

Duis ut ultricies nisi. Nulla risus odio, dictum vitae purus malesuada, cursus convallis justo. Sed a mi massa dolor.

Retina ready

Vivamus quis tempor purus, a eleifend purus. Ut sodales vel tellus vel vulputate. Fusce rhoncus semper magna.

Fast support

Suspendisse convallis sem eu ligula porta gravida. Suspendisse potenti. Lorem ipsum dolor sit amet, duis omis unde elit.

0
completed project
0
design award
0
facebook like
0
current projects
  • Rakyat Sabah Teruja Sambut Hari Kebangsaan Setelah Dua Tahun Tidak Diraikan


    KOTA KINABALU
    : Rakyat Sabah terdiri dari pelbagai kaum dan etnik khususnya yang berada di sekitar bandaraya dan daerah berdekatan hari ini teruja untuk hadir pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah yang berlangsung secara sederhana di Padang Merdeka.

    Keterujaan rakyat negeri ini dalam menyambut hari bermakna itu adalalah selepas dua tahun negara tidak dapat berbuat demikian ekoran penularan pandemik COVID-19.

    Tinjauan mendapati, orang ramai mula hadir seawal jam 6 pagi selain ada yang sanggup meletak kenderaan jauh termasuk bermalam lebih awal di ibu negeri khususnya mereka yang dari luar daerah Kota Kinabalu.

    Pengunjung, Norhidayah M Hassan yang datang bersama suami dan tiga anaknya berkata, ini adalah kali pertama mereka hadir menyaksikan perarakan bersama keluarganya.

    “Kami datang ke KK (Kota Kinabalu) semalam bersama keluarga dan datang ke sini adalah khas untuk membawa anak-anak kami menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan ini.

    “Bagi saya secara peribadi, saya sangat teruja untuk menyaksikan sambutan ini lebih-lebih lagi anak dan suami juga ikut sama,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini hari ini.

    Suaminya, Zamani Sulaiman berkata, anak-anaknya yang berusia enam hingga 12 tahun amat gembira dapat menyaksikan perarakan khususnya yang melibatkan unit beruniform.

    Bagi penjawat awam, Muhammad Mohd Ali berkata, beliau berasa syukur dan gembira selepas beberapa tahun rakyat khususnya negeri ini berdepan pandemik COVID-19 dan tidak dapat berkumpul dalam skala besar seperti tahun ini.

    “Pada hari ini kita dapat menyaksikan begitu ramai yang hadir walaupun tempat agak terhad namun kita lihat pelbagai lapisan etnik berpusu-pusu memenhi segenap ruang di Padang Merdeka ini.

    “Apa yang lebih menarik, rakyat dapat melihat secara langsung aktiviti yang diadakan. Ini menunjukkan bahawa mereka begitu bersemangat dan mempunyai jiwa patriotik dalam merayakan sambutan Hari Kebangsaan kali ini,” katanya.

    Perkara sama turut diakui seorang pengunjung Abd Halim Alimudin yang turut berasa bangga apabila dapat turut sama merayakan sambutan Hari Kebangsaan selepas dua tahun tidak diadakan secara meriah.

    “Menerusi sambutan ini juga, kita dapat mengumpulkan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menjiwai semangat kemerdekaan dan harapan kita agar anak-anak muda dapat bersama-sama menghargai masa lampau pejuang negara kitra,” katanya.

    Terdahulu, sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

    Sambutan tahun ini menyaksikan pembabitan seramai 86 buah kontinjen perbarisan meliputi agensi kerajaan dan swasta termasuk badan bukan kerajaan (NGO) ; pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta selain pasukan anggota beruniform.

    Sumber : SabahMedia
  • Kerajaan Sabah Siap Sedia Hadapi Monsun Timur Laut Dijangka November Ini



    Safar Untong

    KOTA KINABALU
    : Kerajaan Sabah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda negeri itu bermula November ini hingga Februari tahun depan.

    Setiausaha Kereajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, berkata seramai 8,432 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan di negeri itu sedia untuk ditugaskan.

    Di samping itu, katanya, sebanyak 928 pengangkutan darat, 206 pengangkutan air serta lapan logistik udara juga telah dikenal pasti dan disediakan untuk menghadapi sebarang bencana banjir akibat monsun berkenaan.

    Bagi kawasan sukar diakses menggunakan laluan darat, Safar, berkata sebanyak 75 lokasi pendaratan helikopter disediakan termasuk di kawasan berhampiran pusat pemindahan sementara bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk dan penghantaran bantuan kepada mangsa

    “Selain itu, sebanyak 608 lokasi ‘hotspot’ bencana banjir di Sabah juga telah dikenal pasti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah bagi membincangkan persediaan menghadapi MTL di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

    Turut hadir Pengarah Angkatan Pertawanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Mohtar Samat dan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Rusli Ibrahim.

    Safar berkata semua pegawai daerah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, turut diarah bersiap sedia dan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana di daerah masing-masing pada bila-bila masa.

    Kerajaan Sabah sentiasa memantau isu-isu berkaitan dan mengambil langkah sewajarnya bersama jabatan serta agensi terlibat bagi memastikan jentera pengurusan bencana di semua peringkat dapat berjalan lancar, katanya. – BERNAMA
  • Harga Tiket Penerbangan Harus Berpatutan : Jelani



    KOTA KINABALU: Harga tiket penerbangan yang menghubungkan negeri ini dengan destinasi luar naik mendadak sehingga membebankan rakyat.

    Timbalan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, kenaikan itu dilihat ketara sejak akhir-akhir ini terutamanya ketika musim cuti sekolah.

    Katanya, harga tambang penerbangan naik sehingga mencecah RM1,300 berbanding sebelum ini yang hanya berada pada kadar RM500.

    “Perkembangan ini perlu dipertimbangkan kerana ia jelas tidak menggalakkan integrasi nasional dan industri pelancongan di Sabah.

    “Kita berharap perkara ini diambil perhatian oleh semua syarikat penerbangan komersial tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Jelani yang juga Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd berkata semua syarikat penerbangan sepatutnya menambahkan kekerapan jumlah penerbangan dan bukannya menaikkan harga tiket.

    Katanya sebelum ini ada syarikat penerbangan yang menambah pesawat penerbangan dan ia perlu diteruskan.

    “Sebenarnya, ia boleh dilakukan semua syarikat penerbangan berikutan tidak banyak penerbangan antarabangsa diperlukan ketika ini.

    “Jangan naikkan harga tiket, sebaliknya tambah penerbangan ulang alik ke Sabah,” tegasnya.

    Jelani berkata harga tiket penerbangan yang ditawarkan juga hendaklah berpatutan dan tidak membebankan rakyat yang menggunakan perkhidmatan itu.

  • JMKM Beri Manfaat Untuk Rakyat, Keperluan Asas Lebih Murah


    KOTA KINABALU
    : Masyarakat kini boleh menikmati barangan keperluan asas lebih murah sempena dengan kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM).

    Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru Reduan Aklee berkata, dalam kempen berkenaan, kerajaan akan memberikan diskaun atau subsidi sebanyak 20 peratus terhadap barangan keperluan asas terpilih.

    "Antara barangan asas itu adalah seperti beras 10 kilogram, daging ayam, gula, tepung, sayur serta bahan makanan yang lain.

    "Untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Bataras Superstore Sembulan telah dipilih untuk melaksanakan kempen ini," katanya ketika ditemui ketika membuat tinjauan kempen berkenaan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, kempen berkenaan adalah hasil inisiatif Perdana Menteri berikutan ramai dalam kalangan rakyat masih terjejas akibat pandemik COVID-19.

    Katanya, kempen berkenaan mula diadakan hari ini sehingga Disember 2022.

    "Kempen ini akan diadakan sehari setiap minggu, pada hujung minggu Sabtu atau Ahad. Hari ini kita laksanakan pada hari Selasa.

    "Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru telah diamanahkan untuk melaksanakan kempen ini di sini dengan kadar segera demi membantu rakyat secara keseluruhan," katanya.

    Katanya, setiap DUN di Sabah akan melantik satu pengusaha bagi melaksanakan kempen berkenaan.

    "Untuk kita di Tanjung Aru, kita melantik Bataras Superstore Sembulan kerana keupayaan mereka mampu menyediakan barangan keperluan asas dengan kadar segera," katanya.


    Sumber: Utusan Borneo

  • PDRM DAN SPR SIAP SIAGA LANCARKAN PROSES PRU-15



    KOTA KINABALU
    : Bagi memastikan perjalanan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) berjalan lancar di negeri ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengadakan perbincangan lebih awal dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perbincangan berkenaan membabitkan perkongsian maklumat yang lebih terperinci khususnya melibatkan kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) baharu.

    Menurutnya, menerusi perbincangan dengan pihak SPR, pihaknya dapat mengemukakan permasalahan dari segi sistem komunikasi yang boleh mengatasi isu penyaluran maklumat semasa PRU-15 nanti.

    "Setakat ini kita masih belum menerima maklumat mengenai kawasan atau PDM baharu untuk PRU-15.

    "Kita perlu membuat perancangan awal untuk elak sebarang masalah penyaluran maklumat terutama bagi kawasan yang ada kekangan komunikasi seperti liputan internet," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Sabah dan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (KJIPS) Sabah di sini hari ini.

    dris berkata, pihaknya akan mengadakan satu bengkel pada 1 September ini di Lahad Datu dan ia turut melibatkan perbincangan dengan pihak SPR.

    Katanya, perbincangan berkenaan akan diadakan dengan lebih terperinci terutama dalam mengenal pasti masalah di kawasan PDM baharu.

    Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan jumlah kes harian COVID-19 di Sabah masih tinggi.

    "Dengan kemasukan pelancong sekarang, masyarakat perlu terus mengamalkan SOP bagi mengelakkan peningkatan kes yang sukar dikawal," katanya.

    Pada majlis itu, Idris menyaksikan serah terima tugas di antara mantan Pemangku KJPJKK Sabah Asisten Komisioner Abdul Rahman Kassim kepada KJPJKK Sabah baharu Senior Asisten Komisioner Suparamaniam Ramasamy dan di antara mantan Pemangku KJIPS Sabah Deputi Superintendan Rahmalah Salleh kepada KJIPS Sabah baharu Asisten Komisioner George Abd Rakman.


    SUMBER: UTUSAN BORNEO

  • Mahasiswa Berilmu Asas Kemajuan Sesebuah Negara



    MAHASISWA: Majlis Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)

    KOTA KINABALU: Mahasiswa perlu membuktikan bahawa mereka boleh menjadi generasi yang mampu memainkan peranan dalam pembangunan negara pada masa akan datang.

    Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata asas kemajuan sesebuah negara adalah memiliki belia yang mempunyai ilmu pengetahuan, pendidikan dan tarbiyah.

    Katanya, kerajaan telah memainkan peranan dalam membantu memudahkan mahasiswa menuntut ilmu, antaranya bantuan wang tunai di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

    “Mahasiswa hanya perlu melangkah ke hadapan tanpa rasa takut agar sentiasa meletakkan diri mereka dalam pembangunan negara.

    “Mereka harus peka dengan isu semasa supaya boleh menjadi generasi yang mampu membantu negara dan memimpin pada masa akan datang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini baru-baru ini.

    Menurutnya, pendekatan untuk mendekati belia khususnya mahasiswa adalah dengan cara mengikut keadaan semasa seperti menggunakan aplikasi TikTok dan Instagram.

    “Antara resolusi yang telah dibincangkan juga adalah meletakkan anak muda dalam majlis belia di setiap platform negeri Sabah,” katanya.

    Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata peranan mahasiswa sangat diperlukan bagi membantu menjayakan setiap agenda negara.

    “Mahasiswa disaran untuk mencari ilmu sebanyak mungkin supaya mereka boleh berdikari dan berdiri di kaki sendiri, seperti pepatah ‘dicampak di laut menjadi pulau, dicampakkan di darat akan jadi bukit’.

    “Menerusi pengetahuan yang dimiliki oleh setiap mahasiswa membolehkan mereka terus menjadi aset yang boleh membangunkan negara kelak,” katanya.

    Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik merangkap penyelaras program, Dr Aliakbar Gulasan.

    Terdahulu, majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Pengkaji Budaya Intelek Sabah (IKSAS) di Sabah dengan kerjasama Institut kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Gabungan Mahasiswa Islam Sabah (GAMIS SABAH), Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS), Sinergi Siswa Pendidik Islam (SSPI), Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Sabah Relief, Pertubuhan Kebajikan Prihatin Kanak-kanak Sepanggar (PERKEPS) dan Yayasan Permata Ummah.

    Sumber: Utusan Borneo

  • Sabah Akan Bentang RUU Lompat Parti Dalam Persidangan Khas DUN

    JELAJAH GRS: Majlis pelancaran Program Jelajah GRS Parlimen Keningau.

    KENINGAU: Kerajaan negeri akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Kabinet negeri bersetuju untuk membawa perkara itu ke persidangan DUN selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan perlembagaan yang menghalang wakil rakyat bertukar parti baru-baru ini.

    Katanya, langkah itu sejajar komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah setelah sekian lama berdepan keadaan politik yang tidak menentu.

    "Kita menyokong anti lompat parti dan kita akan bentangkan di DUN tidak lama lagi. Apa yang berlaku dulu itu...dululah, sekarang kita mahukan kestabilan politik di Sabah.

    "Kabinet sudah bersetuju untuk membawa pindaan perlembagaan itu pada persidangan khas DUN untuk mewujudkan anti lompat parti supaya kita boleh tidur lena.

    "Tidak lagi kena jaga sana sini, lompat sana sini. Apa yang lepas cukuplah, kita mahu kestabilan politik," katanya ketika melancarkan Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Keningau di sini hari ini.

    Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, Sabah tidak mahu ketinggalan untuk mewujudkan undang-undang anti lompat partinya sendiri selepas RUU mengenai perkara itu diluluskan Parlimen.

    "Tidak payahlah kita lompat-lompat (parti) lagi," katanya.

    Beliau berkata, satu lagi pencapaian kerajaan negeri ialah penyerahan kuasa kawal selia tenaga elektrik dan bekalan gas daripada kerajaan Persekutuan kepada negeri selewatlewatnya tahun hadapan.

    Menurutnya, agensi-agensi berkaitan dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sedang membuat tindakan susulan untuk persiapan dari aspek teknikal dan perundangan kerana hala tuju ini akan melibatkan proses perundangan di kedua-dua peringkat iaitu Parlimen dan DUN Sabah.

    Katanya, sebagai persiapan kerajaan negeri akan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah.

    Jelajah pertama GRS selepas dilancarkan pada Mei lalu itu turut dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen GRS daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

  • GET A FREE QUOTE NOW

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Contributors

    ADDRESS

    4759, NY 10011 Abia Martin Drive, Huston

    EMAIL

    contact-support@mail.com
    another@mail.com

    TELEPHONE

    +201 478 9800
    +501 478 9800

    MOBILE

    0177 7536213 44,
    017 775362 13